Saturday, November 29, 2014

Harga Baru Petrol Bermula 1 Disember 2014

Harga baru Petrol dan Diesel pada 1 Disember 2014

Ron97 pada kadar RM2.46 turun RM0.04
Ron95 pada kadar RM2.26 turun RM0.04
Diesel pada kadar RM2.23 naik RM0.03

Ada kesan yang baik dan kurang menarik bg aku kita mengikut harga pasaran dunia dan subsidi minyak dihapuskan kerana tok jib kata menguntungkan golongan berpendapatan tinggi dan golongan petani yang naik kapcai tak terkesan......huhu

Skrg mungkin kita gembira bila minyak turun klu minyak naik???
Pasaran minyak dunia bergantung pada saham dan semua faktor situasi semasa ...
Ngeri fikir bila mi yak naik jika berlaku isu pergolakkan di negara pengeluar minyak atau masalah2 lain....
Bayangkan pada masa itu minyak seliter mungkin RM3.50 dan mungkin lebih


Friday, November 28, 2014

Laksa Tragedi | Aku Yang Trauma

walaupun cedera ringan malam 26/11/2014 lepas
tapi tetap berselera untuk makan Laksa Tragedi


tak brape cukup bahan 
tapi aku mmg suka laksa tanpa telur rebus dan daun selom/salad

nasib baik ade separuh periuk lagi yang selamat 
yang separuh lagi selamat melecurkan dada aku 

tapi serius aku cakap aku trauma sikit ke dapur tambah² kalau masak air atau menggoreng
seriau, hahahhaha



Rezeki | Mangga Asam Boi & Bihun Goreng Sedap

alhamdulillah 
rezeki Allah datang dalam perbagai cara 

TQ pada kawan-kawan aku sbb tunaikan impian ...eh eh impian ke ....
mengidam nk merasa sebenarnya
nak rasa hot trending Mangga Asam Boi

saje je bercerita kat rakan sekerja ... sedap sgt ke mangga asam boi tu ...

tetiba smlm pagi-pagi ...di hulur sebekas MANGGA ASAM BOI 
wahhhhhh rezeki .... homemade katanya 
ade lebihan mangga so buatkan utk aku .....
mmg rezeki aku .... TQ TQ kawan 


mmg sedap uoll
mangga asam boi ni 
pedas-pedas, manis-manis, masam-masam

sebulan lebih aku la hepi sangat kat opis ... selain hepi bekerja ngan dengan bos 
tak hepi sbb rakan sekerja sekepala dah pindah aras lain ....
mmg jarang sangat dapat jumpa ... klu tak hari-hari ade je perkara yang buat kami gelak besar 
kakak tu sangat rajin masak dan paling best mmg sedap 
serius aku slalu rindukan masakan die ... hahahahha

yang selalu aku rindu of coz la bihun goreng die dan kerutup daging ..... nyummy
semalam jumpa ngadu rindu ....
haaaaaa pagi kat parking lagi die dah hulur sebekas bihun goreng idaman 
Alhamdulillah rezeki aku dan Fahim 
nak tau bihun goreng jugak fav food fahim 
mmg kena sangat la 



walaupun masih terasa sakit di dada akibat Melecur | Tragedi Kuah Laksa
tapi aku happy 

bihun ni mmg sedap ... selain perencahnya bihun tu sendiri yang sedap 
bihun ni tak de dijual di zon tengah ni 
hanya boleh di dapati zon  timur 
BIHUN CAP TERUNG
kenyal, mudah lembut wlupun direndam sekejap, tak mudah putus-putus waktu kita masak dan rasa sedap ...lain dari bihun dipasaran
harga aku tak sure tp mmg sedap
tapi dijamin halal .... kilang die kat kg kakak opis aku 
eh tetiba promote jenama bihun plak .... kuang kuang ....





