Monday, January 19, 2015

War Museum Batu Maung, Penang Berhantu | Tempat Menarik di Penang



24/12/2014

 memang buta sejarah betui aku ni 
kubu pertahanan di negara orang aku tahu dan pernah kunjungi
tapi di negara sendiri aku tak pernah tahu kewujudannya 
aku mengkagumi sejarah kehebatan Vet Cong membina Cu Chi Tunnel 
demi mempertahankan bangsa dan negara mereka

rupanya di Tanah Air tercinta bumi berpijak Malaysiaku ini 
pun ada kubu  dan terowong pertahanan

bila dah tahu kewujudannya mmg kami tak lepas peluang nk pi melawat 
walaupun banyak reviews yang mengatakan tempat ini BERHANTU

perkataan hantu itu tidak mengurangkan pun semangat aku 
aku kan suka sesuatu yang epic dan historic 
filem, drama ke mesti aku pilih epic ... hahaha cintan cintun ni boo layan la 

Muzium Perang ini terletak di Batu Maung, Penang 
satu jalan ke Jambatan kedua Penang
berada di atas puncak bukit 
dan dikenali oleh penduduk setempat sebagai Bukit Hantu

Kubu Pertahanan ini dibina sekitar tahun 1930-an oleh pihak  British
di duduki oleh askar british, sikh dan melayu  atas nama Jack Union. Kubu ini jatuh ke tangan tentera jepun pada World War II - 17 September 1941, Tentera british kalah di kubu ini sebab andai mereka tenterta jepun akan menyerang dari laut tapi  jepun menyerang dari inland/darat

Keluasan tanah kubu ini sebesar lebih 20 ekar dan dikatakan Kubu Pertahanan Yang Terbesar di Asia Tenggara
 memuatkan lebih 550 - 700 tentera dalam satu masa
Kubu ini di lengkapi bilik simpanan peluru meriam bawah tanah sedalam 18 meter
 mempunyai tiga terowong "escape" ke arah berlainan sejauh 50 - 100 meter
 mempunyai beberapa meriam besar - 6 inch breech loading gun - yang mampu menembak sejuah 15.5 km ke semua arah 
bilik tahanan, bilik masak, bilik sakit dan bilik simpanan makanan

ditelan hutan lebih dari 60 tahun sebelum diterokai dan dijadikan pusat sejarah swasta
pada mulanya aku terfikir juga kenapa Kerajaan Malaysia tidak mewartakan Lokasi Kubu Pertahanan ini sebagai HAK KERAJAAN MALAYSIA...sejarah negara kot ....
tapi tak de jawapannya ...dan aku malas nak call jabatan muzium untuk tanya hal ini ...hahaha
biarlah ia menjadi misteri .....



Harga Tiket 
RM20 Dewasa 
RM10 Kanak-kanak

dan juga ada Spooky Night Tour War Museum 
RM 49 Dewasa 
RM39 Kanak-kanak
(yang ni boleh rasai sendiri pengalaman pada waktu malam di kubu ini jika bernasib baik mungkin boleh jumpa dengan ASKAR JEPUN)


jom ikuti perjalanan kami 



kami sampai di Bukit Hantu atau Muzium Perang Penang ni lebih kurang jam 3.30 petang 






penah ditayangkan di National Geograhfic Channel bertajuk I Wouldn't Go in there
National Geographic
National Geographic
National Geographic




Muzium Perang ini mendapat tempat pertama dalam carta 7 Tempat Berhantu di Asia Tenggara 

1. War Museum Penang
2. Tat Tak School,  Hong Kong
3. Clark Hospital, Manila
4. Green Island, Taiwan
5. Lawang Semeru, Semarang
6. Mae Nak Shrine, Bangkok
7. Toa Dan Park, Ho Chi Minh City

nak  baca ceita disebalik tempat-tempat tersebut kena zoom ke dalam gambar di atas



mok cik indon ni akan beri penerangan serba sedikit mengenai War Museum Penang dan lokasi mana yang perlu dilawati dahulu dan laluan mana perlu diambil

asek dok ulang ...INI SEJARAH KITA...INI SEJARAH KITA ....
hello ini sejarah kami la... bukan sejarah awak .... hehehe  

journey begin 





peta kawasan 



di kawasan bilik simpanan senjata/peluru meriam


tempat Tentera British letak meriam dan boleh tembak 360 darjah 
ke arah laluan laut 

lepas tu kami patah balik ke Terowong 
dan merasai sendiri pengalaman berada dalam terowong yang gelap 
memang menakutkan 
sbb sempit dan sangat gelap perlu membingkokkan badan
hanya cahaya dari flash HP aku menerangi jalan anak aku si Fahim
yang berada di depan sekali adalah 
Pak Ngah si Ketua Pemuda Umno Cawangan Batu 
budak2 di tengah 
dan last sekali mesti la aku 
aku kan minah kental




