Wednesday, July 3, 2013

Misi Makan : Kuih Lepat Liat Utara

kuih ini hanya ade di belah utara je 
belah sini sekali pun, aku tak penah jumpa 
kuih² yg ade di zon tgh ni(KL, Putrajaya, Selangor) 
semua kuih belah pantai timur mari 

sesekali dpt balik kg 
harus la penuhi selera lidah ngan tekak ai ni 
rindu betui ngan kuih ni 
kuih fav aku dari kecik 
seb baik jumpa 



rasa kuih ni dah ala nk rasa dodol tp kurang manis sikit dan lebih sedap di tekak aku la 
tak de inti cuma tepung pulut semata ngan gula merah
mmg terbaik la 
berketul² aku mkn 


Resepi Lepat Liat Utara 

Bahan-bahan ( 35 biji(saiz besar sikit daripada ibu jari dewasa) )

  • 5 cawan tepung pulut
  • 2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 8-10 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • daun pisang secukupnya untuk balut.

Cara-cara

  1. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.
  2. Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.
  3. Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.
  4. Ambil sedikit dan gentel (utara- gelinte) menjadi panjang. Letakkan atas daun pisang. Lipat macam tepung bungkus.
  5. Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.
  6. Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.
  7. Apabila dah sejuk..makan le.
  8. **Walaupun ianya liat tetapi tak melekat kat daun pisang sebab ada santan. Selamat mencuba.***

sumber : My Resepi


bila tgk resepi mudah nye ...
bulan puasa ni aku nk try la buat 
bahan pun murah2 je 

7 comments:

Nad MamaZN said...

Dh buat kalu jadik meh la anto sepinggan dua :)

syawalsimpsons said...

aku pon lm x mkn kuih tu

SYANI said...

Jarang nak jumpa kuih ni..

Aty_Fared said...

Laki aku baru sebut pasal kuih ni...aku ckp jer aku tak reti buat...heheh....mmng tak reti pon....dah ni ko bg resepi pulak....

eima said...

@Aty_Fared

hahaha kena la buat .. wei fared org kedah ke

Kesuma Angsana said...

hehehe minat ke.. kalau org pakai gigi x ori naya ni !

ieda immi said...

aloor nampak sedappp je .. ada nampak liat2 ala2 dodol erkk .. hurmm menarik ;)