Thursday, November 27, 2014

Rawatan Kecemasan Melecur dengan Basic-H Shaklee | Kuah Laksa Mendidih Tumpah Atas Badan Aku


sebelum sampai ke rumah dan amik adek icha dari taska 
enPanjang dan siap-siap tapau set nasi ayam  AYAMAS berserta air
so complete mmg sepatutnye aku tak yah masak pepe pun dah 
aku sampai je kat rumah enPanjang dah siap-siap goreng cheese frankfurter  AYAMAS yang di beli dari kedai AYAMAS

alhamdulillah ... rezeki dah terhidang 
TQ so much enPanjang sbb tahu isteri kamu ni sokmo lapar 

TAPI malam tu tah kenapa dengan tekak aku ni 
teringin nk makan laksa pulak 
bukak peti ais nampak plak ikan kembung hanya 5 ekor
dalam hati ishh cukup dah ni
laksa minyak segera brand laksamana pun ade aku beli hujung minggu lepas

tak sampai 15 minit pun nak masak kuah laksa 
ikan kembung 5 ekor je pun nk perisi 

dah elok mendidih dan masak aku tutup api 
dan ubah nak celur laksa minyak plak
aku tatau cam ne boleh jadi ... serius tak prasan dan tak ingat 
TIBA-TIBA je aku periuk kuah laksa nak terlepas dari tangan 
dan separuh terumpah kat bahagian dada aku 
basah lencun ngan kuah laksa yang baru lepas mendidih 
dada aku perit sangat 

terus berlari ke bilik air tanggal baju bersisa kuah laksa yang masih panas 
tak berani nak cuci badan dengan air 
risau sangat takut mengelembung berair kesan melacur tu
dan Tiba-tiba aku teringat Basic-H Shaklee
terus berlari ke kabinet Sinki 
capai botol Basic-H dan lumur diseluruh bahagian yang terkena kuah laksa tu
aku biarkan lebih kurang 5 minit di badan aku sebelum cuci rasa sejuk je kulit
lepas siap cuci terus keringkan badan dan satu minyak But-But HPA
alhamdulillah kurang sikit perit di kulit badan ni 

2-3 jam sebelum nak masuk tidur tu adalah masa yang cukup menyakitkan dan memeritkan 
seksanya terus teringat betapa Allah sayangkan aku ...dengan kesakitan ini mengurangkan dosa-dosa kecil aku .....dan nasib baik tak kena muka ... sejengkal je nak ke muka ..alhamdulillah 

hari ni ... aku ingat nk mc ...sbb smlm melecur kan 
tapi waktu nak mandi pagi tadi .... kulit aku dah elok 
kesakitan malam tadi dah tak de ... cuma rasa pedih-pedih sikit je 
warna kawasan kulit yang melecur dah elok 
alhamdulillah 
batal niat nk pi amik mc ... karang doktor tak percaya pulak cerita aku tumpah kuah laksa br lepas mendidih di badan ....

Basic-H Shaklee dan Minyak But-But HPA

semalam seluruh bdn aku merah dan pagi ni kesan merah melecur dah ok dan pagi ini dah reda 


ini pulak tangan belah kanan aku yang aku tak prasan yang ade melecur jg sikit 
dan tak sapu Basic-H dan Minyak But-But

dan ini tangan kiri yang disapu Basic-H dan Minyak But-But

memang kedua-dua belah tangan sangat berbeza... tangan kiri dah sembuh dan rata 
tapi tangan kanan sedikit bengkak dan ada kesan melecur masih merah

sape sangka pencuci serbaguna  untuk lantai dan lain-lain 
boleh jadi bahan penyembuh 
aku tak was-was untuk guna Basic-H semalam sbb aku yakin Basic-H 100% organic dan tiada bahan kimia

mesti org fikir gile ke hape nk sapu pencuci lantai ke tempat luka dan melecur .. tp percaya la ..ni cerita sebenar yang berlaku kepada aku .... bukan bulan lepas ... bukan minggu lepas ... tapi semalam... 
sblm ni pun aku was-was juga ..ye ke berkesan ..boleh percaya ke 
haaaaaaaa amik kau .... baru percaya bila dah guna !!

