Thursday, November 27, 2014

Rawatan Kecemasan Melecur dengan Basic-H Shaklee | Kuah Laksa Mendidih Tumpah Atas Badan Aku


sebelum sampai ke rumah dan amik adek icha dari taska 
enPanjang dan siap-siap tapau set nasi ayam  AYAMAS berserta air
so complete mmg sepatutnye aku tak yah masak pepe pun dah 
aku sampai je kat rumah enPanjang dah siap-siap goreng cheese frankfurter  AYAMAS yang di beli dari kedai AYAMAS

alhamdulillah ... rezeki dah terhidang 
TQ so much enPanjang sbb tahu isteri kamu ni sokmo lapar 

TAPI malam tu tah kenapa dengan tekak aku ni 
teringin nk makan laksa pulak 
bukak peti ais nampak plak ikan kembung hanya 5 ekor
dalam hati ishh cukup dah ni
laksa minyak segera brand laksamana pun ade aku beli hujung minggu lepas

tak sampai 15 minit pun nak masak kuah laksa 
ikan kembung 5 ekor je pun nk perisi 

dah elok mendidih dan masak aku tutup api 
dan ubah nak celur laksa minyak plak
aku tatau cam ne boleh jadi ... serius tak prasan dan tak ingat 
TIBA-TIBA je aku periuk kuah laksa nak terlepas dari tangan 
dan separuh terumpah kat bahagian dada aku 
basah lencun ngan kuah laksa yang baru lepas mendidih 
dada aku perit sangat 

terus berlari ke bilik air tanggal baju bersisa kuah laksa yang masih panas 
tak berani nak cuci badan dengan air 
risau sangat takut mengelembung berair kesan melacur tu
dan Tiba-tiba aku teringat Basic-H Shaklee
terus berlari ke kabinet Sinki 
capai botol Basic-H dan lumur diseluruh bahagian yang terkena kuah laksa tu
aku biarkan lebih kurang 5 minit di badan aku sebelum cuci rasa sejuk je kulit
lepas siap cuci terus keringkan badan dan satu minyak But-But HPA
alhamdulillah kurang sikit perit di kulit badan ni 

2-3 jam sebelum nak masuk tidur tu adalah masa yang cukup menyakitkan dan memeritkan 
seksanya terus teringat betapa Allah sayangkan aku ...dengan kesakitan ini mengurangkan dosa-dosa kecil aku .....dan nasib baik tak kena muka ... sejengkal je nak ke muka ..alhamdulillah 

hari ni ... aku ingat nk mc ...sbb smlm melecur kan 
tapi waktu nak mandi pagi tadi .... kulit aku dah elok 
kesakitan malam tadi dah tak de ... cuma rasa pedih-pedih sikit je 
warna kawasan kulit yang melecur dah elok 
alhamdulillah 
batal niat nk pi amik mc ... karang doktor tak percaya pulak cerita aku tumpah kuah laksa br lepas mendidih di badan ....

Basic-H Shaklee dan Minyak But-But HPA

semalam seluruh bdn aku merah dan pagi ni kesan merah melecur dah ok dan pagi ini dah reda 


ini pulak tangan belah kanan aku yang aku tak prasan yang ade melecur jg sikit 
dan tak sapu Basic-H dan Minyak But-But

dan ini tangan kiri yang disapu Basic-H dan Minyak But-But

memang kedua-dua belah tangan sangat berbeza... tangan kiri dah sembuh dan rata 
tapi tangan kanan sedikit bengkak dan ada kesan melecur masih merah

sape sangka pencuci serbaguna  untuk lantai dan lain-lain 
boleh jadi bahan penyembuh 
aku tak was-was untuk guna Basic-H semalam sbb aku yakin Basic-H 100% organic dan tiada bahan kimia

mesti org fikir gile ke hape nk sapu pencuci lantai ke tempat luka dan melecur .. tp percaya la ..ni cerita sebenar yang berlaku kepada aku .... bukan bulan lepas ... bukan minggu lepas ... tapi semalam... 
sblm ni pun aku was-was juga ..ye ke berkesan ..boleh percaya ke 
haaaaaaaa amik kau .... baru percaya bila dah guna !!

so jadikan Basic-H sebagai satu bahan yang wajib ada dirumah
multipurpose function
paling penting ia selamat digunakan 

bukan setakat untuk kegunaan di rumah tapi juga boleh digunakan untuk sebagai penyembuh kes kecemasan seperti melecur

Antara kelebihan Basic-H
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Basic H adalah cecair serbaguna dikenali juga dgn nama cecair organik 1001 Kegunaan. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan. Yg penting ia adalah selamat, organik, non-toxic, natural dan biodegradable surfactants!




 
untuk info lebih lanjut mai PM eima 0129220376

12 comments:

AnneRaini said...

wah eima sakit tu kena kuah panas.. sypun pernah kena jugak..pedih wooo...

Tp bagus betul ye basic H tu. Mungkin boleh beli lepas ni...

LYAfrina said...

SAKITNYA,,
mujur ada alternatif rawatan kecemasan guna BASIC H tu

Kira Sakura said...

Ya Allah mujur lah dah sembuh kalau tidak menangis nya time kulit mengelembung air. saya pernah kena. bila bergesel dengan kain baju Allah je tau sakitnya macam mana huuuu

ziezah.com said...

sakit tu kak.. org hari tu kena minyak panas.. habis gelembung air..pedih n rasa panas je.

bagus la ada basic H ni di kala kecemasan camni

Daddy Ziyyad said...

alhamdullilah...kesan lecuran takde la teruk sangat..

so semalam guna Basic H tu secara sedar ke, diluar sedar? hihihih

maszmadi muhamad said...

alhamdulillah dah ok ye, mujur ada penyelamat di rumah...
so, dah makan ke laksa yang di masak tu.. ;)

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah..yg pntg eima ok dah..
ish..bahayala eima..next time hati2 ye

Najib Ariyan said...

sukur tak teruk... saya pernah terpegang besi panas dan dinasihatkan oleh doktor kalau berlaku lagi terus benamkan tempat terkena tu dalam air sejuk... mungkin juga next time saya kena sapu dulu mende ni

Sweetmama said...

Ya Allah, ngilu k.eija baca, dapat bygkan keperitan masa mula2 terkena kuah panas laksa tu..

nasib baik ada penyelamat nak kurangkan sakit..

hainom OKje said...

Ohhhh kesiannya Eima.... benda dah nak berlakukan.... memang sekelip mata jer jadinya. Dapat bayangkan tu macamana pedih dan peritnya. Terkena minyak kat tangan pun sakit bukan main...

Nasiblah jadi agen Shaklee hihi

zarulfarhana said...

bagusnya produk nie...
nasib baik cepat bertindak kalau x dh melecur teruk dh

Cik Puan Eka said...

aduhh sakitnya kak.

Terasa saktnya. kita kene sikit pun mak aii ngaduh sakitnya kan.

bagus gak produk ni. Semoga cpt smbuh