Wednesday, September 1, 2010

Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur

gambar ketika masih dlm periuk 


Bahan² :
  • Beras  - 2 pot
  • Santan Pekat - RM 1
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Ikan - 2 ekor ikan cencaru(sederhana) yang dikukus/rebus
  • Kerang - ½ kilo yang telah direbus & dibuang  kulit
  • Udang - ikut citarasa
  • Lada Hitam - ikut citarasa(dlm segenggam)
  • Halba - 1 sudu besar
  • sedikit Halia - yang dititik
  • Bawang Besar - 2 ulas
  • Pucuk Paku Merah - 6 tangkai
  • Daun Kunyit - 1 helai
  • Daun Selasih - dlm 20 helai
  • Pucuk Kadok - 5-6 helai
  • Daun Kesom - 4-5 tangkai


Cara membuat:

  1. Basuh beras dan masak seperti masak bubur.
  2. Kisar isi  ikan dan bawang besar sehingga hancur & halus.
  3. Tumbuk Lada Hitam separuh hancur.
  4. Apabila beras dah kembang dan masak masukkan halba, halia, lada hitam  dan isi ikan+bawang.
  5. Biarkan mendidih dan masukkan udang dan kerang
  6. Apabila udang dah masak masukkan daun kesom, pucuk paku merah, pucuk kadok & daun selasih yang telah di racik sederhana kasar.
  7. kemudian masukkan santan pekat.
  8. ** jgn lupa masukkan garam secukup rasa.
  9. apabila sudah mendidih, tutup api dan Dah Siap.


** Ramuan/Bahan paling penting dalam resepi ini adalah Pucuk Paku Merah

Nak tgk camne rupe Pucuk Paku Merah bleh tgk kat entry nih 

Credit to My MIL for d Recipe !!

8 comments:

Intan Inn said...

wahh sedapnyer tgk bubur lambuk tue..erm rajinnyer masak sendiri yer...

Nia said...

rasanya aku kena belajar buat bubur lambuk ni, anak suka sgt makan bubur ni.

thanks for sharing dear!

eima said...

intan
kali nih nk blajar buat la... takan tiap kali HB nk nk makan kena import MIL ... huhu
fav panjang die ...suka sgt die...

eima said...

Nia
klu nk wat kat anak tak bleh letak lada itam byk la... kang demam or sakit perut plak..panas

LiErOSe~QiEmi said...

bubur lambok pantai timur adalah yang TERBAEKKKK!!! sumpah tak tipu.. beza gila dgn bubur kat kl ni.. eeee tak sedap!!

eima said...

bunga
betui tuh ...
yg Kg Baru femes tu pun tak celen ....

.::Lynn::. said...

rajin la ko turun dapur dekat2 nak raya ni...

eima said...

lynn
br nk ade semangat ... hahah