Thursday, April 16, 2015

Tempat Menarik di Kuching, Sarawak | Mira Cake House

20/3/2015


selepas ke Jong's Crocodile Farm & Zoo 
ke Semanggoh Wildlife Centre
di tempat pemuliharaan Orang Utan 
lebih kurang dalam 12 km dari Jong's Crocodile Farm & Zoo


tapi sayangnya dah hampir tutup sedangkan time tu baru pukul 10.30 am 
aku pun tak paham nape nak tutup sedangkan depan kaunter dan pagar depan tulis buka 
sememangnya hari tersebut hari jumaat 
tapi takan kot tutup awal kot 
tapi tak pe la anggap tak de rezeki nak tengok orang utan sarawak 
orang utan sabah dah penah dah tengok ...sama je kan 

cuma rasa rugi je la ...sebab dah sampai kan 

baru nk turun tangga ni 
tetiba pekerja Semanggoh Wlidlife Centre cakap dah tutup ... ceh betui la 





kami terus balik ke Hotel 
berehat sekejap dan keluar semula jalan-jalan ke Merdeka Mall dan Waterfront Kuching 


naik bot di Sg. Sarawak
kemudian kami ke seberang sungai Waterfront 
untuk makan malam dan singgah di Mira Cake House

kami menaik sampan tambang ini 
dengan hanya RM0.50 sahaja seorang pada waktu siang 
dan malam RM0.70 

tak sampai 2 minit dah sampai ... baru nak duduk dah sampai 
laju betul
 


MIRA CAKE HOUSE 

 yang terkenal sini  adalah Dayang  Salhah 
tapi kami tak pergi pun ke kilang dan kedainya 
agak malas .... sbb dah byk dah jumpa kek lapis kat tepi jalan 

lagi pun Mira Cake House ni PM telah datangdan rasmi sempena Perasmian UTC Kuching Bulan Februari yang lepas 



 sbb time kami datang ni dah pukul 8.30 pm lepas makan malam di Food Court Seberang Waterfront 
banyak yang dah kosong abis 
tapi kami beli jugak la sbb nak bandingkan dengan yang kami dah beli


so 3 jenis yang kami beli ari tu 
Hanee, Mira dan  tak berjenama
tp tgk yg tak berjenama tu lagi elok dan kemas susunan lapisannya 


tp untuk dapatkan pilihan kepelbagaian rasa dan pilihan boleh ke Mira Cake House dan paling penting dekat je ...seberang sungai je pun

11 comments:

aTieYusof Family said...

Salam sis..
seronok dpt pergi Kuching..last sy gi sana masa thn 1999.. hehe..
kek lapis memang jadi pilihan utk buah tgn :)

Kira Sakura said...

masa kami pegi sarawak dlu beli jugak kek ni. dah mcam trademark kan pegi srwak mesti nk beli kek lapis huuu padahal selalu klu nk beli kek lapis mmg beli kt kawan blogger je. sedap dan memang ori dari sarawak sebab dia orang sarawak hihihhi

kecewa nya tak sampai seminggu kek lapis yg ktorg beli kt sana dah berkulat padahal dalam peti ais lagi. mujur tak beli banyak masa tu

wahida said...

antara buah tangan yg femes dari sarawak ialah kek lapis, ikan terubuk masin dan satu lagi aku suka tebaloi!!

ko beli tak tebaloi nok?

nur anis said...

semoga ada rezeki saya sampai ke kuching..bestnyaaa..

Sham said...

Taget ujung tahun ni nk ke sana gaklah...jika ada rezeki n umur panjang...

nusha fasha said...

Wah byk beli gak tu...

Diana Rashid said...

Rata-rata yang ke kuching mesti beli kek lapis nya..kan??

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eima,
waaaaaaaa
belapis2 uols borong he3

Hamelia Hamid said...

sedapnya kek lapis tu...teringin jgk nak g Kuching

azizah green line said...

amboii kak..merata dahp ni..kira borneo da habis jelajah ni..heee

Cik Puan Eka said...

Haishh kene baca dari awal entry kuching akk ni. Hehe lama tak jln sini. Nnti nk khatam akknyer entry hehe