Wednesday, February 25, 2015

Percutian ke Kuala Lumpur | 4 Destinasi Menarik yang Kami lawati

lepas balik dari CH pada hari sabtu lepas 

22/2/2015

hari ahad hari kami beriadah sekitar KL pulak 
saje bawa anak-anak melawat tempat menarik di Kuala Lumpur
lebih kurang pukul 8.00 am kami dah bertolak dari Putrajaya menuju ke Kuala Lumpur 
aku rangkumkan seluruh aktiviti pada hari tu dalam satu entry 
bertabah la penuh dengan gambar 


Destinasi pertama kita ke Tugu Negara 

lama aku tak sini ..last pergi waktu zaman bercinta-cintun dengan enPanjang sekitar tahun 2006 kot
dan ini kali ke 2 aku ke sini 
Fahim kan minat askar ... walaupun dah diterang berkali2 tapi expectation die tinggi sangat 
so agak kecewa nk tgk askar tapi tak de 
oh ye perubahan yang aku nampak kat Tugu Negara selepas 10 tahun x pernah datang, dah ade askar dok tegak kat sini tak bergerak2
kagum kejap tgk diorg .. cam ne leh kaku tengah panas terik gitu ..hebat betui la 

memasing mata tak leh buka silau ...keh keh 
gigih anak teruna pakai baju askar bertopi Viet Cong


with abg askar tegak berdiri walaupun di usik oleh pelancong asing 


hari Ahad lepas di sini penuh dengan lawatan pelancong luar negara 
penuh dengan bas persiaran je 
dan kumpulan pelancong ..meriah 


selepas lepak kat sini lebih kurang 1 jam kami ke tempat yang sejuk2 plak 
cuaca panas disebabkan Fenomena ekuinoks
buatkan kami nak cepat cari tempat yang lebih nyaman 

Destinasi Kedua kita ke Planetarium Negara, Kuala Lumpur
 
 gambar ihsan google
aku malas nk pi snap tengah2 tengahari 


Kadar Bayaran Planetarium Negara
Galeri Pameran adalah PERCUMA


Harga Tiket Planetarium Show 
Dewasa : RM6.00
Kanak-kanak : RM4.00


 Show dan Masa Tayangan 

Perfect Little Planet
10.00 am & 2.00 pm

Cosmic Collisions
11.00 am & 3.00 pm

Astronaut
12.00 pm & 4.00 pm

We are Astronomers
1.00 pm

tayangan lebih kepada dokumentari mengenai cosmic, astronomi alam angkasa lepas dan bumi 
for me is menarik la 
sbb aku memang sukakan sains dan dokumentari




tengah tunggu show bermula di dalam Bilik Tayangan berbentuk kubah 
ok mmg best 
time kami sampai ni adalah show Cosmic Collisions pukul 11.00 am

abis show melawat Galeri Pameran
menarik !!
banyak pameran mengenai planet2, alam semesta dan sejarah Orang Melayu, Orang Malaysia Pertama ke Angkasa Lepas dan ISS
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor



antara makanan Angkasawan Pertama Kita di ISS
Kuih bangkit, Rendang daging dan  Satay ayam 

bakal angkasawan 


sekitar pameran banyak yang menguji minda 
hahaha aku banyak yang fail soalan yang diberi tak leh jawab 
dah lupa la lama sgt tinggal sekolah


tengok TV ekspedisi di Mars @ Planet Marikh

Anti Gravity Room
sakit kepala aku ...serius pening gile
tapi budak2 ni adrenalin diorg lain macam sikit 
asek ulang masuk keluar 
 

backdrop Mars 

kami keluar dari sini lebih kurang pukul 1.30 pm lebih 
sbb aku dah sakit kepala sbb dok lama sangat dalam anti gravity room tu 
mmg tak mampu dah nk melayan karenah Fahim nk stay lebih lama 
rela dok tengah panas kat luar galeri ...sbb dalam galeri tak byk tempat duduk lagi pun aku perlukan fresh air ....kesian Fahim next time kite datang lagi ye .... kite dok 4-5 jam ye ..awak suka kan kat sini kan

Destinasi ketiga kita ke SOGO

sebenarnya kami pusing dari tempat makan tapi terlajak ke Sogo plak ....
kan dekat je planetarium ngan tengah bandar ni ... 
makan sat kat Food Court Pertama Complex pastu pi beli Handbag baru 
tapi gambar handbag tak dak .... aku beli brand murah2 je POLO ade less 40% dapat la harga under RM250 nak beli mahal2 tak mampu lg pun takat bawa ke opis simpan dalam laci .... pukul 5.00 petang baru keluar laci bw ke parking ...balik rumah .... brape minit sangat sangat la aku dok pegang, bazir beli mahal2....ia bukan keperluan pun ....

