Monday, October 19, 2015

6 jam tunggu demi buku merah

Buku merah kami dah tamat tempoh awal bulan oktober ari tu
Pulun la pi buat cepat-cepat sebelum tok jib umum bajet 2016
Kot-kot harga buku merah naik tahun depan 
Tahun 2015 untuk memperbaharui dan buat pasport cuma RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak bagi tempoh 5 tahun  

Kali ni kami buat di UTC Kuala Lumpur
Kami sampai di UTC lebih kueang jam 9.00am dan dapat ambil nombor giliran pukul 10.00am
Dan giliran no dipanggil jam 4.00pm
Lebih kurang jam 6 jam kami menunggu dengan kos bayaran parking RM17.80
RM11.00 di UTC dan RM6.80 di Multilevel Parking kat petaling street



Puas menunggu...hampir putus asa nak menunggu...
Tapi alang-alang menyeluk perkasam biar ke pangkal lengan
Dah separuh hari menunggu ...memang kurang cerdik la balik....


Proses untuk perbaharui pasport ni x sampai 10 minit pun.kejap je tapi disebabkan kuantiti orang yang ramai sebab tu jadi lambat.
Walaupun orang ramai macam-macam peel tapi pegawai imigresen ini sangat profesional dan cool. Kalau kita pegawai barisan hadapan begini mesti hilang akal juga kalau orang tak putus-putus.

Kalau tetiba terplan nak pi negara jiran...tak la terbantut...macam hari minggu lepas....
Balik Langkawi hujung tahun ni boleh terjah wang kelian sekarang ni nak masuk ke sana kena ada pasport dah sejak kes kubur  rohingya 





7 comments:

MizzTina said...

kak, nk g mana lak tu..

Puan Kutu said...

Wah dah replace baru la pasport..senang pasni boleh jalan2 overseas..baguslah klu petugas barisan hadapan boleh handle pelanggan yg ramai..klu depa tensen kita lg la tensen kan

aTieYusof Family said...

bagus juga renew awal2 ni..takut juga kang caj thn depan naik..huhu..
kami punya buku merah expired 2016...

Lynn Damya said...

Salam, hahaha bagus perancangan kau kak...betul gak tu, kang tetiba naik rege tak ke naye..hahaha

azizah green line said...

bagusnya kak renew awal2.. sbb akak kan rajin melancong..hee

hainom OKje said...

Okje lagi teruk Eima...langsung tak de buku merah hihi....harapnya bajet tahun ni tok Jib ckp buku merah free hihi.....

Kira Sakura said...

ohhh masuk wang kelian kena pakai passport dah ek? kalau ktorg yg ic perak ni pakai borders je lepas tak ek? malas pulak nak buat passport bagai huuu