Thursday, May 28, 2015

Hotel Murah di Perlis | Review Fyna Motel Mesra OKU

14-15 Mac 2015

bulan Mac 2015 yang lepas aku ke Perlis untuk menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu aku dan sekali harung ke Wang Kelian bershopping barang siam

kami menginap di Fyna Motel 
 motel ini menyediakan kemudahan bertaraf hotel 3 bintang 
sangat selesa dengan kemudahan dan fasiliti  yang disediakan serta staf yang sangat peramah 
keadaan hotel yang sangat kemas, bersih dan perabot yang baru 

Fyna Motel ini juga mesra OKU
kemudahan yang disediakan hingga ke dalam bilik penginapan adalah sangat mesra OKU
fasiliti yang disediakan dan ruang yang luas di laluan serta susunan perabot di dalam bilik sangat mesra OKU 
ruang di dalam bilik yang luas memudahkan OKU yang menggunakan Kerusi Roda untuk bergerak 
ruang bilik air yang luas dan mempunyai kelengkapan khas untuk OKU juga disediakan 

harga bilik termasuk dengan sarapan pagi
bersarapan pagi di Cafe yang selesa dan mempunyai suasana yang ceria 
pilihan makanan juga menarik dengan kadar yang dicaj


erti kata lain Fyna Motel ini sangat selesa untuk orang awam dan OKU 

Kadar Bilik juga sangat berpatutan 
harga bilik termasuk sarapan pagi 

kadar bilik jenis Deluxe RM160.00 pada hari minggu 


bangunan luar Fyna Motel
ruang parking yang banyak 

gambar Deluxe Romm dari web motel fyna

hiasan dan susunan Deluxe Room kami  

bilik air yang sangat mesra OKU 
kelengkapan seperti tandas OKU

TV LCD with Astro Channel

Kemudahan Iron disediakan di laluan ke bilik-bilik 

ruang rehat juga disedaiakan 

oh ye di Motel ini walaupun hanya 2 tingkat perkhidmatan lift disediakan 
bestkan hotel bajet tapi ade lift

Sarapan pagi di Cafe disediakan 
ruang kafe yang agak terhad tetapi ceria dan bersih


Cafe
gambar cafe dari web Fyna Motel


Sarapan yang disediakan agak menarik dan mempunyai pilihan dari segi makanan , minuman, kuih, muih dan pencuci mulut
menu pada hari tu nasi goreng, kueh teow  goreng, nugget, telur mata, donut, kaswi, buah anggur hitam dan hijau, air jus epal, susu segar, kopi & teh dan bijirin sarapan pagi 

gambar tray makanan aku tak ambil orang tengah ramai 


ruang lobi dan kaunter reception yang sangat kemas dan cantik 

sofa english style


hiasan lebih kepada english style 

ruang rehat di kawasan luar hotel 


Lokasi :

FYNA MOTEL
Owned by: AMD Mega Sdn. Bhd. (1032785-W) 
No. 6, 8, 10, Jalan Satu, Taman Desa Repoh, 
Jalan Kangar-Arau, 02600 Arau, Perlis. 
Tel/Fax: +604-9766 175 
HP: 011-12564900



Recommended by me 
kalau korang yang masih mencari hotel yang selesa dan bajet yang kurang di Perlis






11 comments:

aizamia3 said...

Moga motel tersebut terus berkembang baik dan dikenali ramai.. ;)
ai like red colors.. ;)

Mila Hilas said...

cantik la motel ni...selesa n bersih sgt tgk..

Lynn Damya said...

Salam, okay satu2nya yg menarik perhatian sy tntg hotel ni adalah, KEMUDAHAN IRON DISEDIAKANNNN!!!! Wihuuuu~~~ sy selalu problem sikit part nak iron2 tudung ni sbb mcm beban je nak bawak iron sebijik...so nice lah cmni, boleh iron tudung bawal~ hahah :D

Fai Nardir said...

tak pernah lagi jejak sampai ke perlis.. apa yang besttt ek kat sana?

JR said...

Saya pernah kerja kat Perlis (2000-2003). Masa tu di Perlis cuma ada satu hotel - Palace Hotel. Pada 2006 bila saya ke Perlis masa tu dah ada 2 hotel, satu hotel baru dah beroperasi di Kuala Perlis. Sekarang sudah ada banyak hotel/motel di Perlis...

nusha fasha said...

Cntik bersih je gtu..

hainom OKje said...

Boleh tahan tu....reasonable jugak harganya. Hotel baru kot Eima....tu yg nampak cantik tu...

Nieyl said...

Singgah pagi...
klu tgk dlm gmbr sgt bersih..selesa..:)

Puan Kutu said...

aritu dah survey fyna hotel ni..hotel baru so fasiliti semuanya baru.ramnai yg bg good feedback.Insyaallah one day klu pegi Perlis boleh dok sini.tp tu la takda swimming pool.kesayangan hamba tu Perak sikit klu hotel takda pool.hehe

LYAfrina said...

harga murah/.. & bilik luas serta selesa..

Kira Sakura said...

wahhhh berbaloi haaa kalau check in kt situ. nampak besarrr bilik dia