Monday, June 8, 2015

Rasa Tapai Hijau Yang Unik

dimaklumkan bahawa hari ni aku agak kalut kat opis ni 
so nak update jalan-jalan cuti sekolah terpaksa aku postpone lagi 
sebab banyak nak guna otak tak leh nak fokus menaip entry
tak multipurpose la aku ni 

memandangkan aku agak kalut hari ni 
aku share sejenis makanan yang makan di Gunung Semanggol, Perak 
kampung bapak sedara enPanjang di Jalan Gula, Simpang Ampat 
waktu kenduri sepupu enPanjang 

Tapai Hijau 
ini adalah kali pertama aku jumpa dan merasa tapai warna ni 
selalu jumpa tapai putih, tapai ubi dan tapai warna pink(org tua2 ckp sbb buat tapai dlm masa tak suci) entah betui ke tak 

yang kali aku jumpa tapai warna hijau 
rasanya ...mula-mula makan rasa macam jamu 
kali kedua makan rasa macam pandan sikit 
kali ketiga makan hmmm sedap jugak 
unik rasanya 


korang penah rasa tapai selain tapai pulut putih ??
jom kongsi .....



11 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Selalu makan tapai putih jer.. Xpernah lagi jumpa yg ijau ngn pink tuh...
Tapai ubi x brape minat...

Chekgu Azrine said...

Fav ahkak is tapai..
Suka snagat tapai .
Tapi blm pernah lg rasa tapai hijau cmni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpnh jumpa n tak prnh rasa la kak...

Noor Hayati said...

xpenah jumpa dan tak pernah rse..

Puan Kutu said...

tak pernah eima..agaknya dia letak perasa pandai kot tu yg jadi warna hijau kan..inovasi baru tapai ni hehe

Lynn Damya said...

Salam, wahh tapai hijau, pun first time dgr nih..xpernah makan lagi..hehe tp sy mmg xberapa tapai2 nih..

Kira Sakura said...

aah tapai pink tu jadi kalau orang tu buat time dia period. kalau ikut kata mama xboleh buat tapai time period. rasa dan kaler dia bertukar nanti. entahhh yang itu

tapai hijau dan selain kaler putih mmg xpernah jumpa ihihihihi

AnneRaini said...

tak suka tapai.. dah try mkn byk kali tp tetap takleh terima tekak ku ini.

LiYa HaNiF :: said...

liya tak pernah dengar n jumpa lagi tapai hijau nie...

hainom OKje said...

Tak pernah tengok jugak tapai hijau ni.....ada eh...ko ni Eima ada ke mcm jamu rasanya, seram mak hihi

Ibu Lala said...

X pernah jumpa pun. Sll jumpe yg putih je. Tapai ubi pun x makan.