Friday, May 31, 2013

Jalan - Jalan : Cameroon Highlands Lagi 2013

cam Mrs. K cakap 
die dah tau dah mana aku nk pi kan 

tu la aku dok ulang tak jemu²
gaya balik kg dah pun 

26-27 Mei 2013  

kali ni tak amik gambo pun kat depan apartment tu 
sbb time checkout tu ade mangkuk mana tah blocked keta atok 
dok tahan marah nk  cari owner 
laki aku sekali ngan aku lupa nk amik gambo kat sign apartment 

kali ni saje nk merasa Iris House Resort 
sbb tak penah lagi stay yg agak sunyi gitu 
klu yg tgh pekan tu dah tak sejuk...sini ade la rasa sikit sejuk sbb sebelah bukit kot

ape yg pasti CH tidak lagi sejuk cam memula aku pi tahun 2006
skrg memalam tido tak berselimut pun ..ke kulit aku dah tebal cam reptile tu

lepas check in je terus terjah tgk rama²
wlupun ni kali ke2 aku masuk ...masuk lagi sbb bw anak² buah depa tak penah pi ..kesian



aku kan pantang ngan hewan²... 

haaa dah kaco² butterflies tu br perasan signboard

time ni aku dok merengek dah kat enPanjang nk amik gambo sama scorpion tp enPanjang tak bg greenlight 
die sayang bini die kot ...kiki 

tp ni aku dah gedik gile dah ...tgh tahan gelora ....
siap ckp ngan enPanjang yg ni tak bahaya ...boleh ek bah

direstui oleh enPanjang ... fahim je tertarik kaki mama jgn pgg katenye bahaya
tp mama gedik lebih nk jugak 


Harga Tiket :
Dewasa : RM 5
Kanak² : RM 2

Lokasi : 250m atas sikit dr KEA FARM

ingat nk bg fahim petik strawberries ...kesian strawberry dah out of stock

anak² buah aku ngan mak die sekali, aku angkut

Iris House Resort L4

apartment 2room kami 2D1N L4-30 RM300


aktiviti aku kat sini harus :
  • terjah pasar malam - brg mahai tp byk choice, mintak kurang pun sombong time cuti sekolah ni 
  • KEA FARM - sama la mahai jugak aku tak beli pepe pun kecuali lolipop budak2 tu, sayur pun aku tk tgk pun
  • Ladang Teh BOH - aku sesat ke mmg jalan die gitu wei, dah kecik bahaya plak pastu tak jumpa² last² turun balik ....last aku pi dulu ngan opis tahun 2006, aku dah hilang ingatan
  • ape lagi ek aku buat ... hmmm sbb dah slalu pi takde beria sgt pun .... hahaha



Note : mls betui sekarang ni bak pe tah ... 



Thursday, May 30, 2013

Aku Gedik Bila Nampak Haiwan

mood yg tak brape baik sgt hari ni
sbb kena jg tmpt boss lain
br nk enjoy boss pi umrah 2 minggu
balik dari bercuti kena take over tmpt kakak PA ni
dah namanye tanggungjawab kena laksanakan dengan hati terbuka

_______________________________________________

dari minggu lepas aku stop menulis/update
bakpe tah kemalasan melanda
hari ni lagi mls sebenarnye
membaca masih diteruskan, itu la pengubat kebosanan dan mood tak baik aku pg td

____________________________________________________________________

ok yg atas tu entry semalam yang tak taip abis 
entry hari ni 

tempek gambo aku ngan reptile




posted from Bloggeroid

Thursday, May 23, 2013

Belengas Atas Bawah Sama Cam Footballers

mood aku agak ke laut sikit 
cam ade byk mende nk cite nk tulis² tp aku mls 
bak pe tah 


smlm ptg enPanjang sms 
"mlm ni tgk bola kat paroi nak?"