so jadikan Basic-H sebagai satu bahan yang wajib ada dirumah
multipurpose function
paling penting ia selamat digunakan 

bukan setakat untuk kegunaan di rumah tapi juga boleh digunakan untuk sebagai penyembuh kes kecemasan seperti melecur

Antara kelebihan Basic-H
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Basic H adalah cecair serbaguna dikenali juga dgn nama cecair organik 1001 Kegunaan. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan. Yg penting ia adalah selamat, organik, non-toxic, natural dan biodegradable surfactants!




 
untuk info lebih lanjut mai PM eima 0129220376

Wednesday, November 26, 2014

Tinggal Komen Macam Orang Sakai

hujung-hujung bulan ni 
almaklumla aku agak bz sikit 
nk taip entry pun tak leh guna byk otak utk berfikir panjang 
kena yang ringkas-ringkas je 
takut entry tak siap-siap...sbb tuan punya blog tgh dok buat kira-kira nak capai target 5 hari lagi nk buat sales sebelum closing date dan my boss tgh jalankan tugas 2 big boss yang pi kursus so bermakna aku pun buat 3 orang punya tugas jugak la ....

__________________________________________________

kadang-kadang aku rasa ramai yang suka sangat  tunjuk kebodohan diri sendiri pada umum 
tinggalkan komen-komen kurang cerdik dan kurang akal
menidakkan kuasa Allah 
kadang tu yg suka tunjuk lebih cerdik tp pada dasarnya cetek akal 




banyak lagi komen yang aku rasa cam sakai 
malas nk screen shot 


Note : sesambil buat kerja ai BW ye
 


Monday, November 24, 2014

Aku Benci Kau Dasar Parasit

ok ini memang masalah yang serius 
walaupun aku dah habis rajin dah buat macam-macam
tak mau selesai jugak
sakit hati betui la 
ni buat aku nk garuk kepala bila teringat pasal ni 
geram betui la 
asal teringat je aku nk garuk kepala 
ni dah kali ketiga aku selesaikan 
lepas selesai tak sampai 2 minggu ade balik 
geram betui la 
hei aku belum selesai dengan ko lagi 
siap ko aku kerjakan nanti 






























 kutu latest icha pada  21/112014
ai kan mama yang rajin membelek anak-anak
suka sgt ...walaupun anak-anak mengamuk² rimas
ingatkan dah selesai lepas syampu kali ke 2 
rupanye tak juga
nampak sangat ade parent yang langsung tak hirau pasal kepala anak sendiri 
entah sedar atau tak anak tu berkutu


Kami dah Sampai IOI City Mall, Putrajaya

hari sabtu lepas 
saje tak nak lepas peluang nak pi meninjau lokasi shopping baru kat area Putrajaya 
IOI City Mall dah buka pada 20 Nov 2014

sangat besar dan luas
dan banyak kedai
nampaknya mmg kami tak pi yang jauh-jauh dah kot lepas ni 
dan alamanda mesti lengang
sebab dah ade saingan baru lebih luas dan lebih banyak kedai 
parking pun banyak 
kedai makan pun banyak 
paling penting tak mudah sesat cam MidValley 
hahahhaha aku jarang pi MidValley tu sokmo lupa jalan masuk dan keliru 

ade ice skating court ....menarik 
tetiba terasa cam nk antar icha belajar ice skating 
hahahha berangan
 


parked bebetui depan pintu escalator 

sedia maklum si icha is budak malas jalan 
lepas mama dukung abah plak 
letih dukung kot depan kot belakang pulak 
kami mmg penat sangat hari sabtu tu 
satu ukur IOI City Mall dan satu lagi pi event kat Putrajaya 
 penat bukan ape ... sbb kena berdukung si kecik ni 
sokmo lupa nk letak buggy dalam kereta 
dah lama tak guna buggy tu sejak icha dapat kaki 
tapi sejak dah besar ngan berat meningkat ni mak pak dah tak daya nak berdukung jawabnye kena la guna balik 
pheeww


ni muka tak puas hati sbb suruh die berdiri kejap 
abah buat regangan otot .....

