Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 2014 | Sahur Pertama Fahim

Sekejap je masa berlalu....
6thn yg lepas pd hari pertama Ramadhan...aku bersahur berdua bersama2 dgn kandungan aku yang hampir 9bln dh....

dan hari ini dalam sejarah kami .. MUHAMAD ADIB FAHIM bgn bersahur bersama2

inshaaAllah fahim akan belajar berpuasa utk kali pertama pada hari ini...

Alhamdulillah mudah jg utk dia bgn wlupun malu nk mkn ramai2....
Dan mudah je untuk ikut niat yg mama ajar.....Alhamdulillah semoga dipermudahkan perjalanan puasa Adib Fahim pd hari ini dan seterusnya....

Tak dpt penuh ...suku hari pun dh baik dah.....janji fahim dapat hayati pengertian berpuasa bersabar utk peringkat permulaan ini....


bersahur sambil tgk kartun

Lepas mkn nasi ..bg susu campur mealshake shaklee utk kecergasan sepanjang hari....

Mama die jg amik mealshake + susu sejuk...sedap....

posted from Bloggeroid

Friday, June 27, 2014

29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H

Selamat berpuasa kepada semua umat islam.....

Anggaplah Ramadhan kali ini yang terakhir ..... Tingkatkan amalan pd bulan bonus Allah ini.....



posted from Bloggeroid

Wednesday, June 25, 2014

JJCM | Bihun Sup & Cucur Udang Utara Yang Sedap di Putrajaya

memandangkan aku sgt lapar dan belum breakfast 
sbb pagi tadi lambat sikit ..sampai ke pejabat jam 8.05 am 
dan boss dah ade kat pejabat aku 
sbb tu mls nak pi tapau breakfast 
nk pi tapau la ni kat cafe tu dah byk mknan tghari dah 

so aku nk share Kedai Makan yang aku rasa sgt sedap kat lidah aku 
slalunye aku mkn kat Foodcourt Presint 8 

tapi kali ni Restoren Suka Mari  dah buka cawangan baru di Taman Seroja BB Salak Tinggi
dah lama dah buka kat sini 
dah 3-4 kali dah pi makan Bihun Sup Utara marbelas kat sini 


bagi yang dah menetap lama kat Putrajaya Mesti dah biasa makan Bihun Sup Utara Suka Mari kat Foodcourt Presint 8 tu 

rasanya sama je ngan yang Presint 8 yang kat BBST ni 


paling fav mesti la Cucuq Udang utara kuah kacang .... 
hangpa boleh ka dinner mkn cucuq udang ....ade aku kisah dinner pekena cucuq udang janji sedap dan kenyang 

hmmmm sedap nya 
aku tgh lapaq ni .... huuuuwaaaaaa


Lokasi nk pekena Cucur Udang & Bihun/mee/kuehteow Sup Utara sedap 
boleh mai pekena kat Sup Suka Mari Food Court Presint 8 dan Restoren Suka Mari Taman Seroja BBST

klu kat Foodcourt P.8 cepat habis leh lajak sikit ke BBST menu sama rasa sama .....

Tuesday, June 24, 2014

Kenangan diabadikan dlm Photobook | Servis Photobook Worldwide Terbaik

sejak 2 menjak ni aku dah lama tak menulis kat sini 
kekangan kerja kat opis ni dan ari tu agak kalut nk kejar dateline Photobook Worldwide
cam biasa la dah nk tarikh tutup baru terkejar² buat 
lebih kurang 6 bulan voucher groupon tu valid

akhirnya aku dapat juga selesaikan 3 PhotoBook tu
dalam masa 2 minggu 
dan ade satu lagi yg member aku tak nak sbb dah lepas tarikh tutup 

