Friday, September 18, 2015

Kanak-kanak Jatuh dari Apartment Putrajaya

Update: bukan 10 tahun tapi 9 tahun

Seorang kanak-kanak lingkungan usia 9 tahun telah jatuh/terjun dari tingkat 2 kediamannya di Presint 18, Putrajaya 

Kanak-kanak itu dikatakan ditinggalkan bersendirian di rumahnya semasa ibu bapanya keluar bekerja.  Kejadian berlaku lebih kurang jam 2 petang.  Kanak-kanak itu dimaklumkan hanya cedera ringan di bahagian muka dan masih lagi di dalam pemantauan pihak hospital.

Semasa jatuh kanak-kanak itu berulang kali menyebut nak berjumpa dengan ibunya.  Semoga kanak-kanak tersebut selamat dan tiada kecederaan yang serius.


sebab dan kenapa kanak-kanak itu jatuh/terjun adalah tidak dapat dipastikan tetapi dikatakan takut dan mencari ibunya.  Pintu dikatakan dikunci dan kanak-kanak tersebut tidak dapat keluar.


Moral di sini elakkan meninggalkan anak-anak tanpa penjagaan dan pengawasan dari orang dewasa walaupun anak-anak dah besar dan kita yakin yang mereka boleh menjaga diri mereka sendiri.  Sebenarnya pemikiran kanak-kanak ini tidak dapat dijangka apa yang mereka fikirkan dan bakal mereka lakukan. Kanak-kanak kan apa yang kita mampu ramalkan untuk mereka ......

Aku doakan keselamatan kanak-kanak ini dan tiada kecederaan yang serius dan semoga kisah ini dijadikan tauladan kepada aku dan ibu bapa yang lain.



12 comments:

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

Ya Alah sian budak tu, smoga cepat sembuh. Kanak2 mmg kena slalu pantau kan, takut kejadian yg tak diingini berlaku..

Puan Kutu said...

Kesian budak ni ye..umur 10 tahun besar gak ni.takut kan tinggal umah flat tinggi2 cmni..tp tulah klu bnda nk jadi macam2..kita ni la sebagai parents kna titik berat keselamatan anak..

nur anis said...

Ya allah.. kenapa anak kecil macam ni ditinggalkan sorang-sorang...

lieyalatif said...

ade bace kat paper semalam ...katenye lapar...takde makanan n takut...yea laa kul 1.30 budak ni terjun..mak die pun tak balik ke tgk anak kalo dah tau tinggalkan mcm tu...mujur budak tu stabil ...kalo patah riuk tak tau lee nak ckp ape...nyesal tak sudah...

Nad MamaZN said...

mcm2.. harap budak tu xde kecederaan serius.makpak budak dan kita2 semua dpt pengajaran dr apa yg terjadi..

hainom OKje said...

Camnelah boleh terjatuh tu masyaallah....seram mak weyh.....
Kalau ikutkan dah besar jugak umur budak tu ek....Tapi tulah....malang tak berbau katanya

tiga lalat said...

berat mata memandang, berat lg bahu memikulnya., semoga budak tu cepat semboh .,

MizzTina said...

kat R brape n blok mana kak ni.. btl ke sebab lapar dia terjun tu.. mcm xlogik lak.. nsb baik xde cedera yg serius..

Ms. Kejupenyet said...

kesiannya.. Ditinggalkan sendirian ketika mak ayah pegi kerja..

Ajuya Rashid said...

Ya Allah kesian dia

Along Polimas said...

Macam2 dah jadi sekarang..
Budak jatuh bangunan..Budak jatuh tanggan bergerak dan macam2 lagi..

BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
Follow blog AM DISINI
Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

Terima Kasih
AlongMisuari

LZ - The Blog Owner said...

Alahai tersentuh hati baca post ni..
Ibu bapa kalau boleh jangan tinggalkan anak sendirian di rumah, macam-macam perkara boleh berlaku. Tapi dalam kes ini mungkin ibu bapa budak ni ada sebab dan terpaksa tinggalkan anaknya atas tuntutan kerja.. Kesian :'(