pada 5 Disember 2013 Khamis malam
waktu nk bg alisha mkn ubat cair kahak dan selsema
aku perasan dlm mulut bhg dlm pipi alisha ade ketulan merah dan berdarah
tp alisha tak sakit sbb bila aku sentuh²
aku bawa alisha ke klinik panel kat P.15
Doktor cuma bg oral aid ubat ulcer dan ckp ngan aku mungkin anak aku tergigit pipi die
mlm tu mulut alisha berdarah lagi
esok tu pada 6 Disember 2013 hari jumaat
dah jadi kebiasaan kami laki bini
jemput awal anak² taska setiap hari kot
paling lmbt amik pukul 4-5 pm la slalunye
waktu amik alisha hai jumaat tu kawasan mata kanan die lebam
pastu aku check bdn die byk sgt lebam²
merah² cam love bite ade kat leher
ibu mana yg tak risau ....
aku risau kena rogol ngan dera je anak dara aku tu
tak bajet langsung yg alisha sakit time ni sbb alisha sgt aktif
dan tak de tanda pun yg die sakit
cepat² aku bw alisha ke Klinik Panel P.9
dan DR check minta aku refer ke Hospital utk blood test
sbb dlm mulut alisha ade Hematoma
rupa Doktor kat p.15 diagnose tergeget tu rupa hematoma
lebih kurang cam ni yg ade kat pipi kiri dan kanan icha
lepas dpt refer letter aku terus ke Hospital Putrajaya untuk buat blood test alisha
mmg terlalu lama betui prosedur kat Hospital ni
dari daftar pukul 2.50 pm sampai pukul 4 pm lebih br dpt amik darah
pukul 7 pm lebih br result darah keluar
dalam pukul 6.30 pm tu aku dah mintak izin ngan doktor nk balik sbb alisha berak
pampers tak de ....
dlm pukul 7.30 pm Dr on call ER Hospital Putrajaya call suruh aku dtg segara ke Hospital
sbb result darah alisha dah keluar dan keadaan alisha berkemungkinan bahaya
alisha disahkan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura(ITP)
blood platelets alisha tinggal 6 dari 150
atau bacaan sebenar 6000mcL dari 150,000mcL
normal blood Platelets adalah antara 150, 000 - 400,000 mcL
blood platelet juga dikenali sebagai sel darah kuning
risiko blood platelets kurang adalah pendarahan dalaman
samada pendarahan otak atau pendarahan tanpa henti atau pendarahan organ dalaman
alisha sangat berisko jika die terjatuh atau terluka
fungsi blood platelets ini adalah membantu dalam pembekuan darah dan antibodi
bila blood platelets ni kurang sbb tu boleh pendarahan dalaman
dan alisha jugak mudah terdedah pada jangkitan baru yang boleh merisikokan nyawa
sel darah kuning atau blood platelets ni dihasilkan oleh Tulang Sum Sum kita
pada malam tu alisha warded di Hospital Putrajaya selepas berlaku salah faham di kaunter ER
dan aku mohon di transfer kan ke Hospital swasta lain
dan malangnye pada malam tu semua Hospital sekitar Putrajaya- Bangi - Kajang - Puchong - Nilai penuh
sbb byk kes denggi
gambar katil icha tp dari folder recovery yg hilang tu ... huwaaaa
gambar kecik 32 kb je
dan aku membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan utk alisha di Hospital Putrajaya
tp tak de ape² tindakan pun diambil
dari warded jam 9.00 pm sampai 12.00 tgh mlm
HO cuma masukkan IV je kat tgn alisha
ubat ke ape ke belum lagi
sbb MO cakap ape² pun buat esok pagi dengan kelulusan paed
esok pagi pada 7 Disember 2013 hari Sabtu
aku masih menanti rawatan
tp macam tak de perkembangan pun
aku tahu alisha high risk if terjatuh ke ape ke
sbb aku dah google pasal ITP ni
tp sbb risau aku buat keputusan bila enPanjang dtg hantar barang
kami bincang ... dan konfirm nk transfer ke Hospital Swasta
dan sign AOR(Discharge At Own Risk)
kami terus ke Prince Court Medical Centre(PCMC), KL
time enPanjang naik atas kat wad kesian kat Fahim kena tinggal kat Pengawal Keselamatan kat lobi sbb budak bwh 12 thn tak leh masuk
kesian kat anak aku tu .. terkontang kanting sorg²
bila selesai AOR tu, aku trn ke lobi
Fahim ckp ngan aku die nangis sbb ingat abah dah hilang ngan tinggal die
alahai kesian betui anak bujang mama tu
sorry la terpaksa buat parts
nk cerita semua dalam satu entry macam panjang sgt plak
Note : skrg ni ade kat Paediatrician Clinic PCMC, utk buat blood test alisha..mudahan darah alisha ok dan bebas dari sebarang penyakit yg berbahaya ... mudahan²