hari ahad tu, jalan KL lengang .. tanpa jem tak banyak kenderaan 
kat sogo pun tak ramai orang 
sebab ramai masih stuck atas highway lagi kot 


Destinasi keempat kita ke Kuala Lumpur Butterfly Park
 

kami sampai ke sini lepas hampir 2 jam mama Fahim & Icha  tu dok pilih handbag pilihan hati 

Harga Tiket Kuala Lumpur Butterfly Park 
dengan MyKad
Dewasa : RM10 
Kanak-kanak : RM5

wajah budak hepi datang tempat fav die 
baru je balik dari CH semalam tu .. baru je pi tengok taman rama-rama 
hari ni nak lagi tengok ...
ni memang betui2 minat

Fahim dan rama-rama


budak happy ...suruh bernti amik gambar kat mana-mana pun die nak 




 adik icha ni baru bgn tido .... tak sampai 5 minit pun tertido dalam kereta keluar dari Sogo 
dah sampai taman rama-rama kesian plak nk tinggalkan dalam kereta dengan abah 
kejut-kejut die 




 kesian budak letih sorang ni 
tapi demi abang kena bertabah ye dik 

abah yang malas nk berjalan dah .... 
mama je melayan diorg dalam taman rama-rama ni 
letih wooo dengan budak bersemangat cam Fahim ni 
budak tak reti penat 
berapa kali aku tatau nak cakap die asek pusing-pusing dan pusing tempat yg sama 
rasanye dalam pun hampir 2 jam lebih kot 
tak tahu berapa kali aku berenti merayu kat Fahim bagi la "mama rehat kejap"



adek manja abang 

aku sangat tertarik ngan sekor haiwan ni 
Kura-kurang hidung khinzir 
klu tgk ekspresi muka kura-kura ni seolah-olah 
ia menyatakan "bilakah aku dapat hidup bebas di luar sana"

sbb kura-kura ni asek merenung luar cermin mata tak berkelip'diketuk2 cermin tak xde reaksi 
nampak sgt cam berkhayal tau 
jauh renungan die 
hampir 2 jam lbh kami dlm ni ni je posisi yang die duduk ... gini je 

sekali lagi lalu ..... dah tido dah 
mimpi indah hidup bebas tanpa kurungan gamaknya

seperti taman rama-rama lain 
mesti ade galeri pameran 
dah 4-5 taman rama-rama aku pernah pi dr di semenanjung hingga ke sabah 
mesti ade punya 
seperti biasa haiwan yang hidup di dalam taman rama-rama dan yg diawet di galeri adalah sama 
serangga, katak, kala jengking dan rama-rama


frame ni buat aku terpukau sbb aku tak pernah lagi tgk rama-rama yang berkilauan cam ni 
cantik sangat 

pukul 5.00 pm cam tu balik 
alhamdulillah 

balik rumah aku ingat budak ni sehari suntuk berjalan je, mesti penat ... balik rumah sambung main dengan anak  jiran plak dah

budak2 mmg tak reti letih dan penat ke ..... aku nk kena kawal diorg ni rasa nk pitam je 
kang tak di kawal main di luar rumah bahaya plak menunggu
almaklumla rumah di Putrajaya tidak berpagar

tamat sudah percutian sempena Tahun Baru Cina 2015 ni 
kami menggunakan masa cuti sepenuhnya



20 comments:

hainom OKje said...

Pilih bag haruslah paling lama hihi....best apa belek belek bag haha....

Tugu tu ada guard yeh Eima ....
Dulu okje datang tak de guard, tp tah tahun bilalah....mmg lama sungguh tak datang tempat tempat gini.
Suka tengok anak dara dengan anak teruna posing depan daun hijau tu

Nad MamaZN said...

seronoknya..! suka la.. asek gi jenjalan je.. suka suka! hehe..

Azizah Green Line said...

bestnya dapat g jalan2..tugu negara tu dal lama gila2 xp..huu

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

tak penah pi tugu negara. lalu jer sbb selalu gi umah makcik kat kuaters istana atas tu

NzA said...

seronoklah ank2 dapat pergi ke tempat2 mcm tu...yg plg best bagi kaum ibu ialah ke Sogo...he3x...

