Monday, September 28, 2015

Beraya di Zoo Negara

25/9/2015
 
Hari Raya Aidil Adha kami beraya di KL
gambar pagi hari raya berbaju raya pun tak ada 
semangat raya tu tak ada sebab kami beraya di KL kot 
siapa cakap KL sepi dan lengang bila hari raya 
jalan sesak hoi 
 
dalam pukul 11.00 pagi kami bawa anak-anak ke Zoo Negara 
saja menziarah ...kui kui 
 
Rombongan anak-anak kami ke Zoo Negara 
Gembira sungguh kanak-kanak ni beraya kat Zoo 



masing-masing beria tengok haiwan
manusia di Zoo Negara punya la ramai 
pelancong luar negara, orang bukan melayu dan Orang Melayu pakai BAJU RAYA juga ramai 
penuh orang, sesak rasanya 
ingatkan kami je yang beraya kat Zoo rupanya ramai yang ada sanak saudara kat ZOO rupanya ...hahaha
 

si badak jantan yang nakal
saja je dia ni tarik perhatian semua orang dengan aksi-aksi dia 
kejap nganga mulut, kejap jelir lidah, kejap menyelam sedangkan waktu itu 'feeding time'
dia seekor sahaja yang tak pi makan 
rupanya ada agenda lain ...dia buat aksi-aksi tu
dibahannya badak jantan ni berak dan mengibas ekornya sehingga taik/najisnya yang berwarna kuning terpercik merata-rata dan ada yang terpercik ke baju dan tudung pengunjung 
sementara badak ni mengibas ekornya tu semua pengunjung terkejut dan bertempiaran menyelamatkan diri...hahaha
memang semua pengunjung tertipu dengan aksi-aksi manja si badak tu ...bijak bijak .... 
nasib baik waktu tu aku dan anak-anak sempat lari.... kah kah


tengah menunggu Animal Show jam 3.00 petang 
Alisha dah mengantuk sangat tapi kena paksa dengan mama untuk berjaga sebab nak tengok anjing laut 



lebih kurang pukul 4.00 petang kami balik 
dan kami banyak lagi yang dalam Zoo Negara ni kami tak lawati 

bagi pendapat aku Zoo Negara ni agak tidak menarik dan harga tiket agak mahal 
RM32.00 untuk dewasa dan RM11.00 untuk kanak-kanak 
harga untuk kanak-kanak tu dah ok dah tapi harga dewasa tu agak tidak masuk akal 
dengan haiwan yang jauh dalam kandang ..nampak sayup-sayup sahaja 
ini adalah kali kedua kami ke sini sejak tahun 2010

kali pertama dahulu pun kami merasakan tidak menarik dan kali kedua pun masih sama 
bagi aku zoo yang menarik dan seronok dilawati adalah ZOO MELAKA dan ZOO TAIPING

oh ya peta kawasan pun kena beli RM1...hmmm
semua makanan dan minuman yang dijual dalam Zoo adalah 2 hingga 3 kali harga asal

harga tiket tidak menjadi masalah kerana aku faham yang banyak haiwan yang perlu diberi makan tapi harga makanan yang dijual tu agak tidak masuk akal walaupun kos sewaan kedai adalah mahal...hmmmm 
tak pe la kiranya sedekah kepada haiwan ja la .... kos sewaan kedai mungkin disalur kepada penjagaan di zoo 


gembira tak kami hari tu .... anak-anak gembira jadinya mak pak pun gembira sebab niat asal adalah gembirakan anak-anak

 

17 comments:

Nieyl said...

singgah pagi...
dah lama x jejakkan kaki kat zoo nie...

Nad MamaZN said...

rajin eima layan sepupu2 fahim n dik cha

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

lama jugak tak pi zoo negara. besaq tak larat jalan. tiket mahai... kalau pi zoo tepeng pon aku malas jalan jugak. naik train pastu kua. muahahah

Chekgu Azrine said...

zoo Negara memamg tak best sangat..huhu..
tepi tu masuk dalam sekolah I la...hehehehhe

MizzTina said...

hri tu plan nk g sn gak..tp last minute cancel.. hehehe.. klu x, leh jmpa akak..

azizah green line said...

hari tu p zoo melaka pun xberapa best sgt
/',,,,,,,,,,,,

Diana Rashid said...

betul..zoo taiping paling best..kalau tak,tidak la anak saya setiap tahun ajak pi zoo taiping..hahah

Diana Rashid said...

betul..zoo taiping paling best..kalau tak,tidak la anak saya setiap tahun ajak pi zoo taiping..hahah

Puan Kutu said...

Mahalnya tiket..zoo negara tak pernah smp lg sy..zoo tepeng n melaka smp dah.

At least anak2 happy ye tak

Baiduri said...

Sonoknye ke zoo...bila la nk bwak ank2 pegi zoo plak....

Eintan Nurfuzie said...

walaupun zoo ni tempat agak low class.. tpi sbnrnya ianya tempat yg paling best kan?

Jom singgah blog : Nurfuzie.com
Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum semua..

Zoo Negara sekarang besar dan bersih compare dulu..
So agak selesa bila bawa budak-budak..

Aty_Fared said...

eeaahh kalau tak aku pn nak beraya kat sini tahun ni.. heheh.. boleh detim2.. tapi sebab MIL ada.. so tak jadi lah... :)

♥TheOnlyFarah♥ said...

dah lama tak pi zoo..last pi mini zoo yang dekat tambun tue.. tak best ek zoo negara.. pi tengok panda tak..hehehe...tapi yang tue lagi mahal tiketnya kan..xpe la asal anak2 gembira kan..=D

Lynn Damya said...

Salam, hahaha sekali ramai lah yg beraya kat zoo jugak ea..siap berbaju kurung haa...hahaha citer badak tu kelakar, patutlahh dia xnak makan, sakit perut rupanya!! nasib sempat lari..hahaha
owh, kalau aku, aku suka zoo JB dpd zoo melaka...zoo melaka luas gile, tp mcm tak terjaga sangat..paling kelakar bila bunyi harimau mengaum2, sekali tgk kat kandang, rimau elok je tido...entah siapa yg mengaum gaknye...hahah

Kira Sakura said...

sama!!! lagi suka zoo melaka. sana lagi banyak haiwan

tiga lalat said...

zoo johor murah je tiket dua hinggit., hahar2 haiwan pon mcm x cukup makan., ;p