Thursday, March 5, 2015

LEGOLAND MALAYSIA | 6 Jam Tak Terasa

1/2/2015 (Ahad)

kami mmg plan nak ke Legoland Malaysia pada cuti sekolah hujung tahun 2014 lepas
tetapi disebabkan kami lajak ke USS Singapore 
kami tunda ke jalan-jalan ke Legoland Malaysia pada cuti umum Hari Wilayah Persekutuan 2015

kami bertolak dari Putrajaya lebih kurang pukul 6.00 am 
dan sampai di Legoland Malaysia pukul 9.30 am
lebih kurang 4 jam perjalanan 

kaunter tiket pun tak ramai orang lagi 
kami bernasib baik pada hari tu Cuti Umum bersambung untuk org WP dan Hari Ahad hari kerja bg org Johor
so tak ramai org dan jimat masa menunggu 




kami beli tiket dengan menggunakan Voucher Petron dan Staedtler yang kami kumpul last year 


 

Voucher Petron RM40 off dari harga asal dan Voucher Staedtler Kids Go Free
so total pada hari tu 
kami beli 1 tiket dewasa dan 1 tiket kanak-kanak menggunakan voucher Petron 
1 tiket dewasa menggunakan Voucer Staedtler untuk dapatkan tiket kanak-kanak percuma 

Voucher Petron + Tiket
(Dewasa) RM155 - RM40 = RM115
(Kanak-kanak) RM125 - RM40 = RM85

RM 200#

Voucher Staedtler Kids Go Free 
1 Dewasa RM155

RM155#

total RM355#

jimatkan 
kami dapat jimat lebih kurang RM105 harga asal dengan menggunakan MyKad

kalau kami bawa lagi satu voucher staedtler kami dapat jimat lagi RM45 dari RM355 selepas menggunakan voucher Petron iaitu cuma RM310 je ... rugi kan 

 
jom mulakan penjelajahan Legoland Malaysia bersama Fahim dan Icha
sila jangan pitam 
entry penuh dengan gambar 
tuan punya blog malas nak buat entry ber PARTS
ni up entry ni pun bercinta 
syg plak byk gambar kalau aku tak bubuh ...keh keh keh
 

pukul 10.00 am  dah beratur dah kat entrance 


tiket kami hari tu harga voucher 


kat tandas pun boleh 
kosongkan tangki sebelum enjoys


#1
kami terus tuju ke Technic Twister
sbb tatau nk mula kat mana dulu


alisha tak dapat naik sbb ade had ketinggian
tak bahaya pun sbb pusingan pun tak laju pun 
kesian adek... tapi dah dapat naik kat Sunway Lagoon ari tu kan ...sama je



#2
 kami ke Lego Mind Storms
tapi kat sini tak cuba dan masuk kelas pun
rugi la plak ...hmmmm 




#3
 ke LEGO Miniland Star Wars
ni memang tempat yang Fahim mmg target nak pi 



layan movie pendek  




lego2 star wars


ok la not bad tgk miniature Lego star wars
Fahim ckp ok la ....tak best sgt ....
klu yg sukakan lego dan kagum susunan lego mesti akan WHOOAAA
kami ni so so je la 


#4
 ke LEGO Miniland
mengkagumi semangat dan kerajinan diorg ni buat miniatures ni





Kami di Kuala Lumpur


Putrajaya Dekat di Hati


Fahim punya kegemaran jugak ni Chima Miniland
lama jugak kami ber2 kat sini 
abah dan adik dah start beratur kat Stesen DUPLO Express
nak naik keretapi
 



dapat tengok lego2 chima
ok la besh jugak tapi sayang dok tengah panas banyak yang dah usang 


#5
 cepat2 ke Stesen DUPLO Express
naik keretapi pusing-pusing Legoland Malaysia 
saja hilangkan lelah kejap berpanasan 

#6
 kami ke Recue Academy
naik kereta Bomba berlumba dengan 4 lagi keluarga lain 
kami dapat tempat kedua
keh keh keh 
seb baik abah kuat mengepam kereta bomba ni 
fuh berat gile
tapi memang besh la 

 

pemandu Fire Truck on that day 
nak amik gambar tak sempat kat sini 
banyak nak kena mengepam 


#7
 Lego City Airport

kat sini 2 kali ulang
tapi sayangnya sekejap sangat 
tu pasal kena ulang berkali-kali




