Friday, June 19, 2015

Projek Tengah Hari | Kuih Tepung Pelita | Resepi

Projek lunch hour hari ni

Kuih Tepung Pelita


Buat kuih yang mudah tapi sedap dimakan
Nak jimat masa dan tak nak buat yang remeh dan memenatkan

Bahan yg mudah dan ada di rumah
Tak sampai setengah jam pun nk buat kuih ni
Memang mudah sangat



Jom tengok resepi kuih tepung pelita bagi 10 bekas dadih kecil


TEPUNG PELITA

Bahagian bawah (hijau) 

2 cawan tepung beras
2 setengah cawan air
Setengah cawan gula pasir
1 sudu kecil pewarna hijau pandan

** kalau daun pandan boleh blend dgn sedikit dan ambil jusnya utk bau wangi dan sedap

Cara-caranya:

1. bancuh semua bahan.
2. kacau hingga sebati dan larut.
3. tuangkan di dalam periuk masak hingga pekat, likat dan berkilat.
4. kacau dengan kerap untuk pastikan tepung masak sekata dan tidak berketul.
5. tuangkan di dalam bekas dadih yang telah di isi gula pasir sebanyak separuh sudu.


Bahagian Atas (putih)

2 sudu tepung beras 
2 cawan santan 
1 sudu kecil garam

**saya gunakan santan kotak , saya larutkan separuh kotak untuk dijadikan 2 cawan santan.

Cara-caranya:

1. bancuh semua bahan.
2. kacau hingga sebati dan larut.
3. tuangkan di dalam periuk masak hingga pekat, likat dan berkilat.
4. kacau dengan kerap untuk pastikan tepung masak sekata dan tidak berketul.
5. tuangkan di dalam bekas dadih yang telah di isi dengan bahagian bawah(hijau)

**selepas disejukkan boleh dimasukkan di dalam peti ais untuk rasa lebih sedap




untuk pastikan tepung telah masak sekata ia berkilat, pekat dan mendidih meletup buih yang besar2


selamat mencuba 

10 comments:

Kopiolimauice said...

eiii suka sgttt kuih ni..la sng je buat nye ye..igt kn susah

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

wahhh kagummmm!

Diana Rashid said...

nak buat la esok2...mudah je rupanya..

AnneRaini said...

senang2. kalo rajin boleh cuba tp buat masa ni brg dapur byk yg yilek. tgu gaji baru shopping..hehe

ros_reeza said...

Rajinnya buat. Kuih ni sedap. Tapi Ros sukan bahagian putih tu je. Hihi.
selamat berpuasa kak ;)

nusha fasha said...

Fuhh rjin sgguh ni..

Puan Kutu said...

sedap kuih ni..ada tgok resepinya di fb tp tak dapat kekuatan lagi nak buat.hehe

eintan nurfuzie said...

urm.. dap nyeeee

Kira Sakura said...

iols cukup malas nak buat kuih muih hahahahaha. tp terigin nak berbuah melaka yang kaler maler tu je hihihihi

Lynn Damya said...

Salam, adeilahh sedapnya kuih pelita ni makan sejuk2..xsusah rupanya buat dia ek..boleh lah try nanti klau saye rajin, hahaha