Wednesday, July 16, 2014

Kerana Seperiuk Bubur Lambuk

hari pertama Ramadhan yang lepas 
seperti biasa bila bulan puasa ni 
enPanjang mesti request kat mak die suruh masak bubur Lambuk Pantai Timur 

dan puas mencari kat pasar 
pucuk paku merah tak de dijual ..selalu nye kat pasar selayang tu ade org jual tp kebetulan hari tu takde 
puas juga mencari pasar sekitar..pasar sentul ngan pasar besar yg warna merah kat danau kota tu ... 

nak tak nak ...kena la pi mencari dah hajatnya nak makan bubur lambuk kan 
kami mencari sampai ke Kawasan air terjun di jalan lama Gombak - Bentong 
tapi tak jumpa yg ade pokok paku pakis je 
punya jauh mencari ..kecewa 

kawasan air terjun ... bamboo camp ke hape tah nama nye ... aku lupa nk amik gambar 


akhirnye waktu nk patah balik ke nampak kat tepi hiway atas bukit tu ade sikit² pucuk Paku Merah 
berenti tepi .... enPanjang pi kutip 




ni pucuk susah nk dapat klu kat KL .... klu area sepang belambak ... pi kutip je 

silap kami jugak dah tau nk mkn bubur lambur tak ingat awal² yang kat putrajaya pun ade jugak
dah ade kat KL baru teringat satu kerja nk pi mencari...

minggu kedua berpuasa tu kami teringin lagi nk makan 
sekali lagi misi mencari pucuk paku 
tapi kali dekat dekat je ... kat bukit kawasan rumah aku je 
RIMBA ALAM 


tghari terik pi cari pucuk paku 


ni la dia bubur lambuk idaman 
sedap sgt .... kalah bubur lambuk kampung baru 






Bahan² :
  • Beras  - 2 pot
  • Santan Pekat - RM 1
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Ikan - 2 ekor ikan cencaru(sederhana) yang dikukus/rebus
  • Kerang - ½ kilo yang telah direbus & dibuang  kulit
  • Udang - ikut citarasa
  • Lada Hitam - ikut citarasa(dlm segenggam)
  • Halba - 1 sudu besar
  • sedikit Halia - yang dititik
  • Bawang Besar - 2 ulas
  • Pucuk Paku Merah - 6 tangkai
  • Daun Kunyit - 1 helai
  • Daun Selasih - dlm 20 helai
  • Pucuk Kadok - 5-6 helai
  • Daun Kesom - 4-5 tangkai


Cara membuat:

  1. Basuh beras dan masak seperti masak bubur.
  2. Kisar isi  ikan dan bawang besar sehingga hancur & halus.
  3. Tumbuk Lada Hitam separuh hancur.
  4. Apabila beras dah kembang dan masak masukkan halba, halia, lada hitam  dan isi ikan+bawang.
  5. Biarkan mendidih dan masukkan udang dan kerang
  6. Apabila udang dah masak masukkan daun kesom, pucuk paku merah, pucuk kadok & daun selasih yang telah di racik sederhana kasar.
  7. kemudian masukkan santan pekat.
  8. ** jgn lupa masukkan garam secukup rasa.
  9. apabila sudah mendidih, tutup api dan Dah Siap.


** Ramuan/Bahan paling penting dalam resepi ini adalah Pucuk Paku Merah


11 comments:

Nad MamaZN said...

mesti sedap sgt ni sampai sanggup cari pucuk paku merah tu...
nak rasaaaa, eima masakkan ek hehehe

syawalsimpsons said...

mesti pucuk paku tu yg buat sedap tu kan....

@e_da said...

tak penah try yg ada pucuk paku ni.. mesti sedap kan.. alahai rasa nak buka bubur lambuk la pulak petang ni

ruziyatul mona Adzibi said...

menyesai buka blog hang tengahari hahaha lapaq teruih..

LYAfrina said...

Sedapnya.
Thn ni skali x rsa lg bubur lmbuk.. klo dulu menu wajib ni time bln pose.

Chekgu Azrine said...

kemahen terliur lagi tgok bubur lambuk tuh..hubs cukup suka bubur lambuk tp blm penah la try hat yang pantai timur punya..sure sedap

azizah :) said...

rindunya nak makan bubur lambuk semenanjung! kat sabah xjumpa pon..

eB said...

eB suka msk rebus asam. sedap tau :)

Ibu Lala said...

Kalau x letak pucuk paku tu x sedap ke. Akk sll ambik bubur lambuk kat masjid amaniah tu je. Tu pun dah sedap.

eB said...

eB sgt2 suka bila msk sayur rebus campur... sedapnya lahai... teringat rasa masam2 tuh... :)

bunga_rose said...

ooo ko panggul pucuk paku merah eh.. kat kampung aku panggil pucuk miding