Monday, August 4, 2014

Test Masak Guna Pressure Cooker | Resepi Sup Tulang

rata-rata masih ramai yang masih bercuti hari ni 
wlupun hari ni sekolah dah buka tapi kat pejabat aku lengang je 
jalan pun sama pagi tadi trafik lancar wlupun aku dah lambat 

tp keadaan kekalutan kerja ... biasa la byk sikit 
hari pertama kerja 

Tahun ni Raya mcm tahun lepas 
1st day mesti Kampung enPanjang 
dan Raya ke2 dan seterusnya hingga tamat cuti kat kampung  aku 
Langkawi dan tanah besar Kedah 

dah balik Langkawi 
harus la joint sekaki ngan mokcik² bershopping sakan kat Idaman Suri dan HIG
pelik betui raya² pun ramai je org masuk langkawi 
cam musim cuti sekolah pulak 

aku ade beli jugak barang kat Idaman Suri dan dah rasmi dah pun 

Pressure Cooker
RM90
tahun lepas beli RM80 je ... 


sup tulang rusuk lembu 
gambar tak cun sbb saja bubuh sekali makan dan cuma
letak daun bawang je sbb sampai je Putrajaya dari kedah terus
pi cari tulang dan daging sbb nk test masak sup tulang guna periuk baru 
so bahan penyeri ape yg ade je la 

mmg mudah betui guna pressure cooker ni 
total 30 minit lebih je...siap masak dan daging sangat empuk 
jimat masa dan gas
memang aku cadangkan korang beli satu



Resepi Sup Tulang Eima

Bahan-bahan :

1 Kilo tulang rusuk
500 gm daging lembu
1 bunjut sup tulang Mak Siti *
1 batang kayu manis *
3 kuntum bunga lawang *
6 biji buah pelaga  *
1 sudu teh lada hitam **
6 biji bawang merah **
3 ulang bawang putih **
2 inci halia (separuh ditumbuk dan separuh lagi diketuk) **
garam & gula


Cara Masak :

1. Cuci bersih tulang dan daging lembu
2. rebus sekejap dan buang air darah (buih-buih hitam)
3. masukkan tulang dan daging dalam pressure cooker selepas buang air rebusan  pertama 
4. masukkan air ikut kuantiti sup yang kita nak dan halia yang diketuk
5. tumbuk bahan yang bertanda **
6. tumis bahan bertanda * dan ** dan dah naik bau tuangkan dalam periuk berisi tulang dan daging
7. masuk garam, gula dan sedikit perasa
8. tutup pressure cooker dan ikut step yang ada dalam manual penggunaan. Masak selama 25-30 minit.
9. siap dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng dan sedikit cili kicap


Selamat Mencuba




aku  rebus dan buang air rebusan pertama sbb untuk elakkan rasa hamis lembu dan kuah sup berwarna hitam dan paling penting untuk kurangkan kuantiti kolestrol dan lemak dalam sup tersebut. ada sesetengah orang sukakan sup tanpa buang rebusan pertama .... sbb manis daging tu... ikut citarasa masing-masing





5 comments:

LYAfrina said...

Salam aidilfitri eima..
Maaf zahir n batin

Skarang mmg semua dh naik harga.. sedapnya sup tulang.. mmg febrer la

.

Sweetmama said...

wah siap ada resepi, nanti nak cuba jgk la resepi sup tulang eima ni..

maszmadi muhamad said...

masz pon dah keje eima...

erm, sedapnye sup tulang... macam terasa-rasa je kat tekak nieh... isk, tergoda tulll

Nad MamaZN said...

yeayyy nnt eima wat makan2 leh buat sup tulang ni..
thn ni ada makan2 lg kan? jgn lupa jemput tau, hahahahaah! :P

Lynn Damya said...

Wahh..aku ni sejak dah pra-dewasa ni agak berminat dgn barang2 dapur ni, even tak reti masak sangat~ ngahaha :p