Tuesday, February 24, 2015

Bersesak-sesak di Cameron Highlands

sebelum aku nk start cerita awal bulan februari lepas 
meh aku habiskan dulu cerita jalan-jalan terbaru kami cuti CNY yang lepas
lepas tu dengan senang hati boleh aku karang cerita kat kami di Zon Selatan sekali lagi Februari ari tu 
 
 
memandangkan cuti CNY 4 hari 
enPanjang seperti biasa plan bercuti  je 
aku plak dengan hati terbuka rela je buat persiapan 
anak-anak lagi hepi kalau kate nk berjalan tido hotel 
 
so kami ke Cameron Highlands selepas setahun tak jejak ke sana 
last ke CH  21 Desember 2013 lama dah kan 
sedangkan tahun sebelum2 tu ...setahun 2-3 kali pergi
tapi sebab CH sekarang setiap kali musim cuti asek jem ...jem dan jemmm
rasa kurang dah seronok cam dulu-dulu 
6-7 tahun lepas
aku ingat lagi aku penag pergi Cuti CNY 
jalan tak la sesak sangat tapi trafik smooth dan tak de jem 
dari brinchang ke kea farm tak sampai 10 minit 
tp sejak 2-3 tahun kebelakangan ni 
jem die lain macam 
dari brinchang ke Kea Farm lebih kurang 2 jam stuck atas jalan 
bukan jauh mana pun dalam 6 km je 
fuuuhhhh maha dasat dah tu 
nak kata disebabkan pasar malam ...pasar dah diubah tempat ... masalah masih sama 
jem jugak 
pada pandangan aku ... kesesakan ni mungkin berlaku sbb kekurang tempat parking kereta dan pembangunan tak terancangan di Cameron Highlands 
hotel seperti cendawan tumbuh selepas hujan
dengan gondolan bukit bukau ... tanah runtuh dan keindahan asli Cameron Highlands semakin tiada
suhu yang dulunya penah mencapai 16 darjah Celsius  semakin panas
dan dah tak perlu lagi pakai baju tebal ketika di CH
harap pihak berkuasa tempatan di Cameron Highlands dapat memandang berat kes ini 

hmmm rindu CH waktu Fahim dalam perut aku dan baby 
dulu-dulu aku sangat suka kan CH 
aku rasa CH tempat paling menenangkan dan menyamankan TAPI skrg ni 
time cuti sekolah tempat paling merimaskan


tu dia panjangnya mukadimah aku 
that what I saw from my side
 
 
 
berbalik pada cerita kami bertolak pukul 8.00 am dari rumah dan sampai di CH lebih kurang jam 1.00 pm lebih kurang 4 jam perjalanan 
trafik lancar tapi perlahan 
 
jem teruk dari Tanah Rata ke Brinchang 
lebih kurang 1 jam lebih 
pukul 1.00pm lebih terus check in Country Lodge, CH
dengan rate Season Peak
RM258.00 untuk bilik jenis standard
kami pilih dan berulang pilih hotel ni sebab berada di tempat strategik 
dari segi parking dan dekat dengan pasar malam Brincang
jalan kaki saja walaupun tak cukup nafas nak mendaki bukit ... hahah
Lokasi Country Lodge Cameron Highlands ialah betul-betul di belakang Balai Bomba Brinchang
 

lepas check in kami terus ke Kea Farm nak bawa budak2 ni 
 pi Taman Rama-Rama, Bee Farm dan Kea Farm

Taman Rama-rama


Alisha dengan bunga Pink 

lebih kurang pukul 6.00 pm lebih kami gerak  balik ke hotel
jom kite menempuh jem lagi

malam tu jalan kaki saje 
malas nk berjem lagi dan kalut baliksbb nk kerjar parking
jalan kaki ke Pasar Malam dan Medan Selera untuk makan malam

jagung manis aka jagung mutiara

esok pagi lebih kurang pukul 10.00 pagi selepas sekali lagi senam kaki 
kami check out dan terus balik melalui Tapah
singgah di kg. Sedia
bawak budak2 ni last membeli






singgah taman buah-buahan batu di Tanah Rata


 




 alisha pada usia 2 bulan 
sangat berbeza gambar di atas dan di bawah 
taman buah batu ni dah usang 
sayang sangat takde penyelenggaraan 