#8
 bawa Fahim ke Driving School
dan Alisha ke Junior Driving School 

ramai betui budak nak belajar memandu
hampir sejam jugak ko menunggu
 


Alisha dah ready



Fahim suka sangat ngan Driving School ni 
nak ulang lagi tp Q panjang sangat 





#9
 kite ke Boating School 
ok yang ni aku suka 
tapi aku tak de amik gambo pun sbb cuak teringat kes kat Sg.Mekong tahun lepas
 

 enPanjang dan Fahim kat depan mama dan Icha
tapi sbb mama icha terlebih terer kona lap 
kami potong depa ber2 
keh keh 
terjerit2 Fahim marah


lepas kat Boating School kami pi rehat sekejap 
cari air


beli Donut seketul RM5.00 dan Sosej Bun RM6.50
sebotol Legoland thumbler + Coke RM25.00
minum bagi abis dan refill semula RM3.00






bertabah la ye .... banyak lagi gambar kat bawah ni 
keh keh keh
jom sambung selepas isi tank


 #10
ke Castle
tapi kat sini kami tak main ape2 pun kecuali Royal Joust
sbb budak berdua tu takut nak naik Roller Coaster 
tapi aku teringin sangat nak naik 
malas la nak naik klu sesorg 






King of My Heart 
 

Royal Family konon


Royal Joust 
alisha dah merengek nak susu dan penat sangat dah 
tapi layan la jugak naik 
 



 tapi budak tak reti penat ni naik 3 kali Royal Joust sbb die cakap besh sangat 
nasib baik la Q tak ramai



 
#11
 Observation Tower
boleh tengok keseluruhan Taman Tema Legoland Malaysia ni 
dan paling penting berehat sebentar dalam aircond sambil menikmati pemandangan 

 
Fahim dan patung sheep
hasil dari Booth Tikam2 cam kat funfair tu 
berpuluh hengget jugak budak ni kerjakan 
tapi dapat 2 ekor je 
adui !!

 layan aircond !!


#12 
Lego Studio


movie time tu RACER
ade 4 movie 3D
tapi takleh challenge Shrek USS  Singapore 
real gile ... ni ok la so so 
tapi best jugak 




#13
DUPLO Playtown

layan icha dan Fahim main playground 
lama jugak kami kat sini 
lebih kurang sejam kot 
ok la mak pak boleh rehatkan kaki dan berteduh sekejap 
 

naik keretapi lagi 
 
 



haiwan keluarga kami
rasanye Fahim pun bakal Zirafah cam abah die jugak .. keh keh 
mewarisi gen abah 


#14
Dino Island
kami hanya lalu je 
berenti tengok sahaja 
seorang pun tak offer nak naik 
sbb memasing takut basah
klu ade yang berbunyi laju je kot aku nak teman



 #15  
Lost Kingdom 
tapi gambar tak de sbb memasing sebuk dok tembak laser kat button merah tu 

#16
Pharaoh's Revenge
kat sini pun lama budak ni main 
diorg ni memang suka tempat yang berunsur playground
 

#17
Beetle Bounce

ni mama yang nak naik 
keh keh keh 
nak rasa best tak best 
nak naik yang TOP GUN kat Genting dulu ngan Sunway Lagoon tak berani 
janji ade jugak pengalaman naik natang ni 
wlaupun kecik dan tak tinggi



#18 
City Airport lagi sekali 
 



bergambar kat depan Boating School, awal tadi lupa nk suruh Fahim berenti amik gambar
sebelum balik 1 snap dalam mulut ikan kegemaran fahim 

haaa gambar ni mmg wajib la 
rugi rasanya klu tak pi amik kan 

memasing muka penat gile dah
mana tak penat 
total tour hours kat dalam Legoland adalah 6 jam 46 minit
kami masuk pukul 10.00 am hingga gambar terakhir di atas ni adalah jam 4.46 pm 




parking RM9.00 per entry 
kami parked di Zon 1 & 2




tak sampai 5 minit masuk kereta nak ke Hotel untuk check in 
alisha dah tertido dah 
penat sangat la tu 
kesian 

alhamdulillah hari tersebut cuaca sangat cerah dan panas terik 
kami dapat main semua yang kami nak main 
berbeza waktu kami kat USS, Singapore tahun lepas
mmg kecewa sangat time tu 


ini pendapat aku 
mengenai Legoland Malaysia
Not Bad walaupun tidak seperti yang kami jangkakan dan harapkan 
ok la ... terlalu tinggi sangat angan dan jangkaan kami ni 
mungkin akan repeat semula dalam 3-4 tahun lagi kot 