bersedia nk masuk kedalam terowong 



budak ni dah bersedia nk menjelajah kawasan
siap bawa pistol tu ....
nak jadi soldier katanye 

yang sayangnya enpanjang tak sempat nak merasa sendiri pengalaman masuk ke dalam terowong 
berbeza dengan perasaan memasuk terowong bawah tanah Cu Chi Tunnel Vietnam dan Terowong War Museum Penang ni 
sebab enPanjang last minute tukar plan nk ikut kami 

yang sayangnya aku tak dapat nak merasa pengalaman merangkak dalam terowong dan mendaki ke menara peninjau .... mmg rugi 
amaran untuk si hati kental je ye 
sebab mmg gelap tak de cahaya




diatas menara tinjau 


di sini dikatakan tempat pembunuhan beramai-ramai



tempat pancung kepala tahanan oleh askar jepun 

tengkorak asal tahanan yang dipancung pun masih ada di sini 
kelihatan seperti ada colok-colok di tunggul kayu tu kan 
dikatakan tempat tersebut dipuja supaya roh yang berkeliaran tenang 
wallahu'alam
dikatakan di kawasan ini banyak langsiur berkliaran pada waktu malam 
motif letak patung ni ..aku pun tak pasti mungkin elakan langsiur tersebut menggangu pengunjung pada waktu malam kot
 
di sini memang perlu naik/turun banyak anak tangga
bersiap sedia kaki yang kuat dan kasut yang sesuai 
tangga agak berlumut dan licin selepas hujan 
sbb time aku pergi musim hujan

salah satu bangunan yang tersimpan banyak gambar pemerintah kubu


Bilik Tentera Jepun
dikatakan bangunan yang paling keras dan menyeramkan 
aku amik gambar dari jauh je 
sebab 
aku dah kena tinggal
kebanyakan dalam ni 
aku banyak berjalan sorang-sorang je 
setiap tempat aku berhenti tengok




ada satu bangunan dan bilik yang menarik minat aku 
Bilik JAPAN DIRECTED SEX SLAVERY
dan dalam ni ada Patung Perempuan hamba seks jepun
memang menyeramkan 
bayangkan Roh Perempuan yang mati diseksa dan dirogol kemungkinan berada di dalam ni ketika kita menjenguk di antara ruang pintu tu ..... huhu creepy kan



pic Credit Google 
ini adalah patung perempuan dalam tu 
bayangkan ketika anda menjenguk antara ruang pintu 
tiba-tiba patung ni menoleh ke arah anda


gambar seksaan askar jepun 


Jeneral Askar jepun
Jeneral Yamashita atau Harimau Malaya
dikatakan Roh die selalu merayau di dalam kubu ini

  bangunan terakhir yang kami sempat pergi adalah Bilik Mesyuarat di dalam terowong




di dalam Bilik mesyuarat ni ada tinggalan sejarah lakaran peta dan gambar Bendera Jepun dan di sini pun ada gambar jeneral askar jepun tu 
menakutkan kalau terfikirkan kehadiran beliau tu


tamat sudah penjelajahan kami mengenal sejarah kita yang semakin dilupai


aku tinggalkan alisha di luar bersama nenek, atok, makngah dan cik farah die 
walaupun aku hati kental tapi tak berani nak bawa anak dara kenit ke dalam ni 
lagi pun minah kecik ni selalu cakap 
"mama ape tu...mama hantu la"
haha berani ke ko nak bawa die ???

tak de sape pun ajar hantu-hantu ni 
memang alisha suka cakap cam tu 
tetiba tau tak 
contohnya kalau dalam kereta lalu kat tepi belukar sikit malam2 
tetiba die dok tunjuk2 ... hahaha


rombongan kami pada hari tu 
hanya separuh je yang masuk 

alhamdulillah 
aku tak nampak ape²
tak de rasa ape²

Tips yang aku amalkan sebelum masuk Baca al Fatihah, 3 Qul dan Ayatul Qursi
InshaaAllah menjadi pendinding yang kuat 
aku hembuskan di ubun-ubun fahim sebanyak 3 kali hingga abis nafas setiap hembusan 
dan nasihatkan Fahim jangan terlalu galak 
sebab ada sepupu dia kan 
dah la sepupu die tu asek dok tanya cik eima kat mana ek tempat potong kepala kuat2....haaaiiissshhh

lepaskeluar dari War Museum ni 
kami terus balik ke Batu Feringghi 
dan lalu jalan Balik Pulau 
singgah makan sate alas perut 
di Gerai Sate Kak Som

saje nak rasa sate penang cam ne 
asek dok makan sate kajang je kan 
ok la not bad tapi sate belah sini lagi sedap ... hehehe




ni antara tempat di memang harus dilawati dan aku bagi 4 bintang 
bagi yang sukakan sejarah 
bagi suka yg adventure 
bagi yang perasaan ingin tahu tinggi
mmg kena mai sini 
baru boleh nilai tahap keseronokan tu cam ne 

17 comments:

syawalsimpsons said...

tak penah sampai kat sini lagi...gamba pompuan tu, takut pulok aku yg takut hantu ni..hahahahhah

Chekgu Azrine said...