fahim sepetang smlm die kat opis ngan aku 
bosan sbb boss tak dak aku pi amik die kat taska 
suruh teman aku kat opis ...huru hara kejap

aku tanya die ... abah ajak tgk bola ...mau ka?
fahim setuju ... aku tak dak hal 
sbb tmpt deting aku ngan enPanjang dulu mmg stadium pun 
tu je la aktivitinye org lain pi tgk wayang kami tgk bola...

ni kali pertama sejak alisha lahir pi stadium
alisha paling aktif ... berpeluh mama basah baju 
dah la angin tak de 
belengas atas bwh ...huahuahua

mek kenit tu berlari sana sini
tak reti dok diam


time ni baik lagi ... 

dah start dah bosan ... mama dah berpeluh mengejar die 
risau kot jatuh ...kan byk tangga tu ..seriau

puas lari benti kejap kacau abg 
abg tepis tgn gatai die dok nk tekan home tu
die tampar je muka abg..garang sungguh
seb baik abg hang ni baik adek ..klu abg org lain mmg dah lama dah hang nangis 


Pahang vs N9
2-0

bila tah gol bila tah penalty
ape jd aku pun tatau ....

kat stadium ni ade 2 gerai yg menarik perhatian aku 
POPIA KUALA KANGSAR & CHAR KUEH TOEW 

avavavava klu la tak singgah mkn sebelum ke stadium lama dah aku ajak enPanjang mkn kat ctu 
dh msk dlm Warung Kita ke Sarapan di Mana tah ari tu tak ingat


Note : hari yg bosan ... 




Tuesday, May 21, 2013

Bayi & Karenah | Makan Sendiri


sejak 2 menjak ni 
bkn baru tp dah lama dah 
alisha makin menjadi² nk mkn sendrik je 
dah tak nak bersuap
asal je nk suap die ketap bibir, paling arah lain sambil ckp sambil geleng "dak..dak"

bila dah mkn sendrik kat rumah ok lagi 
boleh jugak disuap secara psiko 
bodek2 abg suruh tolong pura² nk mkn mknan die 
sbb rasa dengki mama nk suap abg die nganga jugak wlupun kadang tu jerit sekuat hati 
tak puas hati mama suap die mkn 

bersepah tu dah lali dah 
kena cekal hati nk kemas lantai je

bila mkn sendiri ni kenyangnye tidak pun, main je lebih 
nasi byk ke lantai bila dah bosan stop mkn 
perut belum tentu kenyang 

cam smlm mkn kat luar 
main je lebih ngan nasi ngan kueh teow
pastu tgh² mlm 4 kali mama bgn buat susu sbb die lapar
kejap² merengek 

ni la budak yg sebuk nk mkn sendirik 





ayu je kan gambo ni ... aku paling suka moment ni




faktor alisha semakin hari semakin kecik ni la sebabnye
mkn tak bersuap ... fahim sampai besar masih bersuap 
bukan fahim tak pandai tp aku suka suapkan mkn sampai sendawa
dan die tak pandai nk ckp tak nk klu mama pujuk "ala satu je lagi" mesti nganga punya
wlupun dah sepuluh kali satu je lagi tu 

dok taska bagus sbb budak sgt berdikari dan berdisplin
sgt cerdik tp diorg dah terbiasa mkn tak kenyang sbb byk main 
jadinya cam alisha la



Note : mood ngan pala yg sakit..... 








Monday, May 20, 2013

Hangpa Nak TOLAK, Tolak Lah

aku terpikir² jugak cam ne 
email kerajaan boleh lepas spam cam ni ek 
ni kerja org dlm ke ade org jual data ni ek 
tuduhan melulu² ni bahaya ni kang ai plak kena tangkap
cuma terpikir² je 
pttnye kawalan terhadap email kerajaan ni kuat 


yang terbaru dar Demi Malaysia
aku pun tatau Demi Malaysia tu ape



hang nk tolak KJ ke JJ ke tu hak hang 
tak dak kaitan ngan aku pun 
aku sokong ke tolak ke kepentingan aku sikit pun tak terjejas


tolong la jgn nk rosakkan minda lagi mende2 gini 
pengaruh budaya barat betui la depa ni 
kunun nk gulingkan kerajaan melalui penjajahan minda la tu 
eeeiii sudah² la aku dah fed up nk dgr cite² politik tak sudah²



