Wednesday, May 27, 2015

Dari Jauh Kami Datang | Kenduri Sepupu

hari ni nak cerita sikit pasal cerita bulan Mac 2015
punya la dah lama baru nak cerita 
almaklum la sejak dok opis baru ni 
ai is a lil bz dan suka sangat bertangguh nak buat entry 
kalau dulu kat rumah memalam layan HP .... draft entry 
tapi sekarang non hado 
dalam dok pegang HP tengah dok baca Komik Hikayat Maharaja Qin tu aku boleh terlena 
sedar-sedar dah pukul 3.00 am 

nampak tu Allah kejut suruh bangun tahajud ...... tapi setan lagi kuat .... adui la 

banyak malam dah aku termiss makan nasi 
mampuih kuruih la lagu ni 
bukan tak nak makan time budak2 i tak tido lagi 
mama makan tak kenyang kalau diorg ni ada 
time tu la ade yang berak la, nk tumpang nasi mama, nak itu ini 
so solution nya aku suka tunggu diorang dah tido baru aku makan kaw-kaw 
tapi kalau aku sama tertido jawabnya tak makan la.....

selalunya anak-anak ngan abah diorg je makan ...aku tengok diorg makan sambil suap icha makan
pas ni kalau aku suka lagi tertido sebelum makan aku... kena ubah la cara  makan aku ni ..... bahaya ni dah la dekat dengan puasa ... sblm puasa ni la nk ternak isi dan lemak .... yang bakal susut semasa bulan puasa nanti .... seperti biasa bulan puasa berat aku akan susut sehingga 3-4 kg dlm sebulan dan nak naik 3-4 kg ni adalah perkara paling susah nak dicapai ...... pheeewwww


tu dia ape yang aku melalut ni ..... aku nak cerita pasal kami pi perlis la !!


_________________________________________________________




lepas check out kami terus ke Rumah kenduri ...penat berjalan membeli kat Wang Kelian tak abis lagi
kelam kabut

rombongan pengantin lelaki


ape la icha nengok mama tu ...kuikui 
nampak tak betapa tingginya enPanjang ... dok kat bawah masih die lagi tinggi dan besar 
tenggelam pengantin 
pengantin lelaki ni adalah adik sepupu kesayangan aku yang aku anggap seperti adik kandung aku 
anak kepada maksu aku ...iaitu adik arwah mak aku 
nape aku sangat sayang sgt dengan pengantin lelaki ni 
sbb waktu die berusia 1 tahun 2 bulan ayah die iaitu arwah paksu aku meninggal dunia sbb eksiden moto 
so azam ni panggil abah aku sebagai abah, menumpang kasih sayang  ...dan aku membesar bersama dia .... sbb tu aku sayang lebih sikit sepupu aku yang ni .....
dan maksu aku menamatkan zaman bujangnya selepas azam berusia 18 tahun 
ibu tunggal selama 17 tahun .... i adore u maksu !!

lauk kenduri simple je 
tapi sedap baq hang ..... lauk kampung ja 


ikan masin talang masak sambal ...Thumb up!!
kurma daging tu sedap ....


kami tak lama pun kat kenduri 
abis makan beradap pengantin kami balik 
sbb nak pi Bukit Kayu Hitam 
almaklum la tak penah sampai ...nama je orang kedah .....
kami lalu jalan belakang dr Perlis ke Changloon 
jaraknya lebih dekat dan tak sesak 

si kecik yang mentido tiap kali masuk keta .... 

nak ke bukit kayu hitam pun kena melalui Kompleks Imigresen jugak 
so bertabah la berjem kat sini nak patah balik dah tak boleh dah 

rupanya.. Bukit Kayu Hitam ni dah tak se gah namanya
kat sini memang dah tak maju dan banyak kedai tutup 
buat penat je datang ...katanya akan dibuka satu kompleks baru untuk peniaga2 di sini 
masuk jem berejam ... nak keluar pun jem berejam jugak bertabahlah 

dari bukit kayu hitam terus ke SP rumah  abah aku 
malam kita pekena Char Kueh Teow


oh ye ... ni gambar semasa kenduri di Langkawi 
kebetulan pada hari kenduri ada pertujukan LIMA 2015
dan timing diorg tengah dok photoshoot tu ade show tgh dok buat asap love tu 
vavavava dan gambar ni hot jugak jadi viral kat fb.  siakap keli dan friend of barisan nasional share kat  page diorg 
maybe photografer diorg kot yg share 
lokasi gambar diambil di belakang rumah tok aku

aku tak dapat balik time ni sbb flight aku sama tarikh ngan kenduri die 
ok la tu kan attend jugak yang belah pompuan kan ....


walaupun dah hampir 2 bulan diorg kawen 
sempat lagi kot aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke jannah 










10 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

suka tgk wrna purple tu..cntik laaa

aTieYusof Family said...

kira rapat lah dgn adik sepupu ni ya sis.. Alhamdulillah majlis nya berjln lancar.. Tahniah & selamat pengantin baru buat mrk...:)

Dkna Abza said...

terliur tengok menu ikan masin talang

LiYa HaNiF :: said...

percutian 2 in 1 nie... sambil g kenduri sambil shopping .. bagus2 jimat masa .. hihi

selamatt pengantin baru ^_^

Diana Rashid said...

saya suka kurma daging..kalau kambing lagi best..

bestnya la..badan susah naik..
kalau saya nak kena tak makan sebulan baru turun 3,4 kg..

Amy Syaquena said...

hai hai hai, still remember me..ha ha ha! rindu sama kamu dearrr! lame x chat2, komen2 sini... nak elak dari lihat makanan2 sekali terpandang gak, adeh sedapnya la kurma ow...

Ahlam Miera Shafie said...

lorh gambar yg jadi viral 2 gamabr sepupu sis ke... hehehe btw baju diorg cantik sgt... n selamat penganting baru buat ur kazen sis...

Mar Mansor said...

selamat pengantin baru buat mereka..
gambar viral yang romantik...untung diorang

hainom OKje said...

Cantik dan secocok kedua mempelai tu....
Pengantin lama pun secocok jugak comey jer.....Awak nampak pucat Eima....lupa nak buh lipstick ek....

Suka gi kenduri kawen kat kampung yg lauknya mmg lauk kg....terliur mak memalam ni tau

LYAfrina said...

waa...mmg rezeki pgantin la..dpt shoot cantik tu