Monday, October 12, 2015

Menginap di Hotel Bajet | Hotel Langit-Langi Port Dickson (Review)

Hotel Langit-Langi, Port Dickson


kami menginap di hotel bajet tetapi selesa bagi kami bagi percutian singkat macam ni 
kami tidak kisah menginap di hotel bajet tetapi harus la selesa
hotel ni memang bersih, cantik dan ceria 
paling menarik ialah hotel bajet ini ada swimming pool
 ihsan blog Hotel Langit Langi 
lobi hotel ni luas dan sangat ceria dengan warna-warni corak sofanya 
memang menarik, budak-budak suka
 ada swimming pool untuk kanak-kanak dan dewasa
tapi kami tak mandi pun sebab budak-budak lebih suka mandi laut
gambar ini aku ambil di saat akhir selepas check out 
mula tu malas nak review hotel ni tapi disebabkan aku rasa berbaloi menginap di sini aku tukar fikiran untuk share dengan semua pembaca blog aku 
kami memilih bilik jenis Standard Room pada harga RM128.00 
harga termasuk GST dan sarapan pagi 

mempunyai pilihan channel astro tetapi cerek elektrik tidak disediakan
boleh ambil air panas dari water heater di ruang menunggu lift  setiap aras

bilik yang mempunyai balkoni 
ruang menarik walaupun aku rasa macam kurang kegunaannya 
mungkin orang merokok boleh guna ruang ini untuk merokok dan mengelakkan bau terkurung di dalam bilik 

toiletries for me ok la siap ada berus gigi tu 
ada head to toe shower cream di dinding picit la banyak mana nak guna

sarapan pagi disediakan ok la walaupun tidak seperti hotel mahal mempunyai pelbagai pilihan makanan aku rasa menunya lebih baik dari Hotel Seri Malaysia ...kuikuikui

pilihan makanan yang disediakan di sini seperti 
Nasi Lemak Bungkus
Bijirin honey star/coco crunch brand murah 
roti dan jem/majerin
sup cendawan dan roti
kuih - donut 
kopi/teh
jus oren


kafe terletak bersebelahan dengan lobi dengan ruang yang terbuka tanpa aircond
gambar ini aku ambil dari dalam kereta 
segan pulak aku bila hala HP ketika orang sedang menjamu selera

jika tak muat di kafe ruang tambahan disediakan di sebelah kafe, berpenghawa dingin

hotel ini hotel murah tapi kemudahan yang disediakan seperti hotel mahal 
dimana ada kolam renang, sarapan pagi dan lot parking yang banyak dan mencukupi

memang berbaloi menginap di sini 
mungkin next time boleh  lagi menginap di sini tapi pilih bilik jenis Deluxe pulak untuk katil King 


Lokasi :
Langit Langi Hotel @ Port Dickson
No 881, 882, 883 & 885, Jalan Pantai, Taman Mewah, 
 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan









11 comments:

aTieYusof Family said...

wah...hotel budjet pun siap ada kolam renang tu...mmg class...
yg penting anak2 suka dpt mandi kolam dan tempat pun bersih..
boleh pegi nti ni...:)

AnneRaini said...

okay dah tu. eima selalu gi PD kan. kami ni last gi PD thn 2012. pastu tak pergi lg.

Rtp Farra Arisha said...

Keselesaan itu penting kan kak! Teringin nak jejak kaki ke PD! :D

Nad MamaZN said...

hotel ni la ada 1 bilik yg ada private pool kan? teringinnya la hai nak g pd.. lama kot dah x ke sana..

Khai♥Rin : anies said...

hotel kalu x de pool bkn hotel namanya ahahahah

Ms. Kejupenyet said...

Wah menarik ni.
nanti pegi PD bole lah try stay sini

Puan Kutu said...

Wah budhet pun nmpk cantik je lobi..pool pun ada tu paling penting.laut tak pandang dah.hehe

Eintan Nurfuzie said...

cantik view dia

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

Kira Sakura said...

ok sangat la tu kan hotel budget tapi siap ada kolam renang dengan sarapan pagi la tuuuu

azizah green line said...

hotel baru ni..depan Petronas..xtahu pula ada swiming pool dlm tu

hainom OKje said...

Lama tak pergi sini....Mmg betul cakap awak tu Eima.....murah, cantik dan selesa, swimming pool pun ada. OK samgat dah tu.

Bukan nak duk kat hotel sepanjang hari pun ye dak.....