Thursday, May 14, 2015

Hotel Murah di Johor | Hotel Wan Loong, Pontian Johor

hari ni aku nak review hotel yang kami menginap semasa ke Tanjung Piai, Johor pada 2/2/2015 yang lepas 

Hotel Wan Loong ni Hotel Bajet je 
tapi Deconya sangat cantik di bahagian lobi dan nampak bersih je 
biliknya pulak kemas dan cantik 
devco yang simple nampak moden
 aku rasa Hotel Wan Loong Hotel ni hotel baru 
staf pulak sangat peramah  dan baik 
kadar bilik pula bagi aku berpatutan 

pada masa tu kami pilih bilik jenis Superior pada kadar RM128.00 dan menggunakan kadar kakitangan kerajaan RM110.00



kualiti gambar kurang memuaskan abaikan bantai busuk tu
tapi bilik yang kemas dan tak de bau rokok 

walaupun TV kotak tapi ade astro tau 
sport, cartoon & movie

basic ni pun ada cuma tak de kettle tap water heater tepi bilik je 

bilik air yang bersih dan ada toiletries 

 ada set berus gigi, shampoo dan sabun 
ok la kan untuk hotel bajet 
hotel 4 bintang pun belum tentu ada 


harga bilik termasuk sarapan 
tetapi bukan makan di cafe tetapi pihak hotel sediakan dalam bungkusan/tapau 
boleh pilih sarapan di Reception Counter 
kami pilih nasi lemak dan bihun goreng 
sarapan pagi ini akan dihantar ke bilik 

bagi aku walaupun Hotel Loong Wan ni hotel bajet tapi perkhidmatan dan fasiliti yang disedikan setaraf ngan hotel berbintang-bintang 

recommended by me !!
untuk nest trip uoll ke Tanjung Piai atau ke Pontian 


untuk maklumat lanjut sila layari :


WAN LOONG HOTEL
(JM0518872-M)

No: 28, Jalan Delima 2,
Pusat Perdagangan Pontian,
82000 Pontian District, Johor

Tel : 07-687 6599
Fax : 07-687 6588
Email ‎: info@wanloong.my
Alternative Email : wanloonghotel@gmail.com

11 comments:

SyamilaMohd said...

menarik... murah tapi best... ^_^

AnneRaini said...

uishhh jarang hotel bg berus gigi... terbaik ni.

Naemah Umi said...

wow..ni bleh jd rujukan pasni ni kalau g Johor lg hehehe..thanks :D

hainom OKje said...

Apa ada kat Tg Piai tu Eima....
Tp tgk gambo yg awk post tu mmg cantik pun hotelnya....Yg penting murah dan selesa

wahida said...

lobby dia nampak menarik...

syawalsimpsons said...

nampak menarik, walaupun hotel bajet kan...

aTieYusof Family said...

wahh..nampak bersih, kemas...murah lagi tu...:)

Aty_Fared said...

cantik gak bilik hotel.. lawo warna langsir.. eeahh... tetibe..heheh

Lynn Damya said...

Salam, wah pegi pontian ye hari tu, haha hotel dia nmpk menarik, dpd luar je dh menarik minat aku, sbb warna dia pink gitu haa~
lobi dan semua pun best! Nice lah (n_n)

Kira Sakura said...

kira murah sangat la tu bajet dengan fasilit yang dorang sediakan.

tapi kan uols. mcm mana nak apply rate kerajaan tu bila pegi memana ni. kalau personal boleh guna jugak ek? kalau boleh guna. boleh la iols guna kelebihan tu hikhikhik

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ima,
ooooo
hotel bajet pun ada rege gomen yer :)