KJ = Khairy Jamaluddin
JJ = Jamaluddin Jarjis



Note : bz bee, bz body, bz bz bz



Friday, May 17, 2013

Kesian ...Kesian ....

hari ni aku kebizian 
tak sempat nk baca² 
tambah ilmu sambil blogging

dah 3 hari sepi tak berupdate 
tak jenguk amik tau sambil bz bodi
hal² blogger fav 

lagipun aku kering ideas dan 1 hari bercuti dan lagi MC dan hari ni bz 

nk tulis ape pun tatau ni 
pertengahan tahun mmg time bz aku 
byk plak tugasan diberi 


Note : geram plak dgr Wacana Sinar : Pasca PRU13, Ke Mana Haluan Politik Melayu ...heeeee skrg belum dpt mcm² la dikata dah dpt nanti ....lain pula .... rela dijajah semula sila kan.

Tuesday, May 14, 2013

Haramkan Helmet Fullface demi Keselamatan

sejak akhir² ini kita sering kali diperdengarkan dengan berita² kes tembak menembak 
yang berkaitan dengan pembunuh upahan 


kes yang menggemparkan Malaysia baru² ini yang melibatkan org ketiga tertinggi dalam Jabatan Kastam Malaysia iaitu  Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri


PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130427/je_02/Tkp-Kastam-ditembak-mati#ixzz2TFTsTbRV
© Utusan Melayu (M) Bhd 


dan kes terbaru adalah yang berlaku di Batu Kawan semalam 






BATU KAWAN – Kegembiraan sekumpulan empat sahabat menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di daerah ini tidak bertahan lama apabila dua daripada mereka maut manakala dua lagi parah akibat ditembak oleh penjenayah yang dipercayai pembunuh upahan.

Kejadian pada pukul 10.30 malam kelmarin itu berlaku ketika kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat mangsa itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2TFV5l94i

Hakcipta terpelihara 



dan ini adalah antara kes sebelum ini dan ade byk lagi kes yg kita baca dan dgr 


Kes tembak Sg Siput: Siasatan liputi soal peribadi, politik

POH - Selain motif untuk menakutkan keluarga adik Ketua MIC bahagian Sungai Siput, polis turut menyiasat kes tembak terhadap keluarga itu dari sudut politik dan peribadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, polis juga mengambil kira aspek jenayah dan gengsterisme dalam siasatan kes di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0227&pub=kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2TFVat0sQ 
Hakcipta terpelihara 



yang menjadi persoalan macamana rapuhnya sistem keselamatan negara kita dan penyeludupan senjata api semakin berleluasa


tahap keselamatan negara kita semakin hampir dengan negara barat 
semakin menjadi tak selamat 
buat masa ni sasaran adalah pegawai² tinggi dan org mempunyai kepentingan tinggi 
mungkin satu hari nanti keselamatan org awam seperti kita mungkin tidak lagi terjamin kerana penyeludupan senjata api... jika ia bukan penyeludupan senjata api macamana senjata api semakin byk dan mudah didapati sehingga kes pembunuh upahan dan tembakan ni semakin menjadi akhir² ini.  jika senjata api yang berlesen mungkin kerja mudah bg pihak berkuasa untuk mengesan siapa pembunuh tersebut.
keselamatan org awam mungkin tidak lagi terjamin pd masa akan dtg ..mana tau nanti ade plak kes tembakan rambang org psiko cam kat negara barat.... jdkan  budak sekolah sebagai tebusan tembak satu persatu .... kita jgn pandang enteng mende² mcmni ia mungkin boleh berlaku.



