Friday, December 27, 2013

Punca Alisha didiagnos & disahkan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)


entry kali ni aku ceritakan cam ne Alisha boleh disahkan Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP)
dan blood platelets die boleh drop begitu rendah 6000mcL pada 6 Disember 2013 dan turun ke 3000mcL pada 7 Disember 2013.  Normal Blood Platelets start 150,000-400,000 mcL

seminggu sebelum Alisha Warded pada 28 November 2013(khamis) Alisha demam panas suhu  tak nak turun maintain around 37.8c-39.5c selama 3 hari berturut²
walaupun selang seli PCM & Ibuprofen every 4 hourly 
dan antibiotik Erythromycin Ethylsuccinate(E.E.S.) twice a day 

dan Alisha demam selama 5 hari
pada hari ke5 1 Disember 2013(Isnin) aku ke Klinik Panel lagi untuk checkup Alisha dan Doktor minta habiskan antibiotik dan bg Ventolin & Tridine utk batuk dan selsema


Alisha selsema dan berkahak sbb terpaksa dimandikan dan berbalut ngan kain lembab kerap kali bg menurunkan suhu  


dan pada 5 Disember 2013(Khamis) baru aku perasan Hematoma dalam mulut Alisha 
dan selepas itu bermula la Kisah Alisha Warded 


Dr. Anna bgtau mungkin penyebab Blood Platelets Alisha menurun dan di diagnos ITP adalah kerana Jangkitan Virus 

wlupun demam dah takde tapi Virus tu masih ade dlm badan Alisha 
kesan dari Virus tu Tulang Sum Sum Alisha stop hasilkan platelet darah


oleh itu, jika anak² kita demam panas berlarutan dan awasi² tanda seperti lebam dan hematoma untuk kesan gejala awal Penyakit ITP ini.  Walupun anak² dalam keadaan aktif dan sihat.


wlupun Pediatrician cakap virus boleh datang dari mana²
tp aku tetap yakin yang Alisha dijangkiti pada percutian kami November lepas
kami bercuti pada 23-27 November 2013 dan alisha demam pada 28 November 2013

yg aku syak adalah mungkin pada aktiviti mandi kolam yang lepas


sbb Alisha byk kali saja² minum air kolam 
brape byk cha ya nun alif dlm kolam tu 
dari yg kecik sampai yg tua genteng terjun dlm tu ... eeeuuuwww aku bukan racist 
tp tahulah depa² kan buang air jenis tak basuh kot ...huhuhu
tak pun depa² dlm kolam ni pakat kencing

sbb anak² buah berkeras nk mandi kolam 
aku turutkan jua wlupun aku mmg jarang sekali bg anak² aku mandi kolam...
wlubagaimanapun ... aku redha sbb imun dan antibodi alisha boleh bekerja dan info baru untuk kamus pengalaman kesihatan anak² aku ....



Note : nk siapkan entry ni pun puas bergaduh ngan fahim yg ngikut aku pejabat .... asek die ckp "nape mama tak nak layan anak sendiri" 





16 comments:

syawalsimpsons said...

baru tahu sebab punca ni kan...moga semua baik sihat sejahtera la yee

MizzTina said...

saje² minum?? mmg senang la kak kena jangkitan virus..


sedey btl ayat fahim tu..heheh

msredcheesecake said...

camana alisha skang? dah ok ke? budak2 mmg suka minum air kolan waktu swimming...bahaya

ch@ said...

smg alisha terus kekal sihat.
ayat fahim, hahaa. tak dpt byg muka dia cemana masa korg berdua bergaduh sayang tu.
manja, entry ko ni penuh bahasa sains. berbelit lidah aku nak nyebut. thanks for this entry.

maszmadi said...

urm bebudak mmg suka ngan kolam kan.. alhamdulillah, alisha dah ok sekarang...

sadis tulll ayar fahim tu.. huhu

mama lieyna said...

Betul.. anak mmber akak pun ada jugak awal tahun dl, lama bertapa kat wad sbb jangkitan kuman, punca berendam lama dl air masa g bercuti..huu..kena beringat la pasni..
Alahaai siannya fahim..huu..

Chekgu Azrine said...

tula..
kadang2 nak seronok punya pasal
benda2 camni kita lupa nak pikir2kan..
hmmm.....

Nad MamaZN said...

Ya Allah..
Gitu ke? Kene beringat sungguh la pasni huhu
Dh la tmpt gitu yg anak2 suka kan..
Tq eima sbb sharekan ngan kami

Fahim, kemain lg ayat awak kasi kt mama ek
Haha! Terkedu mama :p

YanaUjang said...

riso kn ank terdedah dgn virus dlm swimming pool..tp kita nk sekat sgt pn x best..kesian kt dia sbb kita ms kecik pn selalu mandi swimming pool..herm byk dah dgr kisah budak skit punca berendam dlm pool, bersesak dgn org ramai etc etc..apa pun kena sentiasa beringat and alert...thx kongsi cite ank ko kak...


p/s: drama sgt fahim...haha~

fazitaismail said...

alisya dah ok ke..
anak2 kcik mudah terkena tau..

Ibu Lala said...

Bahaya la mandi kolam sekarang ni. Ada kenalan kat fb yg anaknya mrninggal sbb jangkitan kat jantung. Demam panas mata bengkak dan trus masuk icu. Puncanya mandi kat waterpark.

Saya dah stop bagi anak anak mandi pool. Takut berlaku kejadian kejadian camni. Nauzubillah. Tapi budak budak bukannya nak dengar cakap mak ayah kan.

Yumida Huda said...

hope alisha cepat sembuh
gerun gak baca kes2 mcm ni
sebaran virus melalui air

follower ke 422..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
http://umikasum.blogspot.com

eB said...

Jangkitan melalui air. Nauzubillah mizalik. Sgt2 takut dgr sbb ank2 eB sgt sukakan air.

Tihara said...

info berguna, moga alisha sihat sentiasa..

eima said...

im not sure the infection from the pool but i just suspected ....maybe from the pool..alisha sicked n she was diagnosed itp

Sweetmama said...

ermm..boleh jd jgk kan sbb terlebih minum air klorin di pool, sbb khair zaquan dulu kena cirit birit + muntah2 yg agak lama ramai yg kata antara penyebabnya mandi kolam, kebetulan time tu k.eija tgh giler berswimming n tiap2 minggu bawa anak2 g swimming, sejak dr tu terus stop skjp aktiviti swimming, la ni khair asik mengajak je g swimming dkt maritim tu..