Monday, June 22, 2015

Nikmat Berbuka Puasa Bersama Keluarga

syoknya cuti 2 hari 
berbuka puasa ramai-ramai dengan keluarga mentua 
meriah sangat ... berbaloi walaupun agak penat 

hari sabtu  MIL masak bubur lambuk pantai timur & kueh tiau goreng udang dan juadah dari param 
sebab menantu yang rajin menolong lambat sikit sampai  aku le tu
enPanjang kerja dan nak pi mendaki bukit kat taman rumah aku ni ..mecari daun pucuk paku merah 
bahan asas dan paling penting dalam bubur lambuk pantai timur 


hari ahad semua juadah adalah homemade with love dari aku, MIL dan SIL 
dari pagi dah start bantu sikit2 dah MIL buat kerja 

menu berbuka semalam 
Laksam - 75%
Mee Sup Tulang - 65%
Carbonara
Karipap - 50%
Roti John - 100%
Kuih Bom inti ikan
agar-agar roti
Kek Besday 

semua homemade dan hanya kek je beli ....
yang ada % tu semua aku yang tolong ...kuikuikui

roti john kecik guna roti hotdog 
kalau ade sos cheese tu lagi sedap kot 
yang ni tak sampai 5 minit pun nak buat ...
dekat2 nak berbuka baru aku masak .....


aku memang tak tak pandai kelim karipap klu guna acuan pandai la cuma bila goreng suka terbuka dalam kuali
semalam puas jugak mil aku ajar ... hahaha 
mula-mula tu memang tangan kayu betui aku ni
bila dah dapat rentaknya ... ok cuma kena perbaiki cara kelim supaya kemas lagi le 


Fahim pun dah 4 hari puasa penuh 
budak tu memang tak banyak songel .... tidur tak payah ... kerjanya main je 
kuat betul la .... dulu-dulu waktu aku baya si Fahim ni 
banyak melepek dari bangun 

Alhamdulillah berkat mama istiqomah bagi Mealshakes campur susu setiap lepas sahur 
alhamdulillah demi sekesihatan anak-anak berbelanja lebih sikit tak ape la 


lepas berbuka sesi anak-anak bermain bunga api 
gembira betui diorg 
seronok rasanya jadi kanak-kanak 

ramai lagi korum diorang ni ... tapi gambar dalam HP aku cuma ni je 
HP enPanjang banyak



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shaklee tawarkan nilai hebat untuk SET KULIT CANTIK sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang
Vita-C Plus & Vita E Complex 
untuk anda semua 



dan tawaran paling best adalah percuma Vita-Lea bernilai RM94 dengan mendaftar Ahli RM69 dan membuat sebarang pembelian apa-apa produk Shaklee 

Untuk maklumat lanjut dan harga meletup boleh hubungi eima : 0129220376





13 comments:

syawalsimpsons said...

seronok dapat berbuka ramai2 ni....aku sepanjang ramadhan ni...kami 4 beranak je la...makan pon, abis time tu jugak..malas nak simpan2..kalo ada simpan pon, untuk kami2 je time sahur..tunggu balik rumah MIL aku, inshallah meriah tu

Normi Nieza said...

bestkan buka ramai2..:)

Chekgu Azrine said...

meriahnya!!

wahida said...

ok lah tu ko berjaya jugak kelim karipap tu...aku ni lagi lah...buat karipap pun tak pernah...hahaha...

AnneRaini said...

memang seronok berbuka dgn family.. bilalah nak balik kg ni.

::NureeN:: said...

stujuuuu... aku pon blk kg jumaat lps
dpr rasa masakan mak perghhh....
siap tapau bw balik hihii
klim karipap?? aku pon tangan kayu gak, x pernah pon wat karipap hahahha

nur anis said...

seronoknyaaa balik kampung..saya memang tak pandai kelim karipap tu...

aTieYusof Family said...

memang seronok berbuka ramai2 terutama bila balik kg...makan pun lg feel.. masakan kampung terbaeek lah bg sy...laksam tu peberet ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

msk n mkn bramai2 itu yg buat lbh puas.. hihi

Dhiera nadhirah said...

silap time masuk sini. nampak makanan pulak
puasa ni best bila masak ramai2, makan ramai2 kn

ch@ said...

bestnya, aku blm dpt berbuka dgn keluarga lain lg. hanya kami berlima sahaja mcm biasa. aduh, hidup diperantauan...

Kira Sakura said...

kannn ktorg aritu pun cuti 5 hari (smbung cuti ummu wekend) balik kampung berbuka ramai2. meriah nya kemain lagi. lagi ramai lagi syok. berebut makanan hihihihi

Lynn Damya said...

Salam, bestkan dpt buka puasa ramai2...wahh kecur pulak sy tgk roti john tu, hahaha...