kami saje pusing-pusing je 
tak de beli pepe dan makan pun 
maybe next time datang kot baru nk try 
dalam pukul 12 lebih tu .... org berpusu-pusu masuk 
semua tak mo lepas peluang nk masuk kot 
tmpt makan time tu dah full dah 
so kita chow sblm terlalu padat

Friday, November 21, 2014

Hari Terakhir Fahim di Prasekolah 2014

dah 2 hari aku emo sikit 
anak dah nak abis PRAsekolah dah 
mak die yang lebih-lebih 
si Fahim tu ok je .. happy je 

siap cakap ngan aku cikgu pesan jumaat dah boleh cuti dah
sebab dah hari terakhir dah tak de buat dah
tapi aku plak lebih-lebih paksa, pujuk-pujuk suruh pergi sekolah 
last sbb tahun depan mungkin dah tak jumpa dan tak sekelas ngan kawan-kawan kelas die 
emo betui mama abg fahim ni tau 
OVER tau

Fahim dengan 2 Uniform Prasekolah sepanjang Tahun 2014 

Pakaian Sukan setiap hari khamis

Uniform wajib setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat

Bye-Bye Preschool, Welcome Standard 1


walaupun Fahim cuti sekolah tapi mama cakap hari-hari mesti study 
mama risau awak nk masuk darjah satu ni 
kita tak amik masa banyak pun 10-15 minit je sehari 
utk aktifkan otak awak ye 
takut lupa 3M
haru juga karang, hari-hari polish ye  

Fahim di awal tahun, 1st day prasekolah dan akhir tahun, last day prasekolah

perbezaan ketara dari segi size badan, selera makan bertambah-tambah
mimik muka amik gambar sama je tau budak ni 
ini la my shaklee boy peminum tegar mealshake 
alhamdulillah berat naik dan paling penting sihat dan cergas 
dan eczema dah kurang dan dah lama x pi jumpa dermatologist dan asthma pun semakin baik dah lama tak amik nab berbulan-bulan dah....selsema pun dah kering jarang nk berair lelama cam dulu sampai jumpa pakar ENT

nak tau lebih lanjut mai PM eima 0129220376

Formula E di Putrajaya

Litar Formula E di Putrajaya


disebabkan itu ...
jalan-jalan utama banyak di tutup 
dan kesesakan lalulintas 
laluan utama aku slalu guna nk hantar anak-anak
kesannya aku lambat ke pejabat 
punch in lewat 22 minit 
boss suruh keluar dr rumah pukul 6.30 am

Image result for smiley cry

agak-agak la boss
awal benor ..gelap gelita lagi nk tinggal anak-anak kat sekolah
mencik tau ...suka sangat nk buat event besar-besar kat putrajaya ni 
klu buat tak libat kerosakan emosi aku dan fizikal kat bandar taman yang tak berapa nak taman sejak akhir-akhir ni 
bangunan tinggi dah banyak naik ... aku rindu putrajaya jaya 10 tahun lepas 
sangat cantik ... indah ..kemas....
bkn kerana putrajaya skrg semakin usang tapi kerana banyak sangat bangunan tinggi dan bangunan baru yang buat keindahan bangunan asal yang senibinanya yang unik semakin tenggelam 

dah rasa tak de istimewanya bangunan dan susun atur lokasi di dalam Putrajaya
SEDIH

rindu .... jalan utama presint 2-4 dulu-dulu 
tahun 2005 aku penah masuk perbarisan kemerdekaan peringkat kebangsaan 
kami berkawad di jalan tu yang cantik ber tile
dan aku rasa sangat ralat dan sedih bila tengok jalan² tersebut mungkin akan rosak
akibat dari perlumbaan formula E tersebut

manusia pun akan lapuk dek zaman ini kan pula ciptaan manusia 
redha je la 

emo tak tentu pasal .... pelik betui haku ni




Note : yang kerja kat presint 2 tu mesti lagi sakit hati kan .....