dan kebetulannya guna email budak opis  dan aku asek dok call tanya status dan ade masalah aku terlupa masuk voucher code dan nk minta Photobook Worldwide 
tolong masukkan code tu sbb nk yang RM0.00 kan 
klu tak kena bayar RM 79 + RM 8.00 postage
TQ Photobook Worldwide yang sangat bertolak ansur dan dengan perkhidmatan yang terbaik 
sangat mudah tidak terlalu strict dengan syarat dateline 
dan paling besh ade satu lagi yang member submit tapi tak upload photobook 
Photobook World wide tanya dan aku cakap yang tu nk cancel sbb byk gambar dah hilang dan tak leh upload sbb folder missing 
dan operator Photobook Worldwide dengan baik hati telah activekan balik 
project tu utk aku submit yang baru dan extend dateline 7 hari lagi ....
sedangkan tarikh tutup dah lama tamat 
2 Jun 2014 dan selepas 2 minggu aku call utk cancel 
Photobook Worldwide extend lagi untuk aku siapkan yang terakhir
TQ Photobook Worldwide sbb sangat bertolak ansur dan perihatin 


hanya dengan postage RM 8.00 X 4
aku dapat 4 photobook yang bernilai RM316.00

TQ Photobook Worldwide sbb perkhidmatan anda yang terbaik 

klu cuci kat kedai gambar mesti harga lebih mahai 
utk 40 keping gambar dan aku hanya byr RM32.00
untuk benda best cam ni  (^^,)
berbaloi² rasanya 


Note : nk kena rajinkan diri aktif blogging balik .....Mr.Nuff tak penah abaikan blog ni tp tuan punya yg abaikan .....

Monday, June 16, 2014

susu percuma dari Anmum

Alhamdulillah....
Rezeki icha dan fahim...
Anmum dh hantar separuh dari susu yg aku dh redeem....

Penghantaran pertama 4kotak ...yg bernilai lebih kurang RM140++





skrg ni tgh tgu utk nama enPanjang pulak....

posted from Bloggeroid

Thursday, June 12, 2014

Air Sedap | Air Sarsi Syabas selepas 5hari


Aku ade up pasal Air Sedap minggu lepas
saje simpan 4-5 hari ... nk tgk ape jd

Ini yg jadi selepas 5 hari dlm gelas.....

.


Jernih tapi berkeladak.....
Mendap di dasar gelas..

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 11, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | Hotel Hoang Hai Long 2 di Little Kuala Lumpur Vietnam


Hari Pertama Siri ke3


Pilihan kami dalam Pakej Pelancongan di Ho Chi Minh City adalah Hotel Bertaraf 3 Bintang dan berdekatan dengan Cho Ben Thanh atau lebih dikenali ngan Ben Thanh Market 

Travel Agensi kami di Malaysia telah pilih Hotel Thien Tung masih lagi dekat ngan Pasar Ben Thanh tp lokasinya diseberang bulatan ...disebabkan trafik yang begitu sesak dan penuh ngan motor sbb risau nk melintas jalan pun ssh nanti
kami mintak agensi tukarkan ke Hotel Hoang Hai Long 2 Hotel yang memang lebih dekat 
lebih kurang dalam 60 meter je dari Hotel ke Pasar Ben Thanh 
dan berada di lokasi yang orang vietnam panggil Little KL 
ingat Little India dengan China Town je ke glemer kat seluruh dunia 
Little KL pun ada 

rate Hotel aku tak pasti sbb semua agensi yang uruskan sbb kami amik full package 
penginapan, lawatan dan makan
so soalan mengenai makanan mahal di Vietnam 
aku tak dapat jawab secara jelas sbb kami cuma bayar untuk sarapan sahaja sbb bilik termasuk sarapan tapi sbb was-was kami pilih untuk bersarapan di Halal Food Restaurant
kami bersarapan di Restoren Hajah Basiroh 
tapi bayaran untuk sarapan pun setiap pagi untuk 5 pinggan nasi lemak dan 7 cawan air  
lebih kurang 220000vnd gitu la lebih kurang dalam RM 15.00 


dalam pakej 2 Double Room dan 1 single Room
disebabkan single room kat level lain 
kami terpaksa la offer diri utk amik wlupun agak kcik sikit dari double room 
sbb kesian kat SIL ... anak dara takan nk dok jauh dr org pulak kan 

dalam bilik cam biasa
cam hotel lain jugak 

ada bath tub ... boleh la budak tu berendam lepas balik dari berpanas




depan hotel Restoren Halal Food Hajah Basiroh

dlm 60 meter dr Hotel ke Night Market 
jalan utama dekat Ben Thanh Market 
night market dibuka dalam jam 7.00pm hingga 1.00 pagi kot


pandangan Ben Than Market dr lorong hotel


Tip Percutian Vietnam : pilih lokasi hotel bedekatan dengan Pasar Ben Thanh sbb mudahkan kita nk cari makanan halal, tukar matawang, shopping dan tawar menawar sbb kebanyakan org vietnam di area ni boleh bercakap melayu berbanding di kedai yang lokasinya lebih jauh sedikit dari little KL ni ...



