Tuesday, August 26, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | Cu Chi Tunnel

aku stop kan cerita jalan-jalan ke Vietnam dulu sbb bagi laluan pada bulan puasa/aidilfitri dan kejadian MH17 
hari ni hari raya terakhirhir kita aku nk sambung cerita pasal percutian keluarga ke Vietnam pada 
23/5/214 - 26/5/2014 yang lepas

_______________________________________________________


Siri 2 Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | Hotel Hoang Hai Long 2 di Little Kuala Lumpur Vietnam

 
Hari Kedua Siri 1

24 Mei 2014

awal pagi lagi kami dah bangun untuk pergi sarapan di Restoren Hajah Basiroh bertentangan dengan hotel yang kami menginap Hotel Hoang Hai Long 2 
sebab dah berjanji dengan Mr. Thai, tourist guide kami yang akan datang jemput kami untuk ke lokasi pelancongan seterusnya pada jam 8.00 am

Lokasi kami pada 24 Mei 2014 hari ke2 
kami akan ke Cu Chi Tunnel
iaitu sebuah terowong bawah tanah yang dibina oleh Viet Cong  pada peperangan antara tahun 1959 - 1975
Terowong Cu Chi ni berada di daerah Saigon 

perjalanan ke Cu Chi Tunnel ni mengambil masa lebih kurang dalam 1 Jam hingga 2 Jam bergantung kepada keadaan trafik 
sejauh 121 km dari bandar Ho Chi Minh City
mmg pertama kali aku nampak motor dengan cukup banyak 
kagum sekejap 
sbb wlupun cukup sesak tp kemalangan kurang, tak jem dan trafik lancar 

sebelum bertolak ke Vietnam kami mmg dah googles tempat yang menraik untuk dilawati 
dan harus la tunjuk kat askar kecik kat rumah .... si Fahim tu 
dan Cu Chi Tunnel ni adalah tempat yang paling Fahim tak sabar nk pergi 

keadaan trafik di sana ... sikap mereka menjadikan jalan raya mereka wlupun sesak tapi lancar

Mr Thai Tgh dok explain pasal Cu Chi Tunnel 
 jenuh dok try snap guna HP tak brape nk canggih x bg gegar 
bersyukurlah dengan struktur jalan raya di negara kita 
TQ Kerajaan

kami sampai di Cu Chi Tunnel lebih kurang jam 10.00 am 
dan cuaca agak panas di sini 
dan Mr. Thai sudah maklumkan supaya kami pakai jenis Cotton dan serap peluh 

selepas Mr . Thai beli tiket 
tiba la masa penjelajahan sejarah kami 
Fahim sangat excited
kena dengan minat die kan

struktur terowong bawah tanah Cu Chi 
mmg canggih sampai dalam terowong ni ada 
hospital, bilik mesyuarat, sekolah, dapur, gudang makanan, bengkel militari dan laluan keluar ke sungai jika berlaku kecemasan


 
dihidangkan dengan tayangan movie peperangan '
dan kehebatan Viet Cong (gerila vietnam)

koleksi bom dari tentera amerika dan vietnam

Mr. Thai sedang beri penerangan mengenai kawasan Cu Chi Tunnel ni 


jerangkap samar 
yang salah satu kepakaran Viet Cong dan telah menyebabkan ramai tentera Amerika 
tewas 
 

koleksi jerangkap samar ...mmg menarik 
 

cara Viet Cong masuk ke dalam terowong 
dengan penuh dengan daun kering mmg ssh pihak tenetera Amerika nk kesan jalan masuk 
mmg cerdik bg teknologi zaman tersebut ..kagum 
dengan semangat juang mereka nk mencapai Kemerdekaan negara diorg 
sama aku kagum dengan Negara Aku MALAYSIA Tercinta
Terima Kasih PERWIRA NEGARA

 aku pun tak lepas peluang nk mencuba 
dan gambar ini ihsan dari Mr. Thai 
nanti aku ceritakan kisah gambar² yang lain ...ape dah jadi 


di Military Workshop
 

dalam terowong ni banyak gile 
ulang gonggok yang besar² dan sejenis kumbang 
tapi Mr Thai cakap ini la sumber protien Viet Cong dulu 
sbb makanan dicatu 
tapi gambar yg aku amik ... dah tak de .. nanti aku ceritakannya
disebabkan gambar pengalaman aku dan enPanjang mencuba masuk ke dalam terowong dah tak de 
aku pinjam gambar kat Astro Oasis 
si Farah Breet²



di gini la pengalaman kami semasa di dalam terowong 
yang gelap dan tersilap jalan boleh sesat 
dengan kuantiti udara yang terhad 
paling seksa kena menbongkok dan merangkak 
kami cuma mencuba yang 50 meter 
untuk mencuba keadaan pelancong mesti la dalam keadaan sihat 
tiada masalah jantung, asthama dan masalah penafasan yang lain 

antara kenangan terakhir ....setting HP kat monopod...


opsss lupa nk cerita kat sini ada padang tembak menggunakan peluru hidup 
40 USD per round
bagi sesiapa nk try boleh la 
kami tak try pun .. rasa rugi bagi guna tu utk shopping kan 

kami juga diberi peluang untuk merasai makanan asasi Viet Cong 
semasa peperangan dan di dalam Terowong 
iaitu Ubi Kayu cicah kacang tumbuk bergaram dan teh pandan 
sorry gambar tak de ..nanti aku cite next entry 

selepas selesai penjelajahan sejarah kat sini 
kami bergerak balik ke Ho Chi Minh City 




Tips Percutian : pakai baju yang serap peluh dan bawa air mineral ...kat sini cukup panas




10 comments:

MissNadia said...

wa.. bestnya

Nieyl said...

aritu member je pegi..siap kirim kain cotton kat sane..hihi~

AnneRaini said...

eima kurus boleh ler masuk terowong tu...selalu tgk kat tv org kurus je leh masuk..hehe..kalau diberi peluang taknak cuba..hehe sbb sy panik masuk tmpt sempit.

uncle gedek said...

ada tak sama macam smart tunnel...?

hehe

Cik Puan Eka said...

kak, minum kopi ais vietnam tak? rasa teringin betul nak mnum kopi tu hahaha jauhnyaaaa nak pi minum kopi

lieyalatif said...

uihh siap masuk terowong mcm tuuu...lieya penah tgk kat blog org yg pernah pergi...scary kan...lieya ni jenis takut dok tempat bertutup n terhad mcm tu...sure lieya tak masuk terowong tu heheeheh

Chekgu Azrine said...

negara yg akk teringin nak datang utk sopink..tp entah bila

LYAfrina said...

Tgk pic kt tgh bndar tu.. penuh motor.. mmg dia org gna mtr ye sbg kderaan utama.. kat vietnam y best shopping kain la kan.. murah2..

Brape budget nk g vietnam eima? Skali hotel+transport+mkn minum..

nur anis said...

seronoknya melancong...:)

Sweetmama said...

srnoknya..k.eija hari tu x berpeluang pun melawat ke sini, pergi mmg khas utk shopping je, rasa mcm nak pergi je vietnam lagi..