Wednesday, November 19, 2014

Astro Naik RM5 lagi

Sakit hati pulak aku dapat surat dari astro
Astro naik lagi 
RM5
Tu belum termasuk GST lagi 

Tapi bagi free 6 channel HD dari 16 November 2014 hingga 28 Februari 2015

Lepas tarikh tu free channel akan dibatalkan dan mengikut langgan kita

Tak yah bg free pun x pe arr
Aku tak heran pun
Klu ikutkan hati aku ter minate je
Sebab anak-anak je ...nak tengok kartun
Dan siaran x cantik
Pk nk try skybox dan dropbox risau pulak
Ade risiko


Dulu penah kecoh kejap pasal astro suka naik harga sesuka hati...pastu diam sampai laaa ni

Hmmmm gaji bila nak naik ni...semua brg dan perkhidmatan asek nsik je ni...tu blm GST start lg tu....

Tuesday, November 18, 2014

Keropok Lipas Katanya


Setiap pagi aku yang akan hantar anak-anak ke sekolah dan taska....
Sebab masing-masing cakap anak mama je ...walaupun mama diorg selalu jadi singa jadian....haha
memasing tak mo naik dengan abah 
walaupun hanya dalam putrajaya 
aku sampai ke tempat kerja lebih kurang 1 jam setiap hari 
bertolak pukul 7.00 am ..sampai ke pejabat 5 minit lagi nak pukul 8.00am
tak pe ..tak pe ... mak enjoys antar korang 

Dah jadi rutin setiap pagi...masuk kereta mesti tanya anak-anak ...ade sape nk pi kedai??

Selalunye aku amik masa 5-10 minit berada dalam kedai runcit tu, utk icha pilih mknan ape die nak beli utk bawa ke taska..

Dan pagi tadi....aku bawa die round satu kedai...tetiba

Adek : eeeeeiiiii....amma LIPAS...

Mama : Uik ...uik ....mana-mana....

Adek : tu bobok lipas.....

Mama : Laaaaaaaa.....

**bobok = keropok


Mama : adek..tu bukan lipas tu udang laaa

Adek : oOo.....

Udang tu dikatanya lipas...haha adek ..adek...

Monday, November 17, 2014

Tanda Penuaan Pada Kucing

hari ni aku tak de ideas nk cerita ape 
meh aku share 
Tanda-tanda Penuaan Kucing
 

tetiba teringat kucing-kucing aku pada zaman lampau dulu 
aku penah bela 9 ekor pada satu masa
Dolly - ade 23 jari
Boboy -gangster taman
Jenny - mati lepas branak, agak² jadi pontianak kucing x ek ??
Anak Jenny - 2
Bobby
Comey
Nomey
Tulli - my last cat .... mati sbb makan tikus tuba, dah aku abaikan die sbb baru lps SPM 

boboy si kucing tua yang sgt agresif ... kadang tu nyanyuk ingat die baby lagi ....nak bermain ngan aku, tapi kasar gile ...siap bawa keluar kuku, gigit bersungguh siap tendang-tendang tangan aku sampai luka teruk....huhu

tapi paling aku sayang harus la dolly kucing pertama ...kerana die tak balik² hampir 2 bulan aku menangis.. gaya org putus cinta

sampai sekarang aku dah tak bela kucing ...dah minat aku terhadap kucing ..semakin kurang sbb anak aku ade asthma seikit demi sedikit aku buang rasa suka pada haiwan comel yang menyerikan hidup aku suatu masa dahulu ...

tapi wlupun aku dah tak mo wujubkan rasa syg pada haiwan ni 
kucing-kucing ni masih tahu yang masih ade berbaki kasih tu pada diorang
nak datang tumpang makan boleh tapi nk menetap terus dan nak masuk dalam rumah ...sorry 




