Thursday, November 12, 2015

LEGOLAND MALAYSIA | kali kedua tahun 2015

08/11/2015

untuk kali kedua kami ke Legoland Malaysia 
kali pertama dulu pada  1 Februari 2015

seperti biasa seawal 5.00 pagi kami dah bangun bersiap 
gerak awal dari rumah lebih kurang jam 6.00 pagi 
pukul 9.30 pagi kami sampai ke Legoland berpandukan GPS
kali ni kami parking di Mall of Medini, Nusajaya 
mall yang memang berada di hadapan pintu masuk Legoland
kadar bayaran parking adalah lebih rendah 
RM4.00 per entry 

berbanding di di Zon 1 & 2 dengan kadar bayaran RM9.00 per entry pada februari lepas
sekarang ni RM10.00 per entry 




kali ni kami masih menggunakan promosi Kids Go Free 
memang jimat banyak 


nanti aku akan ceritakan dalam entry yang lain mengenai promosi ni 
cukup mudah dan senang je nak dapatkan voucher Kids Go Free ni 

ok ambil gambar satu jom pi sarapan dulu sebelum masuk 


kami sarapan di KFC Mall of Medini 
sambil tengok peta dan rancang aktiviti 

kali ni kami mula dari kanan 
terus tuju ke driving school dan seterusnya 
lebih jimatkan masa dan tenaga kurang penat
sebab tuju tempat tumpuan sebelum ni mula dari kiri banyak berjalan 
dan perjalanan tak teratur suka hati je nak pergi ke mana so memang memenatkan 
lagi pun cuaca pada hari tu mendung dan hujan rintik 
tak panas ..alhamdulillah 
antibodi budak berdua ni pun kuat walaupun kejap hujan kejap panas 
diorang steady je 
berkat amalkan Mealshakes dan Omega Guard SHAKLEE 
nak tahu lebih lanjut mai PM eima 0129220376



kami cepat ke Driving School
ini memang tempat tumpuan 
kalau lambat memang beratur panjang la 



februari hari tu kereta kuning no.32 kali ni pun kuning no.31 juga

cepat-cepat juga ke Boating School
malas nak Q panjang-panjang 


budak berdua main lego sementara abah Q



cepat-cepat ke City Stage 
sebab show dah bermula 
Ninjago The Realm of Shadow Live 
baru dibuka pada September 2015


budak-budak yang minat dengan karekter Ninjago pasti menggemari show ni 
ai ni tahu ninjago ais, air, bayu, api dan tanah je 
nama langsung tak tahu 
layan Ninjago ni kadang-kadang je dengan anak-anak 


habis show terus ke Land of Adventure 
singgah booth beli air dulu 


#Tips Jimat di Legoland
bawa botol air Legoland sendiri jika ini kali kedua/ketiga/keempat dan seterusnya la 
cuma refill RM3.00 sahaja jimat sudah tak perlu beli botol baru dan minum dalam cawan yang harga lebih mahal 

bulan Februari lepas aku beli botol ini pada kadar RM25.00 sahaja sekarang ni RM32.00
harga sudah naik maa

gambar di Land of Adventure tak de sebab kami semua naik Beetle Bounce tak ada siapa nak ambil gambar 
Alisha memang hati dia cekal betul berbanding abang dia 
kemain dia suka naik beetle bounce ni 

gambar februari lepas

layan 4D show tapi cerita yang sama macam hari tu juga
salah timing ...tak pe la ... layankan je

hujan renyai-renyai singgah sejukkan badan dan rehat kejap di Imigination
sebelum ke Royal Joust
repeat 3 kali dan tak perlu turun sebab tak ada orang Q



enPanjangd an Alisha tak nak masuk dalam Star Wars miniland 
aku nak masuk sebab nak tengok lego baru dalam ni 
2 beranak tu pi main lempar-lempar tin

yeay dapat 
happy sangat Alisha 
sebab percubaan pertama tak berjaya 
mama datang hulur duit sekali lagi cuba tak berjaya 
percubaan kali ketiga berjaya selepas Alisha merajuk sebab abah dia lempar tak kena 
kesian punya pasal bayar lagi sekali 
walaupun RM terbang tapi wajah kegembiraan anak tu memang berbaloi 

budak happy 

tanya mana boleh tak beli swaord & shield ni 
budak yang dah comot 

terserempak dengan erra fazira 
tak tinggi mana pun dia ni dalam TV kemain nampak besar ragam 

Fahim Pow!! abah 

last repeat 
Car Wash 
bagi peluang terakhir untuk adik memandu 


bagi peluang terakhir untuk Fahim bawa bot 



ok jom balik 
total jam dalam Legoland kali ni adalah 6 jam 26 minit
berdasarkan gambar terakhir di bawah ini


aku rasa kali ni lebih teratur dan kurang memenatkan sebab lebih teratur 
walaupun tak semua rides kami naik atas faktor 
memasing tak mau teman mama naik roller coasters
sampai hati betul kalau la Alisha dah cukup ketinggian confirm mek kecik berjiwa besar tu teman mama

janji anak-anak gembira ok dah 

next entry aku akan share macam mana nak dapatkan Voucher Kids  Go Free memang boleh jimat banyak dan penginapan kami kali ni

12 comments:

LYAfrina said...

bestnyer...bilalah blh bwk asya ke sini jgk...
hrp adalah rezeki suatu hari nnti..

woww..jumpa erra..
kiranya eima ni tinggi jgklah...

AnneRaini said...

gigihnye korang gi legoland. balik hari ke beb?

Chekgu Azrine said...

Bestnya..ahkak xtau la bila nk smpu sana..hahahaha

Atie Yusof said...

seronok tgk anak2..
cuti sekolah nti plan nak bawa anak kesana.. anak sy asyik2 sebut Legoland :)

Diana Rashid said...

bila kami nak sampai ni..jauh sangt..hehehe..

Puan Kutu said...

wow dua kali dalam masa setahun..kami dua puluh tahun lg taktau la mampu ke tak datang sini..cer cepat sikit cerita panjang lebaq pasai kids go free tu.hahaha

Aty_Fared said...

tunggu si kecik tu besar sikit aku nak bawak anak2 aku kesini..balik kampung mertua boleh singgah sekali.. tunggu ko update pasal tiket apa kenama tu..haaa..

TunSha Ayunie said...

Aku ni nama je berdarah Johor tapi tak sampai lagi... ehhh by the wayyy..... apsal Apek Lego Kepala Botak Baju Bunga Seluar Biru tu macam tak sudi bergambar je??? kahkah

cik hani said...

Bestnya..tak pernah ke sana lagi

Eintan Nurfuzie said...

syoknya.. cik en ni je x sempat nk jengjalan

dalila said...

yuhhhuuuu..bestnyee..
memang kene tggu ank2 bsr sket ni..
dh pandai jalan br blh bwk..klu x mesti nk dukung je

Kira Sakura said...

ohhh ok noted.. lepas ni kalau ada rezeki ke sana boleh mula dari kanan. tengok aktiviti macam besttttt je haaa