Monday, July 7, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | Ben Thanh Market & Night Market

Hari Pertama Siri 3


selepas berehat seketika dan segarkan badan selepas berpeluh-peluh 
ketika sight-seeing sekitar Bandar Ho Chi Minh selepas mendarat 
dalam pukul 5.40 pm aku, enPanjang dan si kecil Alisha jalan-jalan di kawasan berdekatan 
dengan tujuan sebenar untuk survey harga, jenis barang yang kami akan beli 
sambil-sambil tgk tempat orang 

Destinasi pertama kami pada petang tu adalah Pasar Ben Thanh dan kedai-kedai di kawasan hotel 


ihsan googles 
sbb Tour Guide kami pesan kat sini byk pencopek 
so aku mmg tak keluarkan HP pun dlm ni risau

dalam Pasar Ben Thanh ni boleh dikatakan sebagai syurga kain kot 
ada pelbagai jenis kain cotton dan Vietnam Silk yang pelbagai warna, jenis dan corak
mmg rambang mata 
tapi corak dan warnanya kebanyakannya sama je disetiap kedai 
dan jgn terkejut klu di Malaysia nanti kita jumpa org pakai baju yang corak dan warnanya sama dengan kita 
sb kebanyakan pelancong di sini terdiri dari Rakyat Malaysia 
di sini  dah terasa macam di  tempat sendiri 
mana² pergi mesti ade warganegara kita kerisauan di tempat orang tu tak terasa sgt pun 

Harga Kain Cotton sepasang bermula dari RM 20 - RM25 
jika pandai tawar menawar mungkin akan dapat lebih rendah dari tu 
tapi disebabkan semua peniaga meletakkan harga RM 25 
mmg susah sgt nk minta tawar 
yang paling best kat sini kita tak perlu beria nk speaking london 
sbb kebanyakan Peniaga di Pasar Ben Thanh ni pandai berbahasa melayu 

Kain Sutera Vietnam ada byk jenis tapi aku tak sempat nk selidik 
yang standard orang slalu beli bermula dari RM 35 - RM 85

Tips membeli di Pasar Ben Thanh ni kita kena guna kuasa kita sebagai pembeli 
letak harga paling rendah 
Kalu contoh harganya RM 25 kita minta kurang  RM 12
kalau peniaga tak bagi kita blah 
dan yakinlah yang mereka akan panggil kita semula untuk setuju dengan harga kita
klu diorg nk up pun maybe jd RM15 ...kan dah save di situ 

pada hari pertama tu 
aku pun tak pandai lagi sbb tu cuma survey dan tgk tempat org dulu 
sambil tu tgk cara org kita bargaining 
dan aku try praktikkan di satu dua kedai 

disebabkan Mr. Thai, Tour Guide dah maklumkan tepat jam 6.30 pm kami akan bergerak ke Muslim Restoren untuk dinner.
kami bergegas balik semula ke Hotel utk bergerak ke Restoran 

selepas makan malam Mr. Thai hantar semula kami ke Hotel 
dan malam tu aku, enPanjang dan Alisha tak lepas kan peluang untuk jalan² disekitar Ben Thanh Night Market 
saja cuci² mata sambil tgk gelagat org vietnam 

Night Market di sini lebih kurang seperti Uptown/Downtown kat KL 
mmg kena pandai main harga dan tawar menawar 


kat sini sesak dan byk motor lalu lalang 
dalam keadan ramai org cam ni pun motor berdesup² laju


alisha sabar menanti abah dok tawar menawar 
fahim jgn ditanya nape tak join kami 
of course la die dok ngan ateh die tu 


Tshirt kain panas ni pun harga di letak RM15- RM18
kalau pandai tawar boleh dapat RM 7 
sbb enPanjang dapat RM7 sehelai 
die beli utk kawan² dia
tapi untuk makluman size baju² di sini lebih kecil 1 saiz dr saiz di Malaysia
cthnya : Size M (Vietnam) adalah size S (Malaysia)
sbb org² Vietnam sangat comel, kecik dan suka tayang dada (pakai baju sleeveless)
mmg syurga utk pelancong lelaki .... hahahhaha 

sblm balik ke Hotel singgah beli Iced Coffee 3000vnd
sedap kata enpanjang 

ape yang aku beli kat sini 
nanti aku akan cerita lain .... sbb skrg ni dah pukul 11.40 am 
dah time aku nk gerak pi pick up Fahim dari sekolah 




5 comments:

dhiera said...

wah... masuk masuk entri ho chi minh. nak pegi jugak!!

banyak betul kain dekat sana.

pakai travel agensi ke iema?

jawab soalan dekat blog, gambar anak pun boleh iema yg penting suasana raya =)

MizzTina said...

mcm bentan lak klu sy sebut..hahaha.. murah giler.. pastu peniaga jual blik kt cni jd beratus.. wuwuwu.. yela, kos lg kan.. akak, brape pakej g sn.. ngah berkira² sm ada nk g bandung atau ho chi minh.. nk kira bajet..

nuyui a.k.a miss YUI said...

oergh..bestnya..

nth bila lak dpt p sana..hihih.

Aty_Fared said...

ko asal aku masuk blog ko..mesti entry berjalan jer ko kan.. besh betul... :)

MissNadia said...

wa syurga beli belah.. best

wow dari rm 25 boleh turun ke rm12 ke?? banyaknya mark up.