Thursday, October 29, 2015

Lintah Bulan Serang Rumah Aku!!


laman belakang rumah aku diserang lintah bulan!!

aku akui sejak jerebu ni aku dasar pemalas nak ke belakang rumah membajak tanah dan menengok hasil tanaman aku ...aku biarkan gugur ke tanah je cili-cili aku tu 
rumput semakin tebal tetapi tak sampai meninggi 
cuma tebal je ....aku rajin mencabut rumput dan menyangkul rumput sejak  perkhidmatan memotong rumput ditanggung sendiri...aku dasar kedekut nak bayar ke bangla RM20 untuk tanah sekangkang kera tu
cangkul dan cabut sendiri dapat juga keluarkan peluh toksin aku yang aku jimat-jimat tak mahu keluar bersukan tu 

2 hari lepas tak tahu sawan apa mendatang 
aku sinsing lengan baju kurung moden buka pintu belakang pi mencabut rumput 
melompat ahkak bila nampak binatang kecil ni 


google

menggelikan !!

aku tangkap dia dan panggil anak-anak
"abang....adik ... mama dapat tangkap lintan bulan...cepat-cepat mai sini"

sesi mengenal haiwan invertebrata
Fahim agak excited sebab dia memang sukakan sains dari cara dia tu ...suka tanya soalan yang sukar mama jawab ....
conthnya : mama matahari ada lidah tak??
mulanya aku jawab tak ada ...rupanya ada mama baru tahu.....
Fahim ada baca waktu kat Plenatarium 

aku bukan nak boleh jawab sebarangan sekarang ni ...anak makin membesar info kena betul.

berbalik kepada slug si lintah bulan ni 
memang meremang juga tengkok aku 
tapi lintah bulan ni bukan haiwan yang berbahaya kepada manusia, tidak beracun tetapi ia memudaratkan tanaman subur aku tu
lintah bulan haiwan perosak yang sama jenis dengan escargot si siput babi

yang suka makan dan sedut pokok dengan mulut berlendir dia tu sampai mati
aku pernah cabut semua pokok serai aku dan tanam semula sebab escargot ni la... dok bersarang dalam pokok serai aku sampai kering mati habis serai ni 
selalunya sesi pembunuhan beramai ni diuruskan oleh askar aku 
Komando Fahim untuk lepaskan taburan garam 
berbuih-buih la escargot ni 

fahim ni bijak juga bab ini ...dia  kenal 
escargot dan slug ini adik beradik cuma tak bercengkerang 
sebab tu aku cakap kartun tak semestinya memudaratkan minda kanak-kanak 
ibu bapa kena la tapis yang mana bagus yang mana tidak 
Fahim belajar info slug dan escargot ni dari episod Adventure Time Fin and Jake 
aku pun suka siri ni 
fahim taburkan garam ....mati la riwayat slug berlendir ni
sebab dalam siri tu jake ada lempar sebutir garam kepada slug waktu dia tengah menggila sebab semua escargot betina tak nak bercinta dengan kerana dah tahu dia slug

aku selalu cuba menjadi ibu kegemaran, ibu yang cool, ibu yang sporting, ibu yang berkawan dengan anak tetapi tegas untuk fahim dan icha.  Kalau semua ciri ini korang ada confirm korang ibu paling cool dan hebat pada pandangan anak!!

semalam aku proses lagi laman belakang tu ... menyangkul rumput sampai togel
tapi tak lama la ...nyamuk aedes kemain dok menghurung aku 
bahaya!!

Lintah Bulan pun boleh jadi entry panjang lebar...kuikui



9 comments:

mama tisya said...

uiks lintah..geli wei

Kesuma Angsana said...

Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u. Tq sudi ke blog KA jg. Alamak KA paling geli ngan lintah2 dan pacat2 ni.. lari dulu

aizamia3 said...

Dah lama tak jumpa dengan haiwan cenggini.. kalau boleh memang nak dielakkan.. huhuhu..

aTieYusof Family said...

uikss... lintah bulan??? omg... geliii.. hahaha

Chekgu Azrine said...

Penah tgk sllu jugak ms dok kt tg malim...ingat ke apa..rupanya lintah bulan..

Diana Rashid said...

ni lintah bulan ye?/adoi..geli la..kalau saya lari lintang pukang dah..

Khai♥Rin : anies said...

Kalu sy xtido mlm dok igt kat lintah

Puan Kutu said...

ohh lintah bulan rupanua..sy memang fail bab sains ni..bagua fahim minat sains..boleh apply apa yg dia tengok dan baca ke kehidupan realiti..

cool macamana pun mesti jadi tarzan jugak kan klu dh namanya ibu.haha

Lynn Damya said...

Salam, wahhh hebat si fahim, bagus lah kak..kira informal learning lah tu, sel otak berhbung! Yahoo~
btw, tertarik dgn soalan matahari ade lidah tu..aku pun baru tahu ade, camne lidahnye ye~ nak google lah..haha