Fahim dalam perut mama die 5 bulan 
dan zaman jahilliah aku .... budak2 lagi time ni 
muka pun byk jerawat ...kihkih  



gaung  atau cenuram di seberang jalan Kea Farm telah diratakan dan ditambak
hopefully sebagai car park bukan sebagai hotel atau pusat jualan
kalau tidak masalah kesesakan lalu lintas tidak dapat diselesaikan

 
pandangan dari Bee Farm di Kea farm
hotel baru bakal siap 
dulu2 di sini sangat nyaman dan indah 
tapi sekarang ni dan becak dan banyak sisa simen keras di tepi2 kebun ni 

buat masa ni nak datang lagi tak Cameron Highlands ???
aku rasa mungkin nak stop dulu la 
sebab ketenangan yang aku cari di sini dulu-dulu dah tiada
lagipun aku dah tak de masa nak datang selain dari Cuti Sekolah atau Cuti Umum 
Fahim dah bersekolah.... masa lampau dan skrg dh berbeza 
mungkin boleh diusahakan datang time cuti hari minggu 
aku harapkan perubahan besar berlaku di sini


 
 

17 comments:

syawalsimpsons said...

mmg ni je port ko kan....CH..Ch..CH...ok la tu ada port fav kan...best3....lama sangat tu cerita jalan2 ko ni...nak yg latest plzzz..kikkikikki...uit eima...kalo dah bukak online pendaftaran pra sekolah, roger yee

nuyui a.k.a miss YUI said...

amboi ke ch tuuu...

ch dlu tak sma dgn skg..jauh benorr beza..

Chekgu Azrine said...

ada planning bulan 3 nak gi CH tapi alahai mikirkan jam mau bising laki ahkak..hadoiiii

Nad MamaZN said...

vavavava...! seronoknya berjalan!

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

besau harapan hang kat CH ni weih

eima said...

@syawalsimpsons

sue ni yang latest la ni ... baru hari jumaat tu aku pi la ....
mesti baca tak abis ni kan ... baca yg tarikh 21/12/13 tu kan .... kih kih kih

Kopiolimauice said...

penuh dulu gi time cny mmng jem giler serik dh nk ke sana

wahida said...

antara sebab aku malas nak panjat CH tu, sbb jem giler weiii, aku paling tak koser nak hadap jem...kita datang nak bercuti nak rehat2, bukan nak hadap jem...walaupun aku suka sangat CH tu, tapi mengenangkan jem tu, adoiiii...

aku ada plan nak bawak family gi CH bulan 4 nnt, dah booking hotel pun, tapi aku akan pergi time weekdays, kalau pi time weekend, dgn jem kuasa dua, mmg tak lah aku jejak situ, jadinya, budak2 nnt aku pontengkan sekolah dua hari...hahaha...ampun cikguuuu...

Kira Sakura said...

kitorang pegi hari khamis. memang tersangat jem kan. tatau la ape punca nya. parking ada improvement sesikit. kalau nampak tanda P tu pegi la cari dalam tu. insyaAllah ada banyak berbanding parking kt tepi2 jalan

juicy X said...

kami memang dah serik pegi ch time peak season. serikkk

Diana Rashid said...

bab jem tu memang dari dulu kot tak selesai2..nak buat cemana tempat tu memang jadi tumpuan kalau cuti sekolah..

Puan Kutu said...

ada jugak merancang nak kesana bulan depan tp bukan time cuti sekolah la..tp last2 en suami kata tak jadi kot,mmg CH dah tak sama macam dulu

hainom OKje said...

OKje kan Eima baru sampai buat pertama kalinya ke CH tahun lepas, itu pun sebab anak dapat belajar area sana.

Pertama kali pergi nak pergi kali ke dua. Tapi bila terkena jammed masa musim cuti, terus serik nak pergi lagi huhu.... Jagung memang benda kena cari kat CH kan Eima...

Azizah Green Line said...

untung fahim n alisha kecik2 dah p CH..mama jijah xp lagi pun

NzA said...

saat yg plg xbest bila p CH ni tang jem tu...adeh...rasa xsanggup nk menungggu...

Ummialyaanas said...

waaaa...sy pn kalau p CH mesti check in Country Lodge tu

Cikna said...

Kalau g cameron mesti borong strawberi sbgi kenangan.....;-)