Tuesday, November 11, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | The House of Saigon

setelah hampir 6 bulan 
baru hari ni aku teringat dan terniat nk berusaha untuk habiskan episod percutian kami ke Vietnam 
pada 23 hingga 26 Mei 2014 yang lepas

_______________________________________________________________


Siri 3 Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | Hotel Hoang Hai Long 2 di Little Kuala Lumpur Vietnam

 
Hari Kedua Siri 2

24 Mei 2014
 
The House of Saigon | Bizu cafe

lepas gerak balik dari Cu Chi Tunnel 
dan selesai makan tengahari 
Mr. Thai bawa kami sight-seeing sekitar Bandar Ho Chi Minh 
dan bawa kami merasa minum kopi Vietnam 
hmmm bagi aku ni mmg besh dan menarik 
bukan senang nk dapat rasa kopi kat negara lain kan 
terutamanya Mr. Thai bgtau Vietnam juga terkenal ngan kopi mereka yang sedap 

Mr. Thai bawa kami ke The House of Saigon Bizu Cafe 

 
sumber google 
 
The House of Saigon Bizu Cafe ni terletak di tingkat atas sekali dalam bangunan kedai di tengah bandar Ho Chi Minh dan sangat dekat ngan Hotel Hoang Hai Long yang kami menginap 
hanya lebih kurang 5 minit dari hotel dalam 300 meter 
nak sampai ke aras atas sekali 
perlu melalui kedai-kedai di setiap tingkat 
dan menaiki tangga 
penat juga la lebih kurang 3 tingkat kot


aku dimaklumkan oleh Mr. Thai yang kopi di sini di kisar secara manual 
tu membuatkan rasa die lebih asli dan segar 

dan kita boleh kisar dan buat kopi sendiri dengan harga USD5 
harga termasuk 30 minit mengisar dan secawan kopi buatan sendiri 
tapi kami tak cuba pun ... cam bazir je nk bayar USD5 tu 

 sumber google

hiasan dalaman berkonsepkan english modern style 
 kot

sebelum order di ambil kami di hidangkan dengan minuman percuma 
iaitu Jasmine Tea
rasa yang pelik bagi deria rasa aku 
tapi bau yang sedap dan menenangkan bagi deria bau aku 
lama kelamaan rasa sedap dan menyegarkan  

aku order iced coffee untuk diri sendiri
rasanya mmg KAWW
mmg rasa kopi sebenar dengan kepekatan yang cukup kaw
silap-silap kalau minum waktu malam 
memang malam tu aku jadi burung hantu 

 sumber google

dan hot coffee for enPanjang 
minum nak kena bertapis bagai 
tapi sedap katanya

dan Vanilla Ice-Cream with Manggo untuk Fahim dan Icha
takan nak order kopi kot kat diorg 
kang tak pasal aktif semacam x bertempat 
bahaya kafien kat kanak-kanak sama cam bg kanak-kanak makan gula-gula
tapi at the last mama dia juga kena habiskan 

sbb budak-budak tu dah kenyang sangat sbb kan baru lepas lunch 
tetiba Mr. Thai bawa kami pi minum-minum pulak 

ok la tu sbb kami dapat jugak merasa minum kopi Vietnam kat Coffee House 
kalau tak memalam minum kopi tepi jalan je 
tapi tu pun enPanjang dok berulang beli sedap katanya 

oh ye ..lupa plak nk maklumkan harga secawan kopi di sini 
kami tak bayar apa-apa kecuali Ice-Cream tu sbb semua dah termasuk dalam pakej percutian 4D3N kami

memang aku cadangkan korang singgah ke The House Of Saigon Bizu Cafe untuk merasai sendiri kesedapan dan kesegaran Kopi Vietnam di sini

ralatnya sebenarnya 
banyak perlu guna gambar google sbb gambar asal yang kami snap dah tak de 
 

Tip Percutian : lebih baik guna matawang Dong dari USD atau RM sbb lebih jimat dan baki dipulang paling penting kita boleh bagi ngam-ngam ngan harga barang ....

9 comments:

Chekgu Azrine said...

teringin nak gi sana..
bila ntah..huhu

AnneRaini said...

ala tak minum kopi...tp eskrim tu nmpk sedap.

Diana Rashid said...

sekarang ni ramai pulak yang dok sebut2 pasal kopi vietnam nih..memang sedap katanya..saya belum cuba..teringin la jugak bila dah ramai cakap sedap..:)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

cantik restoran ni..
vanila aiskrim tu nampak sedap..

LYAfrina said...

jasmine tea tu ingt kan ais batu.. nmpk cerah je kan.. ke mmg kaler camtu...

lya sndiri mmg x minum lgsung kopi or apa2 je berkafein.. bau pon xleh.. trs blh jd sakit kepala teruk

mamaarifakeem said...

Ini yg bestnya berjln tempat org..boleh menikmati sesustu yg baru... bila la akak nk sampei...huuu..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Nth bila dpt ke.sana lak.. huhu

~aSHa~ said...

kena baca dari awal nampaknye.....

mmg plan ke sana...next trip..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Haiiiii bila la boleh nk sampai sana nie..