Friday, November 14, 2014

Aku Jadi Orang Ketiga Penghalang Cinta Mereka | the real love story ni



Jong jong inai
Mak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki




sesuai sangat lirik lagu tu dengan entry aku hari ni 

KISAH CINTA ANTARA JARI KAKI ♥ KAKI MEJA
so sweet

dua-dua dari keturunan yang sama cuma berlainan darjat
berketurunan KAKI 
patutlah boleh jatuh cinta 
macam cerita cinta lain 
pasti ada pihak ketiga yang akan merana
dan cinta meraka tak kesampaian
pihak ketiga yang menjadi penghalang dan yang merana ialah tuan punya kaki 

aku slalu kena cam ni 
berdenyut dia ...sampai rasa senak perut 
rasa nak tendang balik kaki meja tu 
pakej sekali maki hamun 

salah sendiri tapi maki hamun meja
har har har 



Thursday, November 13, 2014

Kuda Terlepas Berlari di Tengah Lebuh Raya Persiaran Timur Putrajaya

Alhamdulillah 
pagi-pagi lagi rezeki dah masuk 
berkat dan kuasa ZIKIR 
memang benar jika kita tidak alpa dan dan mohon bersungguh-sungguh kepada Allah swt pasti Allah balas

___________________________________________________________

hari ni pagi aku bz nk uruskan kenaikan pangkat Boss baik aku tu 
nampaknya cabaran baru bermula nanti ... tah bila ... 
harap2 pengganti beliau baik cam die jg

lepas setel urusan boss aku tu 
aku bz melayan pelanggan-pelanggan aku 
sampai tak menang jari nk mereply..alhamdulillah

__________________________________________________________________

hari ahad lepas
9.11.2014

otw kami balik dari Sepang 
dalam pukul 10.00 pagi cam tu 
tetiba perasaan kuda berpelana tanpa penunggang
berlari laju sebelah kereta kami  di Persiaran Timur(hiway putrajaya menuju ke Dengkil)
dan berlari masuk ke jalan bertentangan
 memang sangat bahaya situasi masa tu 
aku risau kereta dari jalan sana tu berlanggar dengan kuda yang dok pecut dari arah bertentangan 

penunggang kuda tu dah panik dan tercengang dah jauh dah kena tinggal ngan kuda dia
Penunggang kuda tu ....Polis Berkuda Putrajaya
macam mana kuda tu boleh terlepas kat tengah lebuhraya dan tuan die boleh kena tinggal aku tak pasti pulak 
sbb waktu kami sampai kat situ tuan die dok kejar kuda tu sambil berlari 
mana nk dapat wei...kuasa kuda dan kuasa manusia

dan tak pasti pulak macam mana diorg dpt tangkap kuda tu dan di mana 
harap-harap tuan kuda tak kena tindakan tatatertib la ... 
merisiko nyawa manusia dan harta kerajaan 






kelajuan lebih kurang 70km/h rasanye 
lupa plak nk snap meter kereta
tapi situasi aku aku risau dan cuak sikit
kot2 kereta jalan belah sana pin-pin kuda ni die terkejut 
langgar kereta belah jalan kami 

aku rasa la kuda ni berlari ke arah tu sbb nak balik semua ke kandang die 
terletak di kawasan perumahan kuarters kami di P15H

 
 

Wednesday, November 12, 2014

Beg Harrods Pertama Aku

sejak 2 menjak ni 
aku minat plak dengan Beg Harrods

terasa macam nk buat koleksi 
sbb harganya tak la mahal sangat 
tp design simple ngan nice bagi aku 
tapi tak mampu nak beli dengan harga kat Malaysia 
mampu beli ngan harga London je 

dan inilah Beg Harrods pertama aku 


dan mungkin akan ada lagi kot 
tapi kena tunggu opiser aku pi London lagi la 
 nk pi sendiri tak mampu 



Note: saje nk tayang sipi-sipi PC baru aku yang aku tgu sejak 7 tahun lepas 

Tuesday, November 11, 2014

Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | The House of Saigon

setelah hampir 6 bulan 
baru hari ni aku teringat dan terniat nk berusaha untuk habiskan episod percutian kami ke Vietnam 
pada 23 hingga 26 Mei 2014 yang lepas

