Wednesday, June 11, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | Hotel Hoang Hai Long 2 di Little Kuala Lumpur Vietnam


Hari Pertama Siri ke3


Pilihan kami dalam Pakej Pelancongan di Ho Chi Minh City adalah Hotel Bertaraf 3 Bintang dan berdekatan dengan Cho Ben Thanh atau lebih dikenali ngan Ben Thanh Market 

Travel Agensi kami di Malaysia telah pilih Hotel Thien Tung masih lagi dekat ngan Pasar Ben Thanh tp lokasinya diseberang bulatan ...disebabkan trafik yang begitu sesak dan penuh ngan motor sbb risau nk melintas jalan pun ssh nanti
kami mintak agensi tukarkan ke Hotel Hoang Hai Long 2 Hotel yang memang lebih dekat 
lebih kurang dalam 60 meter je dari Hotel ke Pasar Ben Thanh 
dan berada di lokasi yang orang vietnam panggil Little KL 
ingat Little India dengan China Town je ke glemer kat seluruh dunia 
Little KL pun ada 

rate Hotel aku tak pasti sbb semua agensi yang uruskan sbb kami amik full package 
penginapan, lawatan dan makan
so soalan mengenai makanan mahal di Vietnam 
aku tak dapat jawab secara jelas sbb kami cuma bayar untuk sarapan sahaja sbb bilik termasuk sarapan tapi sbb was-was kami pilih untuk bersarapan di Halal Food Restaurant
kami bersarapan di Restoren Hajah Basiroh 
tapi bayaran untuk sarapan pun setiap pagi untuk 5 pinggan nasi lemak dan 7 cawan air  
lebih kurang 220000vnd gitu la lebih kurang dalam RM 15.00 


dalam pakej 2 Double Room dan 1 single Room
disebabkan single room kat level lain 
kami terpaksa la offer diri utk amik wlupun agak kcik sikit dari double room 
sbb kesian kat SIL ... anak dara takan nk dok jauh dr org pulak kan 

dalam bilik cam biasa
cam hotel lain jugak 

ada bath tub ... boleh la budak tu berendam lepas balik dari berpanas




depan hotel Restoren Halal Food Hajah Basiroh

dlm 60 meter dr Hotel ke Night Market 
jalan utama dekat Ben Thanh Market 
night market dibuka dalam jam 7.00pm hingga 1.00 pagi kot


pandangan Ben Than Market dr lorong hotel


Tip Percutian Vietnam : pilih lokasi hotel bedekatan dengan Pasar Ben Thanh sbb mudahkan kita nk cari makanan halal, tukar matawang, shopping dan tawar menawar sbb kebanyakan org vietnam di area ni boleh bercakap melayu berbanding di kedai yang lokasinya lebih jauh sedikit dari little KL ni ...



sorry la kena buat banyak siri pulak sbb aku sgt la bz sikit skrg ni nk menaip panjang² masa tak izinkan 
sedangkan aku menaip dr pagi² kadang² tu belah petang baru dpt publish 

9 comments:

Chekgu Azrine said...

Huhu..mhl jgk ek makanan dia..

TeacherAzimah said...

Bagus tips ni. Eeeer nak pi jgk!

LYAfrina said...

bestnyer.. teringin gak nk ke vietnam.. shopping kain cotton byk2..

azizah :) said...

jauhnya kak jalan2.. bestnyaa laa

uncle gedek said...

sabon macam jongkong emas!

huih!

mamaarifakeem said...

Ambik pakej penuh lg senang kan.. laahai.. bila ntah akak nk smpai ni..wuu..

Sweetmama said...

owh hotel ni mmg dekat sgt dgn ben thanh market, kami hari tu duk dekat saigon pink 2.

makanan dkt sana mmg mahal sikit.

ok la bersiri pun janji berupdate, k.eija ni x berupdate2..huhu, setengah jalan, bila dah lama tinggal x update mula la citer tu tergantung mcm tu je, x sempat pun nak story ttg ben thanh market..

maszmadi said...

pilih hotel yang dekat ngan tempat shopping... hihi

Lynn Damya said...

Salam, haaa untung dapat book hotel yg depan dia ada kedai makanan halal..sonang nak makan haa. ;D