Thursday, October 8, 2015

Kasihnya Abang dan Manjanya seorang Adik

aku ni sebenarnya seronok bila tengok 2 beradik tu main sama-sama 
bila Fahim mainkan peranan sebagai seorang abang 
manjakan adik dia si Alisha tu 

dalam minda adik selalu teringat abg 
dalam minda abang teringat adik 
macam tu la budak berdua tu 
contohnya kalau pi kedai si adik mesti akan ambil lebih sebab nak simpan untuk abang 
sia abang pulak akan beli sesuatu yang girlish seperti buku warna frozen/mini mouse di book shop sekolah sebab nak surprise kan adik sebelah petang nanti





Alisha memang suka kudakan abang dia 
risiko mama dan abah jadi kuda dah berkurangan 
sebab Fahim dengan rela hati main dengan adik 


walaupun diorang manja dan rapat macam ni ada juga masanya mereka bergaduh 
bukan bergaduh yang teruk ...selalunya punca bermula dari si adik yang selalu nak menang 
suka merampas ipad atau geram tengok abang main ipad tak hiraukan dia 
sikap alisha yang tangan pantas mencubit abang memang buat abang kadang tu lepuk balik adik dengan kadar yang bagi aku tak sakit la 
biasa adik kan harus la pitching tinggi nak tarik  perhatian mama nak bagitau abang dah buat dia 

harap-harap sikap saling memerlukan mereka berdua ni berterusan sampai bila-bila

perkara yang buat si ibu klimaks dalam kehidupannya adalah melihat wajah-wajah anak-anaknya yang gembira

5 comments:

YieN said...

Anak sy pon sepasang.. Esok besar gini lah jadinya kot :)

Nieyl said...

Nampak kasih nya dalam gambar.. :)
Alhamdulillah...

Suria Lekatlekit said...

kategori rapat jugak la dua beradik ni

Diana Rashid said...

kalau anak saya yang sulung tu perempuan..memang asyik nak ajar je adik dia..cerewet..adik pulak lelaki memang nak menang saja.Tapi kalau datang baik nya memang siap boleh main masak2 berdua..hahah

Kira Sakura said...

memang seronok tengok budak berdua ni haaa. tak macam anak buah kira yang sulung tu. langsung tak ngam dengan dia. dari lahir dulu sampai sekarang adik dia dah darjah satu pun. tatau mana silap. kadang memang lemas tengok dorang bergaduh tu. nak berbaik tu memang 1% lah huuuuu