kami check in Granada Hotel, Skudai 
lebih kurang 15 minit dari Legoland Malaysia
tempat yang bagi aku strategik bagi sesiapa yang tak nak menginap di Legoland Hotel 
berhadapan Hotel Granada adalah AEON, bersebelahan dengan McD, berdekatan dengan Tesco dan kedai-kedai makan 

tapi aku tak leh nk review hotel ni sbb aku tak de amik gambar dalam bilik 
almaklum la keletihan
jenis bilik bermula dari Deluxe dengan harga RM258
tapi aku guna government rate RM178
include breakfast untuk 2 orang
Hotel ni bertaraf 4 Bintang 

harga pun mampu tido 
dengan kemudahan dan keselesaan
 


TQ sebab sudi baca dan nak juling tgk gambar dalam entry ni 
harap maaf klu masa loading entry ni lebih dari selalu 


Note : tamat sudah entry Legoland Malaysia yang mengambil masa selama 3 jam 30 minit untuk disiapkan dan telah pending selama sebulan 

16 comments:

Puan Kutu said...

nasib baik line daku tengah laju.habits daku khatam n baca satu2..mg kan ramai yg review Kara legoland tak seperti yg disangkakan..to oklah byk tempat anak2 boleh explore.?kami entah bila nk smp sini.ckp kt aiman suruh menabung,nti aiman darjah enam dah cukup duit baru kita pi.hahaha...

SalbiahM said...

Panjang entry...meriah mata tengok gambar lego yang warna-warni.Gigih buat miniature city tu! Hehehe..orang kata tempat ni best kalau datang dengan budak-budak. Mesti tak sempat kan, gi waterpark kalau takat 6 jam tu.

Mona Lea said...

Seronok baca bila banyak gamabr. hihihi. tak berkesempatan lagi ke legoland. tunggu anak besar dulu..

MizzTina said...

gigih habiskan bc entry akak..mmg superb.. tp still xde pasang niat nk pegi sn.. xtau ngape..hahaha..

Nad MamaZN said...

bestnya..! teruja rasa.. zakwannayli lama dah merengek nak pegi tmpt ni.. tp tu la, makpak nya asek hold je huhu...

AnneRaini said...

satu jek yg tk thn legoland ni. panass gilerrrr. tak sanggup nak main.

Chekgu Azrine said...

bestnya dapat pergi legoland..bilala nak sampai nih

Yana MIB said...

6 jam? wohoaa..tp anak² akk dah bsr mmg puas hati bwk dorg dtg sini..semua boleh explore...

tp sy maybe tggu org sponsor kot baru dtg lagi..ehh! :p

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eima,
waaaaaaaaaaaaaaaa panjang lebor entry he3
tapi abes jugak iols baca
dah lama teringin nak pi legoland sob3

Sham said...

Mcm best je...mcm best je..ni kena main kutu setahun ni baru puas ati ke sana...hee3...

nurbijen said...

Ok lah tu... main legoland 6 jam dan karang entry 3 jam... hehehhe

Dalam banyak2 entertainment park kat UK ni, anak2 saya paling suka legoland... Pernah kami masuk tiga hari berturut turut... Tu pun minta nak masuk lagii hari ke-4... huhuhu

Owh, yg bhgn waterpark kena bayar asing ek? Kat sini ada satu bayaran jer.... Dua2 boleh masuk...

Yg lg satu beza saya nampak dari segi refill air minum tu... kat sini unlimited refill free of charge..

Tapi teringin juga nak ke Legoland M'sia... Mesti best sbb tak perlu pakai baju tebal2.. hehehhe

Diana Rashid said...

memang tempat terbaik untuk bergambar la legoland ni..kan??

ros_reeza said...

Menarik. Ros yang kat Jb ni pun belum pernah masuk Legoland

Lynn Damya said...

Salam, perghhhhh seronoknye pegi Legoland!! jelez saye ni haa...haha hotel granada tu selalu tgk, mmg nmpk cam berbintang2..rege pun mahal bagi saye..hahah :D

TeacherAzimah said...

Alhamdulillah aku pun dah penah bawak anak2 ke legoland. Mmg sgt best. Tggu baby irfan beso sket utk repeat ke sana. Wei..aku pun sama byk je entry pending hahaha

LYAfrina said...

bestnyer,,
harap suatu hari nnti leh bawa asya ke sini juga..

ye lah..tmpat besar,. skali msuk, klo xterjah semua rugi lak kan