_______________________________________________________________


Siri 3 Jalan - Jalan 2014 : Ho Chi Minh City | Hotel Hoang Hai Long 2 di Little Kuala Lumpur Vietnam

 
Hari Kedua Siri 2

24 Mei 2014
 
The House of Saigon | Bizu cafe

lepas gerak balik dari Cu Chi Tunnel 
dan selesai makan tengahari 
Mr. Thai bawa kami sight-seeing sekitar Bandar Ho Chi Minh 
dan bawa kami merasa minum kopi Vietnam 
hmmm bagi aku ni mmg besh dan menarik 
bukan senang nk dapat rasa kopi kat negara lain kan 
terutamanya Mr. Thai bgtau Vietnam juga terkenal ngan kopi mereka yang sedap 

Mr. Thai bawa kami ke The House of Saigon Bizu Cafe 

 
sumber google 
 
The House of Saigon Bizu Cafe ni terletak di tingkat atas sekali dalam bangunan kedai di tengah bandar Ho Chi Minh dan sangat dekat ngan Hotel Hoang Hai Long yang kami menginap 
hanya lebih kurang 5 minit dari hotel dalam 300 meter 
nak sampai ke aras atas sekali 
perlu melalui kedai-kedai di setiap tingkat 
dan menaiki tangga 
penat juga la lebih kurang 3 tingkat kot


aku dimaklumkan oleh Mr. Thai yang kopi di sini di kisar secara manual 
tu membuatkan rasa die lebih asli dan segar 

dan kita boleh kisar dan buat kopi sendiri dengan harga USD5 
harga termasuk 30 minit mengisar dan secawan kopi buatan sendiri 
tapi kami tak cuba pun ... cam bazir je nk bayar USD5 tu 

 sumber google

hiasan dalaman berkonsepkan english modern style 
 kot

sebelum order di ambil kami di hidangkan dengan minuman percuma 
iaitu Jasmine Tea
rasa yang pelik bagi deria rasa aku 
tapi bau yang sedap dan menenangkan bagi deria bau aku 
lama kelamaan rasa sedap dan menyegarkan  

aku order iced coffee untuk diri sendiri
rasanya mmg KAWW
mmg rasa kopi sebenar dengan kepekatan yang cukup kaw
silap-silap kalau minum waktu malam 
memang malam tu aku jadi burung hantu 

 sumber google

dan hot coffee for enPanjang 
minum nak kena bertapis bagai 
tapi sedap katanya

dan Vanilla Ice-Cream with Manggo untuk Fahim dan Icha
takan nak order kopi kot kat diorg 
kang tak pasal aktif semacam x bertempat 
bahaya kafien kat kanak-kanak sama cam bg kanak-kanak makan gula-gula
tapi at the last mama dia juga kena habiskan 

sbb budak-budak tu dah kenyang sangat sbb kan baru lepas lunch 
tetiba Mr. Thai bawa kami pi minum-minum pulak 

ok la tu sbb kami dapat jugak merasa minum kopi Vietnam kat Coffee House 
kalau tak memalam minum kopi tepi jalan je 
tapi tu pun enPanjang dok berulang beli sedap katanya 

oh ye ..lupa plak nk maklumkan harga secawan kopi di sini 
kami tak bayar apa-apa kecuali Ice-Cream tu sbb semua dah termasuk dalam pakej percutian 4D3N kami

memang aku cadangkan korang singgah ke The House Of Saigon Bizu Cafe untuk merasai sendiri kesedapan dan kesegaran Kopi Vietnam di sini

ralatnya sebenarnya 
banyak perlu guna gambar google sbb gambar asal yang kami snap dah tak de 
 

Tip Percutian : lebih baik guna matawang Dong dari USD atau RM sbb lebih jimat dan baki dipulang paling penting kita boleh bagi ngam-ngam ngan harga barang ....