Tuesday, May 14, 2013

Haramkan Helmet Fullface demi Keselamatan

sejak akhir² ini kita sering kali diperdengarkan dengan berita² kes tembak menembak 
yang berkaitan dengan pembunuh upahan 


kes yang menggemparkan Malaysia baru² ini yang melibatkan org ketiga tertinggi dalam Jabatan Kastam Malaysia iaitu  Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri


PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130427/je_02/Tkp-Kastam-ditembak-mati#ixzz2TFTsTbRV
© Utusan Melayu (M) Bhd 


dan kes terbaru adalah yang berlaku di Batu Kawan semalam 






BATU KAWAN – Kegembiraan sekumpulan empat sahabat menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di daerah ini tidak bertahan lama apabila dua daripada mereka maut manakala dua lagi parah akibat ditembak oleh penjenayah yang dipercayai pembunuh upahan.

Kejadian pada pukul 10.30 malam kelmarin itu berlaku ketika kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat mangsa itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2TFV5l94i

Hakcipta terpelihara 



dan ini adalah antara kes sebelum ini dan ade byk lagi kes yg kita baca dan dgr 


Kes tembak Sg Siput: Siasatan liputi soal peribadi, politik

POH - Selain motif untuk menakutkan keluarga adik Ketua MIC bahagian Sungai Siput, polis turut menyiasat kes tembak terhadap keluarga itu dari sudut politik dan peribadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, polis juga mengambil kira aspek jenayah dan gengsterisme dalam siasatan kes di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0227&pub=kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2TFVat0sQ 
Hakcipta terpelihara 



yang menjadi persoalan macamana rapuhnya sistem keselamatan negara kita dan penyeludupan senjata api semakin berleluasa


tahap keselamatan negara kita semakin hampir dengan negara barat 
semakin menjadi tak selamat 
buat masa ni sasaran adalah pegawai² tinggi dan org mempunyai kepentingan tinggi 
mungkin satu hari nanti keselamatan org awam seperti kita mungkin tidak lagi terjamin kerana penyeludupan senjata api... jika ia bukan penyeludupan senjata api macamana senjata api semakin byk dan mudah didapati sehingga kes pembunuh upahan dan tembakan ni semakin menjadi akhir² ini.  jika senjata api yang berlesen mungkin kerja mudah bg pihak berkuasa untuk mengesan siapa pembunuh tersebut.
keselamatan org awam mungkin tidak lagi terjamin pd masa akan dtg ..mana tau nanti ade plak kes tembakan rambang org psiko cam kat negara barat.... jdkan  budak sekolah sebagai tebusan tembak satu persatu .... kita jgn pandang enteng mende² mcmni ia mungkin boleh berlaku.



sedang kita diulit mimpi indah... berasa berada dlm keadaan aman... dalam keselesaan ... tetiba berlaku Kes Pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan Wira² Negara kita....siapa sangka

ini hanyalah sekadar pandangan aku sebagai rakyat yang selalu cuba mengambil tahu isu² semasa yang berlaku dalam negara kita.



dan aku merasakan HELMET FULLFACE haruslah diharamkan 
penunggang motosikal berkuasa besar atau kapcai diwajibkan memakai helmet kura² dan transparent shield
untuk memudahkan pengecaman wajah penembak mati/upahan melalui CCTV atau orang ramai 
sbb kes² tembak slalunye melibatkan penunggang motosikal 



logik tak cadangan aku ni ????



Note : ini adalah hari yg mls nk wat entry ..... 


10 comments:

Lynn Damya said...

wuu xboleh jugak..kesian lah yg betul2 penunggang motosikal yg belum mampu nak berkereta..kalau hari hujan dan terpaksa juga bawak motor masa tu, pedih mata kalau takde cermin cover helmet tu..huhu

eima said...

@Lynn Damya

tranparent shield la dear ... warna jernih cermin tu

nuyui a.k.a miss YUI said...

cdgn bernas.. helemat harus full tp biat cermin tu leh nmpk rupa lg..tak pyh nak gelap gelita cover muka yg konon lawa sgt tu..haha

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

aaah betul tu...cermin tu kena transparent baru boleh cam muka...kan

Nad MamaZN said...

Setuju!

Papa Mifz said...

fuh skrg nih terasa makin tak selamat kan...

ch@ said...

Dunia skrg...menakutkan. Kecut perut aku.

mama lieyna said...

Bagus gak idea, helmet penuh, mmg tak bleh nmpk rupa lgsung..

Huu.. seram jgk dgn jenayah skrg..

Kesuma Angsana said...

takut baca kisah2 ni kan !

bunga_rose said...

setuju manja.. klu nk letak tinted pun jgn yg gelap sgt, sekadar tak bagi silau sgt mata bila kena matahari