Tuesday, October 20, 2015

Berbowling di Hari Cuti Jerebu

19/10/2015

semalam cuti jerebu ke5 semalam aku pun cuti juga 
rasa kurang sihat sedikit tapi fast recovering dengan Vita-C Plus Shaklee 
rasa sakit tekak dan macam selsema ringan 
lepas telan 2 biji Vita C semalam setiap 5 jam 
pagi ni rasa segar sakit tekak pun dah hilang 
memang Vitamin c ni membantu menguatkan imun badan kan 

petang semalam bawa anak-anak jalan-jalan ke IOI City Mall lepas makan di Medan Selera Presint 8
aku suka makan kat situ sebab ada menu utara kegemaran aku 
Cucuq udang kuah kacang
bihun sup utara
dengan Char Kueh Teow

saja pusing-pusing dalam tu 
bosan terkurung di dalam rumah 

bawa budak-budak ni main boling pertama kalinya 






kat IOI City Mall tu tak ada tempat riadah yang sesuai untuk kanak-kanak, boling pun boling la 
tunggu Kidzoonia je la buka nanti 

aku macam biasa malas nak main ... hahaha 
dok tepi tengok je ... ada sekali dua kot tolong lempar bola 
rasanya dah 12 tahun kot tak sentuh bola boling ni 
sejak tinggalkan sekolah 

Fahim cakap penat sebab bola terlalu berat...paling ringan pun  no 8 sama dengan 8 kilo 

ok la ada la juga aktiviti regangan otot selepas mama asyik suruh ulangkaji dan buat latihan untuk persediaan peperiksaan minggu ni 



7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama x men bowling..huhuh

Puan Kutu said...

Jerebu camni memang aktiviti indoor je la kita n anak2

Sy tak pernah main bowling..kesian kan.hahaha..

Lynn Damya said...

Salam, waahhh fahim men bowling...haha sy xpernah teringin nak main bowling, sbb rase bola berat sgt, sy xkonfiden nak main..hahahha

♥TheOnlyFarah♥ said...

Time jerubu nie mmg sesuai la aktiviti indoor mcmni yer dak..at least ada gak aktiviti utk anak2 ..:)

azizah green line said...

amboii fahim main boling tu..

hainom OKje said...

Okje minat gak bowling ni tp mmg jarang mainlah. Lima tahun sekali kot haha....itu pun kalau mimpi mlm tu .....

Tp seronok sebenarnya main bowling ni. Kasi tangan lenguh sikit hihi....

Kira Sakura said...

jarang-jarang sentuh bola bowling ni. main memang kelaut bukan lagi ke longkang dah haaaa. tak reti langsung!!! hahahahahahaha