sorry la kena buat banyak siri pulak sbb aku sgt la bz sikit skrg ni nk menaip panjang² masa tak izinkan 
sedangkan aku menaip dr pagi² kadang² tu belah petang baru dpt publish 

Monday, June 9, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | War Remnants Museum & Reunification Palace

rasa ralat sbb tak dapat nk update cepat²  travel log percutian ke Vietnam 
syg sgt .....

_________________________________________________________

Hari Pertama siri 2


lepas lunch Mr. Thai bawa kami ke sight-seeing sekitar Bandar Ho Chi Minh
agak teruja bagi aku dan keluarga 
wlupun MIL aku kali ke3 pergi dan FIL kali ke2 masih lagi excited
dan kami ni kali pertama lagi la excited tengok negara orang 
membangun, bersejarah dan pengangkutan di sana tu mengkagumkan aku 
pengangkutan utama MOTOSIKAL  
dan paling kagum sikap bertolak ansur pemandu² di Ho Chi Minh City
hon kerana beri amaran bukannya marah macam pemandu kita 
aku rasa aku tak mampu kot nk hadapi tekanan di atas jalan raya di sana 
takut 

Destinasi pertama kami pergi selepas makan tengahari adalah Reunification Palace

Reunification Palace ni adalah kediaman Presiden Pertama Saigon bernama Ho Chi Minh 

dan pada 1975 saigon telah ditukar nama kepada Ho Chi Minh City sebagai penghormatan kepada presiden pertama.

seperti yang diceritakan oleh Mr. Thai, Tour Guide 

 



antara bilik² dalam  Reunification Palace 
aku tak amik banyak gambar dalam HP aku dan Camera

 bilik makan utama utk majlis keraian

Oval Meeting Room ... tiada chairman, suara didengari 

tengah tunggu van utk ke destinasi seterusnya 
dalam perjalanan ke Minh Phuong Fine Arts & Handicraft ... 
kami singgah utk amik gambar berlatarkan Train Station dan Pos Office lama






 Minh Phuong Fine Arts & Handicraft
kami tak beli pepe pun .. harga die boleh tahan mahal 
tengok² je  

dari Art Gallery kami terus ke War Remnants Museum
tempat yang ditunggu² fahim 
mmg die minat sangat ngan askar² dan alatan ketenteraan ni 
tambahan pulak game fav die Brother in Arm


banyak replika dari kapal terbang dan kereta kebal yang betul 
dipamerkan di sini 
Dalam War Remnants Museum ni ada 8 bilik 
yang menempatkan peralatan perang, gambar² zaman perang dan replika patung dari kesan bom kimia USA
mungkin pada pandang org luar ..akan mengatakan Muzium ni berat sebelah sbb banyak menunjukkan kekejaman Tentera USA terhadap Vietnam tp pada pandangan aku ini adalah bukti mereka berusaha untuk merdeka ....
 



ni je antara gambar yang ade ..... gambar mama tgh tarik nafas nk senyum pun boleh la dari tak de langsung gmbar kami berempat


 
lepas selesai di War Remnants Museum Mr. Thai terus hantar kami untuk Check In di Hoang Hai Long 2 Hotel atau nama dalam english adalah Dragon 2 Hotel lebih kurang dalam jam 4.00 - 5.00 pm

time to rest ....
mmg penat sangat
perkara pertama buat kami buka baju dan mandi .. sila jgn bayangkan ...hihi



Tips Percutian di Vietnam : sila pakai baju yang nipis, serap peluh dan selesa sebab cuaca di sini panas ... 




Saturday, June 7, 2014

Tiket Free Final Piala FA 2014

Hari ni final Piala FA
Dan kami dpt tiket free...
Alhamdulillah tq kpd k.mie kakak opis ai yg kabel besar ngan FAM Pahang

Wlupun kakak opis ai ckp dobt worry ade bahagian kami...aku usaha jg cari....