sedang kita diulit mimpi indah... berasa berada dlm keadaan aman... dalam keselesaan ... tetiba berlaku Kes Pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan Wira² Negara kita....siapa sangka

ini hanyalah sekadar pandangan aku sebagai rakyat yang selalu cuba mengambil tahu isu² semasa yang berlaku dalam negara kita.



dan aku merasakan HELMET FULLFACE haruslah diharamkan 
penunggang motosikal berkuasa besar atau kapcai diwajibkan memakai helmet kura² dan transparent shield
untuk memudahkan pengecaman wajah penembak mati/upahan melalui CCTV atau orang ramai 
sbb kes² tembak slalunye melibatkan penunggang motosikal 



logik tak cadangan aku ni ????



Note : ini adalah hari yg mls nk wat entry ..... 


Monday, May 13, 2013

1st Time | Naik Motor

waktu balik kg sempena PRU13 ari tu 

sepanjang 2 hari dok kg 
budak² ni asek ajak naik moto je
alahai mentang² kite tak moto kan 
melenjan moto atok pi kedai 
saja² je pi kedai semata² nk moto 

alisha 1st time Fahim 2nd time 
cerdik tau alisha ni ... letak je kat belakang abah terus peluk pgg bj



aku pun dah lama dah tak bw moto dah 9 tahun dah 
skrg klu bg motor ...pheww tak leh imbang ko tu br skuter 
gayat satu hal ... hahahha 


teringat zaman study asek dok membonceng belakang enPanjang
rindu zaman bercinta ... hihihihi



Note : tgh kemalasan hari ni ... bak pe tah ... 

Thursday, May 9, 2013

Mama Kawen cam Ulat Gonggok ?

ULAT GONGGOK

jom kenali Ulat Yang Agak Comel Ni
comey ke hihi
Gonggok atau juga dikenali sebagai ulat gelato atau sepah bulan merupakan sejenisartropod dengan badan berbentuk silinder yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung, dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki). Terdapat hampir 10,000 jenis spesies gonggok.

apabila diganggu ia akan menggulungkan diri 


belakang rumah aku ade lagi spesis lain Ulat Gonggok ni 
tp kali aku cite spesis yg ramai org slalu jumpa

><><><><><><><><><><><><><><><><

satu hari di belakang rumah aku, sedang aku sidai baju sambil anak² tukang sebuk sama

Fahim : mama tgk ni, die kawen la 
Mama : erk ..............kawen?? pitching tinggi 
Fahim : ala cam mama ngan abah la, pompuan ngan laki tu
mama : errrr ......(terus pk lain ..... kantoi ke ???)
mama : nape kate cam mama ngan abah ??
Fahim : yela dah  kawen kan ... sama la ngan ulat tu 
Fahim : dpt abg ngan adek kan ... nanti ulat tu dpt baby jugak la

untuk elakkan perkara ini berterusan sbb aku tau aku tak mampu nk handle berlebihan sblm hal² tak sepatutnye terjadi aku terus tukar situasi 

mama : tu bukan nk kawen la ... tu tgh lawan la 
Fahim : yg atas tu bukan laki ke mama 
mama : errr....tatau la ..tu tgh lawan 
mama : jap dtg balik tgk sape menang pi masuk dlm dulu 


ulat gonggok tgh mengawan ....


kami suami isteri mengamalkan aktiviti secara selamat dan beretika serta berhati²
tak mungkin akan kantoi 
tp Fahim yg dah faham ape maksud kawen
 ♦ ade lelaki dan perempuan
♦ klu kawen mesti akan ade baby
♦ dan ia bermaksud perkongsian hidup

hmmm salah aku jugak sbb asek ckp kat die 
pasal cite kartun fav The Adventure Time with Fin & Jake
aku ckp Fin nk kawen nk princess bubblegum 



