Wednesday, May 13, 2015

Layan Nostalgia Zaman Kanak-kanak & Remajaku

dari kecik aku minat dan suka membaca komik 
terutamanya komik Hong Kong, Jepun dan Malaysia 

sampai sekarang pun aku masih sukakannya 
Fahim pun tunjukkan minat yang sama 
bagi aku tak kisah la die membaca komik selagi komik itu ditapis oleh aku 
macam Fahim die sangat minat dengan Siri X-Venture
bukan takat komik semata tapi ade info sains yang cukup menarik 
selalunya aku akan baca dulu sebelum Fahim komik die tuh ... hehe 

walaupun komik ...aku sanggat menggalakkan fahim membaca 
selain dapat menfasihkan sebutan dan kelancaran membaca 
kalau nak paksa membaca buku cerita kanak-kanak fahim tak suka sangat sbb gambar kurang dan banyak mencerita kisah haiwan yang suka menipu untuk menyelamatkan diri 
fahim sendiri yang tanya aku tak pe ke mama kalau kita menipu macam sang kancil??
lagi pun nak asuh minat anak-anak membaca perlu lihat juga minat diorang ... kalau buku yang diorang tak minat kita paksa diorang baca mesti minat dan keikhlasan diorang membaca tu tak de 
macamana kita nak tanamkan minat membaca dalam diri anak-anak

itu pemikiran aku ... nak ajak anak membacakan 
lain ibu bapa lain caranya 
ini cara aku 
sekarang ni memang setiap hari fahim diwajibkan membaca satu muka surat buku cerita 
tak kisah la buku cerita haiwan ke buku cerita dongeng ke
die yang pilih cerita dan aku akan guide die 
dari segi ejaan dan sebutan 
dan aku jugak gigih ajak fahim membaca Buku Bahasa Inggeris dan Jawi

 
dan ini adalah komik terbaru yang fahim minat dan suka sangat 
cuma kat MPH Alamanda tak de stok Siri Pasukan X-Venture ni
tengah beli online ni klu dah ade stok nanti

 
aku sebenarnya nak cerita yang aku suka baca komik dari kecik sampai la ke tua ni 
tapi tercerita pasal dok tanam minat membaca dengan Fahim pulak 

aku ada terjumpa satu laman web komik jepun, malaysia dan Hong Kong 
so agak gigih juga skrg ni membaca komik 

cuma kadang-kadang tu masa kurang mengizinkan 

jom layan komik pagi ni sesambil BW



dan ini komik yang dok baca sekarang ni 
kalau tak salah aku dulu aku cuma kumpul sampai ke episod 30 lebih gitu la 
dan Tony Wong adalah pelukis komik yang aku minat ....Dewata Raya aku full version ...harga pada tahun 1999 tu lebih kurang RM3.50 je skrg aku tatau la ..
 

13 comments:

SEINDAH SENYUMAN said...

sy suka komik conan...pnuh dgn pyiasatan...

sudi-sudilah lawat blog saya
http://85mutiarabeauty.blogspot.com

AnneRaini said...

dulu2 baca komik doraemon je. komik laim xminat sbb xsuka lukisan tajam2 ni..suka bulat2 mcm doraemon.

Nad MamaZN said...

kite kumpul komik penyiasat remaja je.. pastu takde dah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui suka doremon n conan..huhuh

Daddy Ziyyad said...

Legend tu Tony Wong..
Zaman saya student dulu, baca juga Dewata Raya...tapi lebih ikuti komik Pedang Setiawan, Pendekar Laut..

Kalau komik Jepun, semestinya Dragon Ball..hahaha

Diana Rashid said...

Anak perempouan saya pun suka baca komik..kalau hujung minggu memang banyak habis masa kat kedai buku sebab dia nak cari komik..kawan2 nya pun suka komik..siap bertukar2 komik lagi...

TeacherAzimah said...

dewata raya..pedang setiawan.. dll. aah kita membesar pada zaman tu. skrng dah takde lar nak baca komik huhu...majalah kewanitaan pun aku tak sempat baca huhuhu

Mar Mansor said...

masa kat uni dulu suka baca komik kreko..segala macam kartun jepun ada..
paling best naruto, bleach..tapi sekarang dah tak layan dah..
suami pula dok tengok naruto tiap minggu

Puan Kutu said...

sy dulu minta membaca juga.suka baca majalah ujang,gila2..komik madam shin Chan ndoraemon ada la baca.haha..en suami minta komik yg apa ke nama pahlawannya..smp la dok ada koleksi komik tu..

cuma Sekarang ni je tak minta baca buku.suka baca fb ngan blog.haha

Suhana Mohd.Diah said...

Doremon & conan...
Ralit kalau baca...
Bestnya zaman budak2...

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

Lynn Damya said...

Salam, hahahahhaa pinjam kak buku komik laut dalam tu~~ best tu~~ haha

Kira Sakura said...

betul jugak kan. kalau dorg tak ikhlas nak buat sesuatu tu buat ape kita paksa ikut cara tu.

abi uwais pun kemain banyak koleksi komik dia. tapi banyak jugak yang dah kena sedekah oleh mak dia. hangin je kawan hahahahahaha

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ima,
doraemon tu komik jugaks kan3?????
he3