Yg laki aku beli ngan member die tolak kat member2 lain yg xdpt tiket....



Hogoh Pahang Hogoh .....

posted from Bloggeroid

Thursday, June 5, 2014

Air sedap | Sarsi Syabas

Hari ni bersiaran dari rumah ....siang td aku berkursus di luar pejabat ...xdapat nk update dan bw ...mlm ni update terkini dari dapur rumah tumpangan di putrajaya jam 9.00pm

Air sedap...cam sarsi pun ade ...cam teh o kaw ye.....ke kopi ceroi ni ...




Ptt la abis baju aku colorang celoreng dalam washing mechine ....
Rupanye syabas supply air sarsi malam ni......terbaik la ...ai tambah gula je la ye .....


Jom minum sarsi sponsor dr syabas.....terbaik

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 4, 2014

Kampung Untuk Dibeli

pagi ni ade mesyuarat ...
si fahim yang aku bawa ke pejabat pun abah die dh dtg amik balik 
kesian abah terpaksa ponteng kerja sbb anak die tak de org jg 
nk update pasal percutian ke Vietnam pun x dpt ingat pagi ni free 


_____________________________________________________________


ade sape² nk jual kampung 
kesian mamat ni kemaruk nk jd ketua kampung 

hahahahaha 


Note : cam nk hilang dah je memori aku pasal Vietnam ..... jenuh nk recall balik nanti



Tuesday, June 3, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City, Vietnam

mmg aku nk sangat BW dan menulis kat blog ni 
tapi selepas bali dar bercuti byk pulak kerja ... 
pastu due date utk photobook dah expired .... huhu pulun sungguh nk selesaikan wlupun tak byk gambar kenangan ....
ni nak sambung cite Jalan² Negara Pentadbiran Komunis & Ekonomi Kapitalis 


_________________________________________________________________

Hari Pertama | Ho Chi Minh City

Pada 23 Jun 2014 (Jumaat) flight kami pada hari tersebut jam 11.15am dari KLIA2 dan sampai di Tan Son Nhat International Airport jam 1210 waktu Vietnam

Bye-bye Malaysia ... dalam aerobridge KLIA2

icha cam biasa budak easy-going ... masuk la ape² transport ..darat, laut atau udara 
mmg die akan tido 

pandangan dari atas langit .... Sungai Mekong yang menjadi kenangan


Bandar Ho Chi Minh City 


our tour guide Mr. Quoc Thai, Vietravel sambut kami 
rombongan kami 5 Dewasa & 2 Kanak-kanak

kenderaan rasmi kami di Vietnam


pandangan pertama aku waktu sampai ...perkara pertama nk tgk mesti wiring elektrik 
almaklum la dah dok lama dlm keluarga elektrikal .....

Mr. Thai terus bawa kami ke Halal Restaurant untuk makan tengahari 
dan Restoren pertama adalah Banana Leaf Saigon
memula tgk signage ..ingatkan cam mamak .... banana leaf kan 
rupanye cam kedai melayu kita kat sini..makan nasi ...


gambar separuh pun separuh la
ini je gambar yang ade 



antara lauk yang dihidangkan ..... harga dah termasuk dalam pakej ....
rasa boleh tahan sedap .... aku suka sup labu air(5)  dan baby sotong kurita(2) 
1st time makan sotong kurita, baby plak tu ..... 
aku bukan penggemar dan pemakan sotong tp disebabkan rasa ingin tahu tinggi aku try, sedap 
  Ikan Talapia Masak Merah  aku tak amik gambar ....
dah setiap portion besar² dan banyak dan tiap kali ikan dihidangkan mesti aku bg kat Mr. Thai
sampai Mr. Thai tanya kami .....adakah kami ni tak makan ikan .... hahaha
sbb semua lauk yg dihidangkan semasa kami di Vietnam tak penah habis .. rasa membazir betui ....nasi diorg sedap sgt .. beras mahal dan wangi cam kat Thailand

lepas makan Mr. Thai bawa kami sightseeing around Ho Chi Minh City

Reunification Palace, War Remnants Museum dan terus bawa ke Hotel 

aku akan teruskan cerita di entry seterusnya ...sbb dari pukul 9.30 am sampai dah dekat pukul 11.30 am tak leh nk publish lagi entry ni ....