Monday, June 15, 2015

Singgah Melaka selepas Balik Dari JB

31/5/2015 -1/6/2015

kami terus gerak ke Melaka untuk singgah dan tidur semalam di Melaka 

hari tu sangat la jem 
perjalanan dari JB ke Melaka kat Highway PLUS pun jem teruk 
masuk Melaka pun sama 

berpusing berkali-kali di Jonker Walk ....google map ni tak update ke hape jalan dah jadi one way ni 
hari dah malam jalan pun dah tak nampak ....nasib la ....
sbb dah familiar dengan google map tu pasal aku tak on wave 


seperti biasa suka sangat menerjah .... dan malas nak book bagai 
semua hotel full house 

jenuh jugak la call .... akhirnya pasrah sebab kredit HP banyak yang abis 
kite terjah pulak ....selalunya walk in ade bilik ...klu call xde bilik tak pasti nape ngan terms kat hotel-hotel ni 

so ari tu ...kami stay semalam di Venus Boutique Hotel
not bad la hotel ni walaupun tak de breakfast bagai 
bilik die agak selesa la 
parking pun disediakan ... tu yang penting klu ke bandar melaka ni 
dan check in di hotel bukan berbintang-bintang 

gambar dari website Venus Boutique Hotel 

aku memang tak daya dah nak mengambil gambar bilik bagai 
badan cuma tau nak baring je atas katil 
seharian kat ABAPJB sangkut dalam jem .... seksa otak jiwa mencari hotel 
memang nak rest je 

bagi aku hotel ni ok la ... not so bad ... then reception pun peramah...

malam tu lepas rehat 
kami keluar jalan-jalan, jalan kaki je 

makan dulu kemudian jalan-jalan kat uptown Dataran Pahlawan
kali pertama mencuba naik beca 



dikatakan batu meteor 
dipamerkan di Muzium Melaka 

kami tak lama pun kat Melaka 
pukul 3.00 petang dah gerak balik ke Putrajaya 


10 comments:

syawalsimpsons said...

nampak cantik hotelnya

Chekgu Azrine said...

Bestnya jejalan..skang hotel butik pun not bad kan sis..lawa sgt

Lynn Damya said...

Salam, eh cantik juga hotelnya..nampak mahal gitu~ sy penah balek dpd kelantan sampai pahang cari hotel tak jumpa2...dh hujung2 b4 masuk hutan nasib ade satu hotel ni still ade bilik..itu pun yg paling lastt..kalau tak, mmg meredah hutan lah jwbnye dah xde hotel lagi pastu..huhu

wah yeke batu meteor tu..kagum! hahah

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

nmpak cantik n cozy hotel tu..saya dah serik walk in cari hotel pernah jadik dulu2 time gi pd n cherating..so skang mmg nak ke mana2 harus booking bilik siap2..kekekee

Nieyl said...

Cantik gak bilik hotel tuh...

nur anis said...

bilik tu cantik.. nampak moden.. lama saya tak jalan ke melaka. tak pernah nampak pula batu tu dekat muzium melaka.

hainom OKje said...

Hari tu okje pun gi Melaka tp tak tido sebab masa tu otw balik kg ada kenduri kawen.....jadiklah, walau cuma dpt river cruise jer

Puan Kutu said...

pergi time Cuti lot tu yg sudah nak cari hotel..nasib baik dpt jugak..jalan jam memang bikin stress

ehh muzium melaka ye..sh smp ke belum lupa pulak.hehe..

LYAfrina said...

bilik hotel tu mmg nmpk luas n selesa

Kira Sakura said...

paling tak suka pegi melaka nak harung jem atas jalan biasa tu. lepas tu jalan yang terlampau banyak lubang sana sini. stressssss