Monday, September 7, 2015

Jerebu Tanda Fenomena El Nino


Gambar dari pejabat aku


Dah hampir seminggu jerebu 
Hari pun pun sangat ketara kualiti udara sangat teruk

Dengan cuaca yang panas, kering dan berjerebu....
Aku risaukan kesihatan anak-anak terutamanya si Fahim tu yang dah bersekolah dan banyak berada di luar ...

Tengahari tadi keluar ambil dan hantar fahim ke sekolah
Rasa terik dan berpinar
Ni aku yang dewasa ni rasa...budak-budak macamana la rasanya
Hari-hari memang aku beli air dari mesin untuk Fahim, bagi semangat sikit dia nk pi kafa....

Si fahim ni memang sekolah petang aku hantar sampai dalam sekolah siap berteman pi beli air di mesin....bila masuk balik dalam kereta lamanya nak tunggu air cond sejuk
Disebabkan jerebu ni....cuaca sangat panas 
Kesian kat budak-budak....

Jerebu merupakan tanda awal elNino pemanasan global
Bersedialah kita menghadapi musim kemarau yang panjang

Dan tahap kesihatan menurun disebabkan faktor pencemaran udara, penyakitan bawaan nyamuk dan penyakit berjangkit

Bersedialah menjaga kesihatan dari mula....ambil air 10-15 gelas sehari, makan buahan dan sayuran, supplement dan makanan menguatkan ketahanan tubuh melawan penyakit seperti vitamin c



9 comments:

Cik Puan Eka said...

Teluk intan teruk gak jerebu,

bangi pon sama.
Sesak nafas den hehehe

aizamia3 said...

Seminggu akak bertahan, akhirnya tumbang jua.. batuk selesema datang bertandang.. :(

nusha fasha said...

Ipoh ni bukit pn kdg xnmpk..

Chekgu Azrine said...

Kat kawasan sek akk dh xnmpk apa2..huhu

Fendi Rocka said...

Kl tadi dah ujan, moga esok kurang sikit jerebu nya.

Puan Kutu said...

Memang sekarang musim org tak sihat..senuabya sebab jerebu kan..sp pun boleh tahan tajap udaranya..anak2 sy pun kena selsema

Raihanah Ahmad said...

hari ni lagi teruk rasanya, kuat sangat baunya

Lynn Damya said...

Salam, mmg jerebu teruk skang ni kak...tgk pemandangan pun xclear...hmm..cepatlah reda, rasa sesak nafas kalau keluar rumah..:(

Kira Sakura said...

sini minggu lepas pun teruk jerebu sampai kuarantin uwais dalam rumah. kuarantin dari tgk itik petang2. nak pulak masa tu dah mula orang bakar jerami. tapi minggu ni alhamdulilah mula hujan hari2 takde dah jerebu