Thursday, July 30, 2015

Beraya Makan Moktan

4 Syawal 1436H

greak pi beraya dan menziarah sedara mara aku 
aku banyak dah lupa nama dan pangkat 
muka memang aku kenal sbb jarang sangat jumpa 
memang kenyit-kenyit mata kat maksu aku tanya sape tu 
kebanyakan pak-pak, mak-mak, tok-tok menakan aku semua masih lagi ingat aku ni dan aku anak sapa 
kesian betui 

ya la kebanyakan aku jumpa depa waktu kecik dan masih bersekolah 
bila dah bekerja ni jarang balik ...kalau balik pun balik ke rumah tok je 
nak pi melawat tu jarang sekali la 


sekarang ni memang musim buah 
syoknye hai pi beraya 
tak pandang dah kuih raya
sebuk dok pi ke kebun orang makan buah dari pokok 

petik rambutan terus ngap tepi pokok
sedap....
moktan = rambutan



petik kelapa dengan tangan je 
nikmatnya minum air kelapa fresh 
sedap ... teringat zaman kecik2 aku ....
panjat pokok nyior pastu takek nyior guna golok tok wan aku 

lepas gerak dari rumah tok lang aku 
terus ke rumah mak chaq aku ...kakak sulung mak aku 
sedapnye makan nasi tengah hari ngan lauk kampung 
gulai ikan, air asam picit, ulam dan ikan goreng panas-panas
lauk cam ni boleh buat aku tambah nasi berpinggan-pinggan 


anak-anak aku ni dibesarkan kat bandar 
so diorang memang jakun sikit bila tengok 2 pupu diorang yang memang sebaya Fahim 
lahir tahun yang sama cuma berbeza bulan 
Ogos, Sept, Nov dan Dis 2008
kami semua bunting pelamin dan jarak kenduri beza sebulan sebulan

2 pupu diorang ni terer memanjat pokok 
berlari sana-sini 
main mercun sendiri 
cucuh api lilin dengan lighter sendiri
tengok la 2pupu diorg tu kemain aktif ...anak aku tercegat tepi tiang 
asek dok tanya 
"mama dulu pandai pokok macam ni ke"


lepas balik dari beraya singgah Pantai Tengah 
bawak budak-budak ni main pasir 
nak bagi main air
ombak kuat dan angin pun kuat 




bersihnye pantai ni .... aku memang suka sangat pantai-pantai di Langkawi ni 
bersih, xde sampah sarap 


happy sangat  budak-budak dapat pi beraya dan main pasir 





9 comments:

AnneRaini said...

since aku ni mmg org kg so kalo ada rambutan pon xheran.. puas dah mkn dulu2. tp ms musim raya haritu, rambutan kat rumah belum masak lg. yg ada durian dgn manggis je.

Norma NML said...

terliur tgok woh moktey ranum tu ;)

Eintan Nurfuzie said...

moktan.. sdp nama tu

♥TheOnlyFarah♥ said...

bestnya dapat minum air kelapa fresh..=D

Diana Rashid said...

Bebudak kampung dengan bandar memang beza cara nya..budak bandar lasak cara lain,budak kmpung lain..rindu zaman dok kampung dulu..paling best dulu kat kampung tak panas..heheh

Puan Kutu said...

budak kampung budak bandar memang lain kan,time raya camni la nak bagi depa rasa jadi anak kampung sikit.huhu

uii moktan sedap..kami suka oii!haha

LYAfrina said...

meriah sungguh buah,.

Lynn Damya said...

Salam, haha owhhh moktan tu rambutan rupenyeee...baruku tahu~ Hihi, patutlah ramai sedara mara yg kecik cenonet, nak dekat sama je ye bulan lahir diorang semua..haha..meghiahhh!!

Kira Sakura said...

balik kampung memang syok kan, nak makan buah petik je dari pokok. nak masak petik je segala daun dekat rumah tu. bila jauh dari kampung sendiri jenuh semua nak beli itu ini huuuuuu