Wednesday, October 21, 2015

Smart Phone anda memang canggih kalau boleh buat 8 perkara ini


aku mula pakai handphone waktu umur 17 tahun selepas SPM tahun 2002
time tu tengah hot NOKIA 3310 
siapa yang pakai HP ni memang hebat la
siap boleh letak atas meja tengok dia Vibrate memang syok tengok member ralit dok main game snake ...memang legend betul 

tapi tahun 2002 tu belum mampu lagi pakai HP NOKIA tu harga RM400 lebih kot  masa tu 
dari dulu sampai sekarang aku suka selit duit merata-rata kadang tu sampai lupa kat mana aku selit...
dan waktu tengah tunggu keputusan SPM keluar aku ada buat part time kat kilang dan sebagai jurujual kat pasaraya so dapat la kumpul duit dan beli HP pertama iaitu ALCATEL dengan hasil selitan duit dan gaji pertama
 tak lama lepas tu aku dapat masuk poli ...aku pakai HP ni sampai semester 2 sebelum boyfriend aka enPanjang aku bagi HP NOKIA 3310 dia kat aku dan aku pakai hingga la keluarnya HP NOKIA berwarna, itu pun enPanjang yang bagi so tak ada cerita aku habiskan duit PTPTN aku beli HP sebab semua HP aku enPanjang yang sponsor

aku masih lagi ingat masa ni aku selalu dok berangan kan best kalau  HP boleh ambil gambar 
skrin berwarna ...pastu boleh tempek gambar aku dan enPanjang sebagai Screen Saver (tetiba rindu kenangan bercinta dulu ....kikikikiki)
tak lama lepas tu keluar pelbagai siri HP yang canggih bermula dengan tambahan kamera, games dan macam-macam lagi hingga zaman kenaikan jenama SAMSUNG dan apple keluarkan iPhone 
dan sekarang dunia tidak boleh hidup tanpa gajet dan HP  yang canggih 

tapi zaman serba moden dan canggih ni pun kita masih berharap smartphone kita boleh buat 8 perkara hebat ni memang awesome! lah

bermimpi yang smartphone kita boleh 8 perkara hebat tu jom tengok apa yang honor7 boleh buat!!


4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sy rindu nk tekan keypad timbul tu kt henpon waaaaaa

hainom OKje said...

Okje first time pakai hp masa dah ada anak Eima....zaman dulu org yg pakai hp ni org yg berduit aje sebab masa tu harga hp mmg mahal.

Masa tu walaupun dah guna hp, tak denya mak pakai Nokia, pakai brand murah jer huhu...

Sama le kita Eima, mak punya hp ni dari dulu pun mg disponsor penuh oleh hubby...hihi

Nooriah Abdullah said...

kaknoor pun start guna tefon dgn nokia tu jugak tpi masa dah beranak pinak tpi bukan sorang satu kongsi2 U haha

Kira Sakura said...

saya dulu tak merasa pun hp ni. merasa pun masa ke plkn. tapinya hp tu dah tak berapa betol wuuu line pun kejap ada kejap takde. yela nak beli hp dulu2 mana ada duit. zaman sekolah lagi masa hp ni keluar