Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu dalam Kenangan ...






Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah di ibu negara mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895. Temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British.


Kini kompleks penjara dan tembok yang menjangkau usia 100 tahun itu akan dirobohkan bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan bermula 21 hingga 24 Jun 2010.


p/s : dgr² cite penjara pudu nih berhantu ...
macam la cite yg org dok cite ...
hantu pompuan merayau la ... hantu org kena gantung la ..
dengar sore² menangis.. meraung ... bercakap² dlm sel...
agak² la mana pi hantu nih semua pas penjara kena runtuh semalam ??
kesian antu² tuh ilang tmpt tinggal ...

3 comments:

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

hurmm...nak wat suping kompleks baru kut...hehehe

eima said...

kate nye nk buat laluan bwh tanah ??
... besarkan jalan tak bg jem ...mayb la
nk buat soppin kompleks kot...

my said...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah