Friday, March 13, 2015

Aku Alami Loss Memory Short-Term ke ??

bila tah aku pun dah lupa
yang aku ingat hari tu hari cuti hujung minggu 

tengah sedap dok makan kacang putih mekah 
tetiba enPanjang panggil 
minta ibuprofen (ubat tahan sakit)
kaki sakit sbb terlebih terbang waktu jadi goal keeper

aku masuk bilik amik ubat letak kat tangan 
pastu tetiba aku hilang ingatan 
sindrom ni mmg sokmo berlaku 

aku sambung krup krap kacang putih balik 
tiba-tiba mulut aku pedar, kebas-kebas, lidah kesat² rasa cam makan tanah pun ye jugak 

otak aku dengan confident nya sahkan yang aku dah termakan tanah 
ye la dalam kacang kan kadang-kadang ade tanah yang dah keras kan 
otak aku buat rumusan tanpa usul periksa 

bila aku pi ludah kat sinki 
aiiiikkkkk warna putih 
ape mende yang aku kunyah ni 
lepas 3 saat kot 
aku dah sedar dan dah  tau ape mende putih tu 
ibuprofen laki aku suruh amik tadi 
kah kah kah 
gitu rupenye rasa ubat ni rupanya
ingatkan pahit cam Panadol


mana nak sedar aku dok kunyah krup krap 
size sama je ngan kacang tu 
nasib baik la ubat klu mende lain 
yang beracun ke hape ke 
tak ke naya aku ni 

ni salah satunya 
selalu aku lupa mcm
dh kunci rumah belum, dah tutup plug iron blum, dah tutup api dapur belum ... hissshhh semua la ....sedangkan semua tu aku dah buat tu .... mcm tak ingat nape tah .....

nampak sangat aku  kena tambah DHA dalam bdn aku ni 
kena amik supplemen yang ade minyak ikan untuk jana minda aku balik ni 
 supaya aku lebih fokus dan cergas minda 
dah masuk 3 series mmg kena amik mcm2 untuk cover balik 
sumber2 yg hilang dari badan kite 
dari sebab faktor penuaan dan mencegah lebih baik dari mengubati

Fahim dan alisha pun makan omega guard shaklee ni 
utk fahim 
ekzema, asthma makin berkurangan dan terkawal dan lebih fokus dalam PdP



jom makan Omega Guard



Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                


Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia




Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil


 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu


 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.


Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Mai PM eima untuk maklumat lanjut : 0129220376


14 comments:

JR said...

Saya pernah terbaca satu artikel dari blog Dr Zubaidi mengenai penyakit sering lupa di usia masih muda. Mungkin tulisan Dr Zubaidi ini dapat membantu Liza:

http://drzubaidi.com/blog/nyanyuk-di-usia-muda/

Kopiolimauice said...

bahaya tu sib baik tak memudaratkan ;)

nusha fasha said...

Huhu.. nsb bek trmkn itu.. tu pun bhaya

syawalsimpsons said...

adoi sib baik luah balik...mesti pahit, pedas kan ko makan..seloo telan, ni kunyah...

rasp said...

nak tergelak pun ada gak ni..
ya amponnnn sib baik lah bukan racun kannn hihihihi....

lovelywa said...

melampau sgt tahap kelupaan ko ni eima..hahah..bkn lupe..aku rasa ko masa ngunyah tu tak pandang tangan..main sumbat dlm mulut..skalik hamikkk!!

btw aku mmg amik omega guard tu..dah nk abis dah pon..

Suria Lekatlekitgurl said...

kita pun ada penyakit lupa & was was nak2 lepas keluar rumah

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

mesti makan kacang tak tengok kan?? main sumbat dalam mulut jer..

selalu jugak alami penyakit lupe ni.. kadang2 bukan lupe tp was-was..

tu baru 30-an..nanti dah 40-an camner gaknyer..

ros_reeza said...

Bahaya ni kalau berlarutan..

ch@ said...

ko mek, sabar je la.
boleh ambil pengajaran entry ko ni.
rumah aku banyak nota, sana sini ada note sebab aku mmg jenis mudah lupa.

LYAfrina said...

huhu..kna bjaga awal2..

Lynn Damya said...

Salam...uihhh kelakar tapi bahaya jugak ye hilang short term memory camni...nasib yg ko kunyah tu ubat kak ooi..

Kira Sakura said...

biasanya kita orang perempuan ni banyak fikir, tu yang tak fokus bila buat satu2 benda

azizah green line said...

berjaga2 kak oii..bahaya betull