Thursday, October 15, 2015

Fahim kena cucuk kiri dan kanan bahu serentak

hari ni Fahim kena injection imuninasi 
aku pun tak pasti tapi aku rasa DTaP dan MMR Vaksin (lanjutan)
sebab kiri dan kanan bahu Fahim kena cucuk 
kesian anak teruna aku tu 
balik terus mengadu .... tak sempat nak mama nak tegur dia 

tak ada pula cikgu maklumkan apa-apa 
Fahim cakap cikgu kelas dia ada bagitau lama dah yang diorang semua akan kena cucuk tapi tak pasti bila 
Fahim ingat cikgu sengaja nak takutkan diorang sebab nakal ...rupanya betul 
as long as Fahim ok 
aku tak kisah sangat ....
 tapi mungkin kena maklumkan kepada ibu bapa secara bertulis kot 
cuma untuk makluman sahaja 
supaya ibu bapa alert mengenai perkara ini 


Fahim hari ni aku cutikan dia dari KAFA sebab dia mengadu sakit bahu 
ye la kan ....mesti la sakit 
kiri dan kanan kan kena cucuk serentak pada hari yang sama 
fahim cakap jarum kuning tak sakit sangat tapi yang jarum biru tu sakit macam sangat-sangat 



hopefully Fahim tak demam hari ni 
sebab esok dah start dah peperiksaan akhir tahun 
semoga Fahim kuat dan malam ni kita boleh ulangkaji dan buat sedikit latihan tulisan jawi 




9 comments:

azizah green line said...

jijah pun baru cucuk ATT.. mak oii sakitnya..

Eintan Nurfuzie said...

sepatutnya ada surat kan? kebenaran dari ibu bapa

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Shopping di entri Blogshop : Pin Tudung Super Comel by KAWAIDESU CONCEPT
Dan Entri terbaru di Faktor Typing... Lama Gila

hainom OKje said...

Kementerian Kesihatan pun satu....time nak peksa baru nak cucuk tu dah kenapa kan Eima....Emmm....
Tak tuam tempat injek tu?

Daddy Ziyyad said...

Tu diaaaa..kiri kanan kena cucuk!
Lenguh!!
Elok la di cuti kan dari KAFA tu

eima said...

boleh ke cucuk serentak gitu tuan Doktor daddy ziyyad ???
hari ni pun lenguh2 bahu die lagi .... dalam terpaksa pi exam .... sabar je la

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

takde pulak hadif kena cocok

NzA said...

alohhh kesihannya.....dua2 pulak tu...

Lynn Damya said...

Salam, alooo kesian muke sedih tahan sengal bahu tu ya..

Kira Sakura said...

laaaaa kenapa yang dorang buat tarikh cucuk tu time musim peksa. sian budak2 huuuu. tapi bukan ke biasanya ada form yang kena ibu bapa sign tanda setuju