Najib Ariyan said...

kesian pulak askar yg kena berdiri lama kat tugu tu... patut ker bagi kerja macam tu... karang pengsan pulak diorang... menariknya taman rerama nga planetrium tu... nanti ke KL boleh singgah sana jugak lah... nak merasa antigraviti tu

syawalsimpsons said...

seronok sesekali jalan2 KL betoi2 kan....tang tugu neragar tu buat terkonang sungguh tau....dolu kecik2 mak aku suke bawak kami adik beradik G situ..al maklum , umah dekat je

Kira Sakura said...

askar tu memang manusia betoi ke ape? wowww kagum!!!

Kira Sakura said...

askar tu memang manusia betoi ke ape? wowww kagum!!!

Puan Kutu said...

untung jadi org kl,byk temp at menarik boleh dilawati..jeles kita tgok asik berjalan je hang ni..

Kira mahai la tu klu below 250.sy beli beg below 50 ja.nmpk sgt kemut.haha...

fahim minat sgt askar kena bawak pi PD,muzium tentera.dh penah smp Sana blom?

tak bley jadi ni,nak ajak en suami pi taman rama2 gak la.tp kt PNG ja la..kt kl jauh sgt.haha..

Daddy Ziyyad said...

Sebenarnya mmg banyak destinasi best utk kita gi di sekitar KL tu...takyah gi jauh jauh..hahaha...

Saya last ke Tugu Negara 2 tahun lepas..masa tu takde askar berdiri tu..

Lepas ni gi la lawat Istana Negara yg baru tu

AnneRaini said...

4 tmpt ko pergi 2 tmpt je aku pernah masuk. tugu ngra dgn sogo.. yg lagi 2 tak pernah. kesian kan..hehe

wahida said...

ya ampunnnn, dulu aku pi tugu negara takde pulak abg askar tu...motif dia ada kat situ? adoiiii...kesian kotttt...

Diana Rashid said...

Perasan jugak saya nih sepanjang cuti CNY hari tu ramai jugak blogger up entry jalan2 kat tugu negara..

Ummialyaanas said...

lama betul tak pegi tpt2 kat kl nih..
mengimbau kenangan zaman sekolah..hihi

LydSunshine said...

Eh, nak pergi Planetarium. Ni satu2nya tempat yg saya mmg minat nak pergi tapi selalu je terlupa. InsyaAlla satu hari nanti.

Fahim bagus la, minat dia pada planetarium dan minat juga pada rama2. Biasa kan budak2 sebaya dia suka robot otromen. Well done fahim.

Lynn Damya said...

Salam! Hah! amek kau panjang gila bace dpd atas sampai bawah, at last aku dah lupa apa yg aku nak komen tadi kak..hahaha!

Owh masuk yg planetarium tu mcm best je!!! murah pun murah..nanti nak pegi jugaklah..owh nak tanye, anti gravity room tu means klw kite masuk terapung2 ke? hahahah :D

eima said...

Lyn damia syg wei ...tidak la cek oi...cuma mcm pening sgt ...aku tatau nape

Bogalakon Tour said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, semoga Tuan / Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin)... kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung / Jakarta. Buan Tuan / Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung / Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
Call : +6281220375375
WhatsApp : +6281220375375
Email : bogalakontur@yahoo.com
Blog : https://paketjimatbandung.blogspot.com

KAMI MENYEDIAKAN PAKET JIMAT 4D3N BANDUNG HANYA 235 JER PER PERSON..
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Bogalakon Tour Bandung... (Insya Alloh) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Terima Kasih...

Bogalakon Tour said...

Assalamualaikum...wr...wb...Tuan/Puan Perkenalkan kami Bogalakon Tour sebuah Company yang memberikan perkhidmatan tour groud handing di beberapa tempat favorit lawatan.
Insyallah,driver & tour guide kami santun,jujur dan mesra yang selalu akan bawa anda ke tempat kawasan favorit Bandung,Jakarta,Bogor.
Bagi Tuan/puan yang hendak bercuti ke Bandung,Jakarta,Bogor city Tour dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung,Jakarta dan Bogor,boleh hub kami:
Pin BB : 265577D0
Call : +6285722 692 692
WhatsApp : +6281220 375 375
Facebook: Dicky Bogalakon{dicky.bogalakon@facebook.com
Email: bogalakontour@gmail.com
Insyaallah dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik.
Terima Kasih.