Wednesday, July 29, 2015

Bawa Masuk Kereta Ke Pulau Langkawi dengan Langkawi Ro Ro | Mudah dan Cepat

2 Sayawal 1436h kami bergerak untuk balik ke kedah 
jem yang teruk sepanjang jalan 
samada perjalanan dari pahang ke KL dan highway PLUS utara 
12 jam lebih kami di atas jalan 

sampai di rumah abah aku kat SP lebih kurang 12 tengah  malam 
esok pagi kami terus gerak ke Kuala Perlis 

disebabkan keluar awal jalan tak jem.... kalau jenuh juga nak hadap jem keluar orang keluar beraya

kami balik Langkawi kali ni bawa masuk kereta sekali 
memudah dan tak memenatkan macam dulu-dulu
nak naik ferry berangkut beg besar dan anak-anak 
dengan keadaan penumpang yang ramai dan sesak
ada yang tanya nape tak naik flight ... jawapan aku 
family aku bukan hanya di Langkawi tetapi di tanah besar kedah juga 
kena la pi ziarah jugak 



kami menggunkan Perkhidmatan Syarikat Langkawi Ro-Ro Ferry Services Sdn Bhd untuk bawa masuk kereta ke Langkawi

syarat-syarat yang mudah cuma perlu :
1.  Booking 1 bulan awal atau 2 bulan jika jadual perjalanan sudah ada
2. bayar Deposit RM100.00
3.  Email salinan geran, ic pemandu dan resit bayaran deposit
4.  Pada hari perjalanan check in kenderaan dan penumpang dan berada di loading bay sekurangnya 1 jam sebelum perjalanan
5. simpan invois untuk perjalanan balik 

senarai harga kenderaan dan penumpang 



sampai je kat Kuala Perlis terus kami ke Kabin Roro Langkawi untuk check in 
dan buat full payment sebanyak RM390.00
untuk kenderaan jenis MPV bawah 2000cc dan tiket penumpang
pemandu percuma

selepas check ini akan dapat tiket untuk kenderaan dan penumpang 
5 keping termasuk kereta, pemandu dan 3 penumpang

simpan invois ini untuk check in pada hari balik 

lebih kurang jam 1.00 kami berada di Loading bay untuk masuk ke dalam ferry/kargo 
perjalanan adalah pada jam 2.00 pm



keadaan dalam ferry
muat lebih kurang 40 buah kenderaan pelbagai jenis

lepas je parked kereta kami terus naik atas untuk meninjau 
Langkawi Ro Ro ni ada 3 tingkat
tingkat bawah sekali untuk kereta
tingkat kedua ruang penumpang
dan tingkat ketiga adalah ruang bebas 


di tingkat atas sekali 
di sini kita boleh tengok pemandangan sepanjang perjalanan 
memang best rileks atas tengok views sambil kena aingin laut

ruang pengemudi kapal/kapten 


pemandangan dari tingkat 2 di jeti semasa kenderaan di bawa masuk ke dalam kapal

ini ruang penumpang di tingkat 2 
berpenghawa dingin dan selesa 
jika tak nak dok kat tingkat 3 boleh duduk di sini 
di sini juga ada dijual makan ringan boleh beli di kedai yang disediakan

budak berdua yang happy

selain Langkawi Ro-Ro ada juga satu lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini iaitu 
Langkawi Auto harga yang sama dan masa perjalanan sedikit berbeza

perjalanan ke Pulau Langkawi dengan menaiki Langkawi Ro Ro lebih kurang 2 jam
kami sampai di Langkawi jam 4.00 pm  lebih di Dermaga Tanjung Lembung iaitu perlabuhan Pulau Langkawi 



dah sampai di Dermaga Tanjung lembung tengah tunggu giliran untuk bergerak 

kami bergerak balik ke Putrajaya pada 23 Julai 2015
Perjalanan pada jam 10.00 am dan kami perlu ada di Dermaga Tanjung lembung jam 9.00 am 
untuk check in di kaunter Langkawi RoRo untuk dapatkan tiket dan dokumen-dokumen yang perlukan untuk pemeriksaan kastam
digalakkan pergi awal dan tepat pada masa untuk mengelakkan Q yang panjang pada cuti umum atau musim cut sekolah 



ni antara dokumen yang diperlukan semasa pemeriksaan kastam
kita akan dapat dokumen ini selepas check in di kaunter Langkawi Ro Ro 

dulu-dulu aku pernah juga bawa masuk kereta aku tapi perkhidmatan karga tak semudah dan secepat sekarang, harga lebih rendah 
tuan kereta gerak dulu ...malam kereta gerak esoknya baru amik kat pelabuhan.. memang rugi dari segi masa la 



pendapat personal aku :
perkhidmatan Langkawi Ro Ro ni memang banyak memudahkan aku 
dari segi tenaga dan duit 
badan tak penat, rileks je pastu selesa bawa kereta sendiri 
tak perlu sewa kereta, kos sewa kereta di Langkawi pun mahai juga musim cuti ni 
Viva RM90 X 4 hari = RM360.00
tu belum masuk harga tiket ferry, harga parking di kuala perlis 
jimat banyak juga
paling penting badan tak penat dan letih 


untuk maklumat lanjut boleh terjah Langkawi Ro-Ro 





9 comments:

Aty_Fared said...

thanks beb..kiteorang plan nak gi langkawi ni..memang ngah berkire2 nak bawak masuk kereta sendiri.. upernya banyak gak kene buat dari awal..seb bek ko kongsi kan semua ni.. :)

AnneRaini said...

selalu gak terfikir nk boleh ke bawa kete masuk langkawi. Kalau gi lama mmg berbaloi sgt.

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

berbaloi sangat dah tu

Nad MamaZN said...

tq eima.. entry yg sangat berguna ni

♥TheOnlyFarah♥ said...

bestnya..boleh jimat banyak la lepas nie kalau ke langkawi.. thanks dear bagi info nie..i like!!! =D

LYAfrina said...

bestnyer..x pnh smpai lg lgkawi...harap smpai juga

Lynn Damya said...

Salam, selesanyaaaa saye tgk kerusi bahagian yg ada ekon tu..sedap tido tu..hihi okaylah even mahal sikit tp sgt berbaloi lah xperlu sesak2 dgn org..nice info kak, kot aku nak ke Lngkawi nanti kan..hehe

BTS said...

ro RO?
Macam row row your boat.. hehehe

Kira Sakura said...

betul bawak masuk keta lagi jimat sekarang ni. kalau nak sewa saje dah berapa. untung nya kalau bawak mpv la. boleh buh mcm2 brang kat dalam tu kalau nk shopping hihihihi