Nsib dtg ke sini pd sianv hari..mmgla malam tak bkk kot.tp katakanla dtg masa malam hri..mau xtido terbyg2 even patung je pung..hahahaha..dasar penakut!!!

wahida said...

aku suka giler tmpt ni...nak2 laki dan anak aku si abg tu mmg minat giler dgn sejarah...
kami mmg tahu tmpt ni berhantu, dan mak aku sebenarnya kena kacau masa kat dlm museum ni...tapi aku tak nak citer dlm blog dan tak kan bukak mulut pun pasal tu dlm blog sbb aku tak nak org takut pergi ke War Museum ni hanya sbb takut benda2 mcm ni..padahal ianya sangat bagus untuk kita insaf dan sedar dengan sejarah negara kita...

kalau ada peluang, mmg nak masuk lagi sekali sbb hari tu tak puas tawaf...tak cukup masa...kena pergi awal pagi baru boleh explore dan baca setiap yang ditulis...

Daddy Ziyyad said...

Setuju, patutnya kubu tu awal awal lagi Kerajaan kita wartakan sebagai hak Kerajaan, sebab ia monumen sejarah yg penting...Sedih bila ianya di jaga pihak swasta, maka jadi lah kat situ ada tempat2 pemujaan/ pasang colok..Tgk la siapa yg bagi penerangan tu, si mokcik Indon! hahaha

Saya pernah tgk dokumentari tentang War Museum ni kat Nat Geo tu..Tapi dokumentari pasal perkara mistik tu la ...bukannya dokumentari pasal Sejarah..

Ada peluang, mmg saya nak singgah...Nak try pengalaman Spooky Night Tour tu..hahaha

LYAfrina said...

baru tahu jugak kewujudan mzium ni...

entrance dia tu pon dh menarik..tgk keadaan bngunan tu mmg ada nmpk seram... dgn org gantung lg tu.. tp tmpt ekstrem mcm ni bru syok dilawati..

CikLily Putih said...

tak pernah sampai sini.. ermm nanti nak pi la

juicy X said...

WAHHHH TAK PERNAH TERPIKIR NAK DATANG SINI EVEN SELALUUUUUUUUU SGT KE PENANG

Diana Rashid said...

pernah jugak la dengar orang kata tempat ni keras..kalau orang luar datang penang wajib kena pi tempat nih..memang best..

Lynn Damya said...

Salam, haaaa....sinilah aku mmg penah pegi kak!! sgt best dan excited mase lalu kat terowong2 dia tu, sy dpt lalu bahagian yg ade hujung dia kena naik2 tangge bagai tu..mmg adventure..
and part yg seram tu mmg kat bilik2 yg ade patung tu..aku ade jugak menjengah dalam tu, ada patung pempuan, ngeri gila muka dia...macam hantu jepun...takut betul!
ada satu part yg kak ckp ade meriam tu, ada bilik2 kat situ utk tahan kena tembak beramai2 klw xsilap, situ kalau pegi tgk dekat2, ade kesan darah dulu2 lagi kt situ.. tempat ni ade buat pakej tido sane kan? hishh xingin nak tido situ, pegi siang pun dah rase lain mcm je...seramm nih!

Kopiolimauice said...

huihh mmng seraammmmm bleh plak wat replika hantu gantung2 kt pokok tu klu mlm lagiiii la serammm kot...

nuyui a.k.a miss YUI said...

Sdis sbb yui xpnh msk ni. Huhu

Puan Kutu said...

Pernah baca pasal war museum ni dekat paper.klu pegi siang mgkin sy berani.pakej malam pnya tu tobat sy taknak.haha

AdanyaKauUntukku said...

fuhhhh beraninya masuk
kalau akak..tengok dari luar je lah
lagi-lagi ada si Fahim ni...tidaklah berani menjengah...

lieyalatif said...

alamak eima mcm scary jek...lagi2 tgk patung tu huhuhu..mmg lieya tak masuk laa kalo gini...kalo tak tak turun la lieya pagi2 masak bento anak haahahahah...lieya ni pun bukan berani sgt....senang jek nak terbayang2 bende2 nieh .....

NzA said...

nmpk mcm scary je tgk tmpt tu...he3x...

Aty_Fared said...

aku pon baru tau... tapi aku macam serem jer nak masuk...tengok gambar2 ko ni.. walaupon aku minat sjarah..eeerrrhh... heheh

MissNadia said...

wah.. entry yang panjang dan menarik.. N suka nak pergi tempat yang macam ni