Tuesday, July 31, 2012

Transaction Tidak Berjaya Tapi Baki Akaun Berkurangan

berhati² menggunakan kad bank/kad debit semasa membuat pembayaran 

hari sabtu 28/7/2012 aku ade membuat pembelian menggunakan kad bank di sebuah pasaraya terkemuka di kajang
sbb enPanjang malas nk keluarkan cash

amaun yang dibelanjakan adalah RM 159.85
pada mulanya aku menggunakan Kad Bank Rakyat tetapi cashier cakap transaksi tak berjaya
aku tukar guna kad bank BSN giro dan berjaya 

kemudian tadi waktu aku pi withdraw duit kat Bank Rakyat tgk baki dlm akaun berkurangan 
mana aku terkejut sedangkan tak guna pun 
rupanya transaksi yang tak berjaya tu jugak dipotong dalam akaun aku 
oleh itu aku telah hubungi HQ Bank Rakyat dan membuat aduan
aduan telah diambil dan Bank Rakyat janji akan memulangkan balik duit aku dlm masa 21 hari bekerja
kerana tersalah debit akaun kerana sepatutnya transaksi tak berjaya 

tp aku jugak called HQ & branch pasaraya tersebut untuk kepastian
dan pasaraya tersebut janji nk call aku balik selepas disiasat
walaupun aku boleh agak ape jawapannya nanti 
sekadar nk puaskan hati aku, byk tu RM 159.85 free² nk bg gitu je 

Moral of the story : 
  1. nk guna debit kad / kad bank boleh tp pastikan kite tahu baki akaun dan dimana kita gunakan.  seboleh²nya terus cek baki selepas menggunakan. cam kes aku seb baik la pi keluarkan duit td klu tak mmg aku tak prasan yg duit aku dah short.  klu kite tak buat report adakah bank tu nk pulang balik duit kite walaupun pada dasarnya transaksi tu tak berjaya dan tersalah potong.???
  2. guna la cash ... tp bahya jugak byk penjenayah di mana²

pilihan di tangan anda...guna la cara terbaik




Note : sakit pala aku, rasa  bersalah dengan boss sbb minta die tunggu sbb aku tgh bercakap ngan bank tadi, dah la die nk berkejaran pi chair mesy. 




21 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ada baik dan buruknya..sebaiknya kt tau berapa baki semasa kt =)

syawalsimpsons said...

mmmm...kena minta maap ngan boss tu..aku selain maybank je aku berani debit card kat mana2 pasaraya...kalo yang lain lambat sikit kot..tapi sebab tau baki tu yang aku berani guna...kalo jgn arap la..

mama aleen said...

adoi.. banyak tu

MRS. K said...

aku takde debit kad

nur anis said...

banyak tu...memang kena alert dengan baki akaun kita kan..

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

kita pernah kena, kad debit card tesco hubby, tapi kes double transaction, kami shopping barang dapur dalam Rm600 sekali deme double caj, time sekali lagik pi tesco untuk bayar, tup2 kad tu dah tak leh pakai, heran betul masih ada baki tapi tak leh pakai, check punyer check...rupanya tesco terdouble transaction....yang harunya lepas 2 minggu baru kami sedar...hati mmg panas la deme leh senyap je camne deme tallykan akaun deme...tak ke jadi tak tally kalo dah double transaction...sure leh carikan customer mana punyer transaction...mmg geram betul la biler deme wat senyap je, nak tunggu sampai customer bising...dah plak tu, tak leh auto refund, kena pi tesco tu balik untuk dia wat refund dalam kad tu, lagi haru biler tesco yang kami pi tu kat rumah my mom, sikit punyer jauh la...mmg pengajaran sungguh...lps tu kami berhati2 kalo dia kata transaksi gagal, kami nak pastikan mmg betul ke gagal supaya tak terdouble caj...
dan sejak peristiwa yg membawa pengajaran, baru la kami check statement untuk kad tu dgn teliti sipaya perkara yg sama tak jadi...dah la nak pulangkan duit tu amik masa lama sangat, padahal salah deme...

Shinnaz Ahmad Rasid said...

kita pernah kena. 300++ and sebulan lepas tu baru dia bagii..dah lah tu time raya...sob..sob

Chekgu Azrine said...

banyak tuh..harus mntk balik!!

Seri said...

2kali dh terkena.. kuarkan duit kat atm b.rakyat gune kat maybank.. transaksi tak berjaya, tp duit dia telan.. sakit gak la bulan sebab terlalu banyak rm yg ditekan.. sampai skrg tak brani nak tekan duit kat b.rakyat lagi.. takut sangkut.. huhu..

LYAfrina said...

lya mmg xpnh gna kad bank klo shopping.semuanya gna cash je..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

erm itulah kita kena elert dgn baki akaun kita n cepat buat report kalau jd kes begini kan, RM150++ byk tu kalau burn..

alhamdullillah setakat ni x pernah terkena lagi..

azizah :) said...

huiyooo bahaya gak tu kan...banyak2 pon jijah bawah duit cash gak..takut nak guna kad kredit nih..

Bionic women said...

seb bek x pernah lagi alami camni, tapi kalau dah alami tapi x terperasan tu xtau ler kan...

eima said...

@Anje a.k.a Mama_Balqis

tu la pasal .. rasa bahye la plak ... nkkena lebih alert la kan

eima said...

@Shinnaz Ahmad Rasid

byk tu RM 300
mmg lambat .. sbb diorg nk proses pe tah

eima said...

@Seri

duit tu sebenar floating dlm sistem diorg ... pelik betui sistem diorg cam ne

eima said...

@azizah :)

kad debit ni yg bermasalah ... rupenye ramai yg penah jd

eima said...

@Bionic women

lain kali try cek ....

ieda said...

sib baik akk dah lama xder cc nie ;)

maszmadi said...

alhamdulillah x pernah kena lagik setakat nieh, moga dijauhkan... erm rasanya dapat balik duit tu cuma ambik masa... kan

eima said...

@ieda

kak ni bkn kad kredit tp kad debit ... kad bank pun sama je la tu