Wednesday, October 7, 2015

Mencari Hot Spring Ulu Slim, Slim River

lepas check in di Hotel Summit Signature, Slim River
kami berehat sekejap kemudian keluar mencari 

Hot Spring Ulu Slim 
yang terletak di Kampung Ulu Slim, Slim River

perjalanan dari hotel kami lebih kurang 20 km
tapi sayang tempat ini tidak terjaga dan tidak dibangunkan oleh pihak berwajib
sayang sangat 
mungkin tiada peruntukkan atau tiada developer yang ingin jadikan tempat ini salah satu tempat tarikan pelancongan 



penuh dengan rumput rumpai dan air kolam yang berlumut
tapi kelihatan dengan jelas wap air panas dari tempat punca mata air panas

papan tanda yang usang dan menyukarkan pengunjung dan pelancong untuk membaca 
suhu mata air panas di sini mencapai 104○c
sangat panas lebih panas dari air yang tengah mendidih di dalam cerek


AMARAN
SUHU AIR PANAS 104C

Majlis Daerah Tanjong Malim  
Tidak Bertanggungjawab di atas Sebarang  Kemalangan 
Keselamatan  Anda Adalah Tanggungjawab Anda Sendiri

Arahan Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim


di sini la punca mata air panas tu berasap-asap dan mengeluarkan bau sulfur tetapi tidak begitu busuk seperti di Poring Hot Spring, Ranau Sabah yang bau seperti kentut 

punca mata air panas keluar mengelegak keluar dari tanah 

sedih tengok kolam ini berumpai dan berlumut seperti ini 
air kolam ini juga berasap



laluan yang penuh dengan rumput dan laluan ke tempat punca mata air yang sudah reput 

sayang ...sayang sekali dengan keadaan tempat ini 
keselamatan pengunjung pun atas tanggungjawab pengunjung sendiri 
hati-hati ketika melawat ke sini 

kami tak lama pun di sini 
lebih kurang 10-15minit sahaja 

banyak kawasan di perak ni ada punca mata air panas 
seperti di Sungkai, Slim River, Gerik dan Ulu Lengong 
banyak laluan gunung berapi yang tidak aktif agaknya
mungkin satu hari nanti akan berlaku gegaran seperti di ranau dan kundasang sabah 
hanya sesuatu yang terlintas di minda aku ketika menulis entry ni 
mainan minda sahaja

InshaaAllah tiada apa-apa yang akan berlaku selagi kita dibawah lindunganNya 


8 comments:

Cik Puan Eka said...

Alhamdulillah setakat ni takda gegaran kat sana. Hehe
Tpi mmg btul kak. Tmpat ni syg gila. Tak terjaga dah. Klu akak jln dpn skit ada air trjun namanya sg Bill tapi ika dh lama tak mandi kt sana.

Dulu mmg lg hebat mnggelegaknya. Tu klu lembu masuk mau masak lembunya

nuyui a.k.a miss YUI said...

bila tak trjaga jd mcm ni la.. pdhl ramai org nk p sana..so snng p tmbun trus.. huhuhu.. buatan pn buatanlaa..

Puan Wawa said...

Sayang sgt terbuat mcam tu.. Tpt org kita nak pergi, tpt kte tk terjaga..

anajingga said...

sayangnya kan bila tempat2 yang sepatutnya boleh jadi tumpuan umum terbiar macam ni, terima kasih info menarik ni eima :)

aTieYusof Family said...

Pernah sampai ke Slim River tapi masa tu belum ada kot Hot Spring ni... cantik nya ..

Puan Kutu said...

Sygnya tak dijaga tempat ni..kawasan cantik..klu takda usaha nak diberi penjagaan takut dilupakan terus generasi akan datang.

Diana Rashid said...

sayang nya..tak terurus tenmpat ni padahal kalau di bangun kan memang boleh jadi tempat riadah..

Kira Sakura said...

sayangnya. mungkin masa pihak pengurusan majukan tempat ni dulu takde sambutan kot. sekarang ni orang ramai dah lain. dah ramai yang datang tuju tempat2 macam ni kannnn