cepat je terasa anak aku dah besar dah paham byk mende


Wednesday, May 8, 2013

Redeem Voucher Deals | Dino Park


aku dan enPanjang dah redeem dah pun voucher tu pada 28 April 2013 lepas
ia adalh pembelian paling x berbaloi
seb baik la beli kat deals RM10 jimat RM5
klu beli kat kaunter RM 15 aku kena keluar utk seorg mau aku amuk kat ctu jugak

ini la tempat paling daif aku penah pegi .... huaaaa
pembaziran duit, masa dan penat
semata nk dtg tgk dinosour yg dah uzur 
____________________________________________

kami bertolak dari rumah pukul 8.30am 
sampai kat Ayer Keroh dlm pukul 11.00 am lebih
terus tuju ke Melaka Wonderland, Ayer Keroh



kat dalam Dinosour Park ni cam padang jarak padang tekukur
kesian² pengunjung 


tgk la jarak² antara dinosour ni jauh pastu luas je tanah


bukan takat luas je
tapi byk dinosour yang rosak 
ade 7 dinosour
hanya 2 je berfungsi boleh gerak ngan berbunyi


Dinosour² yang ade 


hanya 2 ni je berbunyi ngan boleh gerak² kan kepala

Trex rosak

Triceratops rosak

rosak

rosak

rosak




nk amik gambo pun tak byk port 2 ni je selain ngan dinosour2 tu
aku je la beria amik gambo sbb Fahim  ngan Icha tgh serabut kerunsingan

ini la Fahim sepanjang dlm tu yang tak sampai 20 minit tu 


icha pun sama cuak 
sbb bunyi dinosour tu seram + kuat


perkara yg aku tak puas hati ngan Dinosour Park, Melaka Wonderland :
1. Harga Tidak Berpatutan RM 15 tu terlampau mahal ngan keadaan Dino Park ni Rm5 ok kot
2. Keadaan Dino² semuanye usang rosak tak diperbaiki 2 ekor je ok
3. Panas dan tidak berbumbung, hujan tetiba kami tak de tmpt nk lari berlindung
4. Nama je gah tp hampeh


tak lama selepas kami masuk sekeluarga chinese ni masuk jugak
masing ckp tak puas hati ... pembaziran katenye


aku nk pi lagi tak sini ??? hmmmm tak dah noktah
klu die dah upgrade dan ade penambaikan yg terbaik aku akan pi balik kot



Note : skrg ni aku suka lmbt wat entry ngan up cite dah 2-3 minggu br nk tulis pesal tah






Tuesday, May 7, 2013

Aktiviti kat Kg | Laut

kami dah lama dah tak balik kg belah enPanjang since raya puasa tahun lepas
sbb MIL mmg slalu ade kat KL 
die pun paling lama dok rumah die tu 2 minggu je kot 
pastu mai KL so aku tak rindu pun ngan MIL sbb mmg slalu jumpa pun...hihi

yg rindu kaw Rompin ni 
sbb dah lama tak balik 
pastu dekat plak ngan laut bersih tak de bau busuk 

2 hari berturut pi ke pantai

4 Mei 2013

perjalanan dari Putrajaya ke Rompin 9.30 am - 2.30 pm
petang tu dlm pukul 5 lebih nampak cam dah redup terus ke pantai



ni la kerja abah membasahkan anak², aku tukang tangkap ketam ngan usha org lain ..
cuci mata

budak kecik ni takut ombak, bergegas berlari bila ombak kena kaki 
main pasir je jauh dr air tp ttp basah kena jirus ngan abah/abang


abg tu mandi laut pakai jeans ... jenuh mak nak membilas ....




5 Mei 2013

hari ke 2 pun repeat lagi 
nk puas kan anak²
jrg sekali nk dpt main laut 





niat dihati balik kg kali ni nk pekena ikan bakar 
murah & segar kat sini tapi kedai pakat tutup
nk pilihanraya semua pakat sebuk .... 
tgu bulan posa plak la nk merasa ni ... dah tentu² time tu je nk balik sambut posa 




Note : boss lama ai tgh honeymoon ngan isteri baru .... fuuuyooo