Wednesday, January 21, 2015

Bercuti Ke Zon Selatan | Johor Bahru kami datang


26/12/2014

kami sampai dari Penang lebih kurang jam 5.30 petang 
berehat kejap kat rumah MIL kat KL 
dalam pukul 9.00 pm balik rumah untuk berehat dan kemas baju untuk ke gerak ke Zon Selatan pulak esoknya

kami bertolak ke Johor Bahru jam 2.00 petang dari Putrajaya
Rombongan kali ini 6 Dewasa dan 2 Kanak-kanak 
dengan menaiki Kereta Rasmi untuk 3D2N ni 
BIL sewa Kereta Hyundai Starex Royale RM400 perday
mudah, besar dan jimat sbb hanya bawa 1 kereta je 
jimat tol dan minyak dan cukai kereta di negara jiran
boleh tung tung erti kata lain berkongsi

kereta ni memang selesa sangat-sangat 
luas banyak seats
puas hati la 
mmg tak rugi sewa pun 
kalau sape plan nak ade anak 1team bola tujuh sebelah mmg berbaloi beli keta ni

kami yang excited 

ahli rombongan kali ni 

adek manja abang

 kami sampai di JB lebih kurang 6.30 petang 
kami tak booking mana-mana hotel pun 
memang gamble untuk walk in je 
dan kebanyakkan hotel penuh masa tu 
lebih kurang 10 buah hotel yang kami call penuh di JB dan Skudai
yang kami walk in hampir 5-6 buah hotel penuh 
memang mencabar jugak la
sebab hari semakin gelap
badan dah letih 
perut lapar 

last sekali walk in di Hotel Tropika Inn JB 
lokasi berdekatan dengan Komtar JB 
nampak luaran cam buruk dan bangunan lama
tapi masuk dalam 
ok lobi not bad 
ok la dah pukul 7.30 petang dah time ni 
kami decided pilih Tropika Inn untuk malam ni 

nanti aku review hotel ni berdasarkan pengalaman dan pandangan aku 


negara jiran dari Danga Bay
ohhh dekat je rupanya Singapore ni
almaklumlah ... ini pertama kali aku ke JB 
daerah lain dalam Johor rasanya semua dah aku pernah jejak kecuali JB
dasar jakun .... har har har 





6 comments:

Kira Sakura said...

saya belah selatan tak pernah jejak lagi. paling jauh pernah pegi melaka. itu pun entah bila dapat pegi lagi hihihihi.

Echa said...

2-3 kali je ke JB. antara sbbnya ialah sbb kursus dan ke uss dulu. jb makan banyak tempat.

syawalsimpsons said...

lama tak jalan JB...ingat balik ujung bulan ni nak G JB la

Kesuma Angsana said...

wah seronok jalan2 dgn family ni kan !

Nad MamaZN said...

jb dah semakin pesat skrg.. dulu dr tadika sampai darjah 6 kt jb. pastu masuk u pun kt jb. dulu lain skrg lain. bulan 9 aritu g jb, pesat membangun dah tmptnya. sampai sesat2 kami huhu

juicy X said...

AAAAA LAMANYA TAK PI JOHORRR
RAJINNYAA PENAT BLK PENANG P JOHOR PLK HUUU