Tuesday, May 12, 2015

Tempat Menarik di Johor | Tanjung Piai, Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

 3/5/2015

Tanjung Piai, Johor


2/2/2015 selepas keluar dari Angry Birds Activity Park, Johor Bahru kami terus ke Pontian Johor 
kita ke Tanjung Piai
lebih kurang perjalanan dari JB ke sini dalam 1 jam 45 minit 
kami guna papago sbb line internet kejap ade kejap tak de 
lalu jalan kampung
 
kami sampai di Tanjung Piai lebih kurang pukul 6.00 pm 
 hari dah nak gelap 
niat asal nak try tidur di Tanjung Piai Resort tapi rasa malas pulak nak mengheret beg dan risau 
almaklumla Tg. Piai Resort chaletnya berada di atas laut 
tambahan pulak baru lepas fenomena air pasang besar di Tg. Piai 
so kami terus ke Bandar Pontian untuk cari hotel



puas jugak la mencari hotel pada hari tersebut 
FULL HOUSE
nasib baik la Hotel Wan Loong masih ada bilik kosong 
walaupun hotel bajet tapi sangat memuaskan 
nanti aku review
 

kami makan malam di restoren tepi laut di Bandar Pontian 
ok la ... tapi tak penuhi piawai 
tapi untuk suasana ok la 

 
esoknya selepas sarapan pagi 
kami check out dan terus ke Taman Negara Tanjung Piai
nak menjejak kaki di PENGHUJUNG SELATAN TANAH BESAR  ASIA




dibuka setiap hari dari jam 9.00 am - 5.30pm
 


Harga Tiket 
Dewasa RM6.00
Kanak-kanak RM3.00
 




peraturan-peraturan Taman Negara Tg. Piai
selain di bawah sila la tingkah laku dan pertuturan di sini 
bukan hanya kita sahaja yang berada di alam ini dan kita berkongsi dengan alam ghaib 
 


banyak orang memancing time ni
banyak yang dapat ikan semilang 
syok plak tengok pakcik-pakcik tu memancing 
 
budak-budak ngan bapak budak semua cuak 
sebab laluan pejalanan kaki tu agak usang dan macam reput 
tapi aku yakin yang ianya kukuh 
sebab bergegar bila ombak langgar tiang-tiang laluan ni  



ok jom menjejak kaki di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
653meter 
jauh jugak kan 




tapi sayangnya kami tak dapat menjejak kaki di  Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
sbb jambatan dah runtuh 
disebabkan fenomena air pasang besar 
dan banyak jugak laluan yang ditenggelami air 


ok la walaupun tak dapat ke situ janji dah dapat datang ke sini pun ok dah 
kat sini sangat nyaman walaupun dah tengah hari
sunyi  dan indah 
sangat menenangkan 
 


bagi sesiapa yang belum pernah sampai jadikan Taman Negara Tanjung Piai ini sebagai target percutian dan destinasi yang patut dikunjungi 

bukan hanya keindahan dan ketenangan yang anda dapat di sini tetapi pengalaman yang cukup indah dan info sains mengenai haiwan-haiwan dan serangga yang tinggal di habitat paya bakau di sini 
fahim paling excited untuk melihat flora dan fauna di sini 
asyik mengira berapa banyak haiwan dan serangga yang die jumpa 


15 comments:

SalbiahM said...

sayangnya jambatan dah runtuh..kenalah perbaiki dan buat yang lagi kukuh.malu je kalau pelancong datang..huhu

AnneRaini said...

org johor pon tak sampai lg sini.hehe. pontian pon tak pernah smpi.

Jueliza Jamani said...

dah lama rancang nak g sini.. tp tak terpi lagi.. aduhh..

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk damai je kwsnnya.. nth bila dpt p johor lg..huhu

syawalsimpsons said...

akob yg org johor pon tak penah sampai lagi..hahahhah...kena masuk dalam list ni

aTieYusof Family said...

bestnya.. bila lah nak sampai sini..hehe

Mar Mansor said...

pernah pergi zaman anak dara dulu

Dkna Abza said...

rindu johor... dulu duk johor 2 tahun..hehehe

Dkna Abza said...

rindu johor... dulu duk johor 2 tahun..hehehe

wahida said...

boleh masuk list ni...

Diana Rashid said...

kenapa diaorang tak perbaik jambatan tu ye..buat lain bagi kukuh sikit..guna konkrit ke..kan?/

eima said...

@Diana Rashid

diana akceli semasa saya pergi tu dah kontraktor tengah dok ukur2 bagai ... dah nak repair la ... skrg ni rasanya dah elok dah kot ... ni cerita 2 bln lepas

juicy X said...

AAAAAAAAAA SUKANYA TEMPAT MCM NI!

Lynn Damya said...

Omaigod!! Dah runtuh ke laluan tu??? ingat tak header saye yg gambar kat pokok2 bakau tu, kat situlah sy bediri ambil gambar..patutlah mase tu pun laluan dia dah mcm rendah smpai boleh masuk air...nasib mase sy pergi tu boleh lalu balik, klw tak terkandas aku kat tengah2 tu!!! takutnyaaa!!! hahahah

Kira Sakura said...

fuhhhh pecah peluh jugak haaa kalau nak sampai ke penghujung tu tapi dah takde rezeki ye dok. dia nak suruh datang sana lagi la nanti tu hihihihi