Monday, June 9, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | War Remnants Museum & Reunification Palace

rasa ralat sbb tak dapat nk update cepat²  travel log percutian ke Vietnam 
syg sgt .....

_________________________________________________________

Hari Pertama siri 2


lepas lunch Mr. Thai bawa kami ke sight-seeing sekitar Bandar Ho Chi Minh
agak teruja bagi aku dan keluarga 
wlupun MIL aku kali ke3 pergi dan FIL kali ke2 masih lagi excited
dan kami ni kali pertama lagi la excited tengok negara orang 
membangun, bersejarah dan pengangkutan di sana tu mengkagumkan aku 
pengangkutan utama MOTOSIKAL  
dan paling kagum sikap bertolak ansur pemandu² di Ho Chi Minh City
hon kerana beri amaran bukannya marah macam pemandu kita 
aku rasa aku tak mampu kot nk hadapi tekanan di atas jalan raya di sana 
takut 

Destinasi pertama kami pergi selepas makan tengahari adalah Reunification Palace

Reunification Palace ni adalah kediaman Presiden Pertama Saigon bernama Ho Chi Minh 

dan pada 1975 saigon telah ditukar nama kepada Ho Chi Minh City sebagai penghormatan kepada presiden pertama.

seperti yang diceritakan oleh Mr. Thai, Tour Guide 

 



antara bilik² dalam  Reunification Palace 
aku tak amik banyak gambar dalam HP aku dan Camera

 bilik makan utama utk majlis keraian

Oval Meeting Room ... tiada chairman, suara didengari 

tengah tunggu van utk ke destinasi seterusnya 
dalam perjalanan ke Minh Phuong Fine Arts & Handicraft ... 
kami singgah utk amik gambar berlatarkan Train Station dan Pos Office lama






 Minh Phuong Fine Arts & Handicraft
kami tak beli pepe pun .. harga die boleh tahan mahal 
tengok² je  

dari Art Gallery kami terus ke War Remnants Museum
tempat yang ditunggu² fahim 
mmg die minat sangat ngan askar² dan alatan ketenteraan ni 
tambahan pulak game fav die Brother in Arm


banyak replika dari kapal terbang dan kereta kebal yang betul 
dipamerkan di sini 
Dalam War Remnants Museum ni ada 8 bilik 
yang menempatkan peralatan perang, gambar² zaman perang dan replika patung dari kesan bom kimia USA
mungkin pada pandang org luar ..akan mengatakan Muzium ni berat sebelah sbb banyak menunjukkan kekejaman Tentera USA terhadap Vietnam tp pada pandangan aku ini adalah bukti mereka berusaha untuk merdeka ....
 



ni je antara gambar yang ade ..... gambar mama tgh tarik nafas nk senyum pun boleh la dari tak de langsung gmbar kami berempat


 
lepas selesai di War Remnants Museum Mr. Thai terus hantar kami untuk Check In di Hoang Hai Long 2 Hotel atau nama dalam english adalah Dragon 2 Hotel lebih kurang dalam jam 4.00 - 5.00 pm

time to rest ....
mmg penat sangat
perkara pertama buat kami buka baju dan mandi .. sila jgn bayangkan ...hihi



Tips Percutian di Vietnam : sila pakai baju yang nipis, serap peluh dan selesa sebab cuaca di sini panas ... 




12 comments:

uncle gedek said...

Orang cakap kat vietnam takde pompuan gemok, betol ke...?

mamaarifakeem said...

Syok la dh smpai negara orang.. g ramai2 enjoy sket kan... tak sabar nk tunggu next n3... sila sambung ^_^

TeacherAzimah said...

Iema mesti byk ko shopping baju raya kan hehe.. agak2 terlebih pass kat aku ek aku bayo :p

nuyui a.k.a miss YUI said...

huhu jeles tgk ni..hihih

Lynn Damya said...

Salam, haha seronoknya berjalan2...bila lah aku nak sampai ke sana, aku ni cuak kalau naik kapal terbang..ngeri~ hahaha :p

Chekgu Azrine said...

Anak tiri akk pun baru blk dr sana..katanya takde org gemuk eek kat vietnam..
Makan kat sana mahalkan?

syawalsimpsons said...

seronok weii sampai sana dah..,insyallah aku pulok next year...insyallah..tp aku tak paham la maksud ko...oval meeting room...tiada chairman, suara didengari...maksud ko..semacam je..ke aku yg salah paham..hahahahah

eima said...

@syawalsimpsons
maksud aku .... kat dlm mesyuarat ni takd e chairman .. so semuanye sama rata tak de ketua tak de anak buah ... pendapat didengari la ... tu maksud aku... klu meja bulat ade chairman

Nad MamaZN said...

bestnya p tgk negara org...
fm ada lebih x? hehe

::NureeN:: said...

sronok dpt p melancong smbil belajr :)
rasa mcm ri tu bru jer blk dr sabah kan.. g ho chi minh plak.. wahh untungnya

Sweetmama said...

beshnye bercuti bersama family, byk tempat boleh di lawat. k.eija hari tu g dgn kawan2 semata utk shopping je..hehe

amiey lee said...

bestt nye aku je belum smpai ho chi minh nih heee