Thursday, June 18, 2015

Latih Anak Berpuasa

sahur hari masak lauk kegemaran Fahim 
daging masak kicap 
dengan harapan anak teruna ai tu akan makan dengan berselera seperti biasa 

rupanya macam sahur tahun lepas jugak 
makan sambil pejam mata, tidur 
alahai anak .... 

tak pe kita belajar berpuasa ye ....
slow-slow kalau tak larat .... puasa ya yok je 
kalau larat puasa penuh 
tahun lepas Alhamdulillah Fahim berjaya puasa 15 hari 
inshaaAllah tahun ni pun fahim mampu 
aku tidak memaksa tetapi cuma mendidik 
fahim pun dah faham erti puasa ni 
InshaaAllah ....


abis kunyah bantainye die tidur balik 
bila kita hulur tangan nk suap baru la die nganga 

memang di refuse tak nak makan sendiri 
hahahaha ... nak buka mata pun tak larat ni kan pulak nak angkat tangan ...


lepas je makan nasi 
aku buatkan Susu + Meal Shakes Shaklee untuk membantu Fahim kekal cergas sepanjang hari 

untuk mama die pulak ... 
Susu Sejuk + ESP + Meal Shakes Shaklee
supaya mama kekal cergas dan tahan lapar sepanjang hari 
dan bertenaga untuk sediakan juadah berbuka untuk kami sekeluarga 


dalam kita melatih anak-anak belajar berpuasa kita perlu juga memberi mereka sokongan moral dengan kata semangat dan juga makanan tambahan supaya mereka rasa kuat dan mampu untuk berpuasa ....
rasa sihat, kuat dan bertenaga memang akan mendorong mereka untuk berpuasa, gembira dan bersemangat untuk berlatih berpuasa
demi anak-anak dan kesihatan kita jom berikan mereka yang terbaik 



Selamat Berpuasa Semua 

11 comments:

MizzTina said...

hahaha..kelakar la fahim ni..

Nieyl said...

tgk fahim..teringat dlu kecik² agak² kita pun cmtu kan..hihi

AnneRaini said...

selamat berpuasa eima sekeluarga.. comel jek tgk fahim mkn sambil tido..hehe

syawalsimpsons said...

cumil je fahim...teringat dolu2...

Yana MIB said...

ok la nak jugak dia bangun sahur duk kt meja makan gitu...huhu slmt berpuasa to akak sekeluarga...

::NureeN:: said...

gelak aku sorang2 kat opis tgk fahim
ok la tu..plan2 kan
ellesya pon sahur td, tgk lunch ni dia ok x hihi

Kopiolimauice said...

sian fahim smpi gitu ha ngntok nye ;p

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpe fahim, pelan2 ya.. hihi..
p/s: yui xde gastrik kak.. tp itulah perut ksong.. gtl sgt..huhu

eintan nurfuzie said...

makan sambil tidur.. kelakar la..

eintan nurfuzie said...

makan sambil tidur.. kelakar la..

Kira Sakura said...

hahahahaha fahim mcm auntie kecik2. sahur pejam mata lepas je cuci pinggan bantai pegi sambung tido balik ekekeke