Tuesday, October 6, 2015

Hotel Summit Signature, Slim River (review)

balik dari Felda Residence Hot Spring Sg. Klah
kami terus check in Hotel Summit Signature, Slim River 
yang mana jarak perjalanan adalah lebih kurang 30 km dari Felda Residence Hot Spring Sg. Klah

hotel yang baru beroperasi 8 hari pada 26/09/2015 pada hari kami menginap
hotel yang cantik, bersih dan pekerja di bahagian depan yang sangat efisyen 

Hotel murah dan selesa berdekatan dengan Felda Residence Hot Spring Sg. Klah, Sungkai



lokasi hotel sangat strategik berada di tepi jalan besar Slim River 
berada di tengah pusat pekan yang mana banyak kedai makan seperti mamak, melayu, thai dan pusat beli belah seperti econ save dan kedai-kedai lain seperti kedai baju dan Kedai Eco RM2.
memang mudah sangat tak perlu memandu kereta jika hendak keluar  makan dan membeli-belah

ruang lobi yang luas dan ceria serta berlift 

kami menginap bilik jenis Standard King Room pada harga RM68.00 sahaja termasuk GST 
memang berbaloi 
pada asalnya kami memilih bilik jenis Executive pada harga RM138.00 tetapi connecting room dah penuh terpaksa la pilih standard room 

Hotel Hotel Summit Signature terdapat 3 jenis bilik iaitu Standard Twin Room, Standard King Room dan Executive Room


ruang bilik yang agak luas dan deco yang ceria, katil bersaiz king memang berbaloi 


TV LCD dan pilihan channel astro



 bilik air yang luas dan dibahagikan ruang mandi dan tandas

standard toiletries 

tepi jalan besar



ruang lobi yang menarik pada pandangan mata kanak-kanak 

memang berbaloi menginap di sini dengan bayaran kadar yang rendah dan keselesaan lebih 
bayar macam sewa hotel bajet tapi tapi dapat keselesaan hotel 3 bintang 
ok la kan 


mungkin akan ada ulangan menginap di sini dalam masa terdekat semasa cuti sekolah nanti 


14 comments:

Nieyl said...

Dari gambar mmg nampak selesa sgt tuh...

Cik Puan Eka said...

Akak. Ni dekat ngn umah ika. Nnti dtg lg roger2 la ya hihi. Ika pon x masuk lg hotel ni. Nnti mak mertua nk try duk sini hihi

Time Traveller said...

Namapk selesa nyer dari gamabr yg di beri huhuu.. boleh singgah kalau ke area sana :D

Nad MamaZN said...

menarik gak ek.. xyah tdo otel felda tu. ni lg save kan

Lynn Damya said...

Salam, wahh harga mmg berbaloi, nampak kemas je...suka part lobi, mmg ceria...haha

Chekgu Azrine said...

Murahnya...dan cantik sgt...

Chekgu Azrine said...

Murahnya...dan cantik sgt...

♥TheOnlyFarah♥ said...

Eh ok sgt la harga dia.. cantik!

SYANI said...

Hotel baru memang semua baru... best la..

anajingga said...

terima kasih berkongsi info, kak ana memang selalu lalu lalang dan singgah di econsave berhampiran dalam perjalanan pulang ke teluk intan.

aTieYusof Family said...

wow..memang cantik lah nengok hotel ni...nampak bersih sgt kan...

Puan Kutu said...

Memang cantik..lobi pun mak ai kalerful lawa je hotelnya..memang berbaloi sangat la tu sampai akan ada ulangan kan

Kira Sakura said...

syoknya dapat hotel baru operasi. mesti barang memang bersih gila2 nya kan. tengok pun nampak kemas je haaaaa

mazlina said...

Harga dah naik.. Bilik standard dah rm88